"Mama kenapa kita jalan tak ajak papa?" Tanya Ariena yang kelihatan sedih.
"Perlu ke nak cari barang dapur ajak papa? Asyik papa je. Malas lah mama nak dengar." Arianna terkasar ketika itu.
"Kenapa mama ni jahat sangat?!" Jerit Ariena lalu berlari tanpa hala tuju.
"Arie! Arie nak pergi mana tu!" Arianna cuba mengejar anaknya namun gagal. Kelibat anaknya hilang daripada pandangan.
"Mana Ariena ni?" Hati Arianna betul-betul risau ketika itu. Mukanya begitu resah.
__________
"Aduh!" Diana mengaduh kesakitan.
"Maafkan Arie." Arie sudah mulai menangis kerana takut dimarahi oleh gadis lingkungan 20-an itu.
Diana tidak sanggup memarahi gadis kecil di hadapannya itu. Baginya, Ariena terlalu comel untuk dimarahi.
"Kenapa awak menangis ni?" Tegur Diana dengan lembut.
"Aunty tak marah saya?" Ariena pelik.
"Tak. Mana ibu bapa awak?" Tanya Diana sambil tersenyum.
"Saya tak tahu mama dekat mana." Jelas Ariena sambil tersedu-sedan.
"Oh, nama awak siapa tadi?" Tanya Diana lagi.
"Ariena Aryana." Jawab Ariena.
"Ok Ariena Aryana, jangan nangis lagi. Jom ikut aunty makan dekat situ dulu. Nanti kita sama-sama cari mama ye?" Pujuk Diana.
Ariena mengikut saja.
"Mama!" Jerit Ariena.
"Itu mama ke?" Tanya Diana ingin tahu.
Ariena mengangguk dengan teruja.
"Arie pergi mana?! Mama risau tahu tak!" Akhirnya air mata Arianna mengalir. Syukur anaknya baik-baik sahaja.
"Nasib dia jumpa saya. Kalau jumpa orang lain, silap-silap dah kena culik. Ariena ni dah lah comel sangat!" Pujian dan sindiran bercampur-baur dalam kata kata Diana.
"Arie ni lah suka sangat merajuk." Arianna mengesap air matanya yang mengalir tadi.
"Ariena, lain kali jangan buat mama risau boleh? Tak baik tau. Dosa." Nasihat Diana.
"Maaf aunty, mama." Ariena menundukkan kepalanya ke bawah.
"Oh ya, saya Diana Damia. Salam kenal." Diana senyum.
"Saya Arianna Aliya. Salam kenal juga." Arianna membalas senyuman Diana.
"Eh duduklah, kita borak-borak dulu dekat sini." Pelawa Diana.
Arianna mengangguk tanda setuju.
_________
"Mana Rina dengan Arie ni?! Aku suruh beli barang dapur bukannya buat barang dapur dekat kedai tu." Mak Tiha membebel seorang diri.
"Kamu ni dah kenapa Tiha, cakap sorang-sorang." Tegur Pak Amer.
"Saya risau dengan dua beranak tu. Tak balik dari tadi." Kata Mak Tiha.
"Jalan jem lah tu. Sabarlah." Pak Amer cuba untuk menenangkan isterinya.
"Eh, abang ni. Kita mana lah tahu dia orang kena ragut ke culik ke. Awak ingat duit yang saya bagi tu sikit ke?" Marah Mak Tiha.
Isterinya memang tidak berubah. Pak Amer hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya dan bertabah saja dengan sikap Mak Tiha itu.
YOU ARE READING
Without You, With Him | Wattys2016
Romance[Completed/Finished] Pernikahan atau rumah tangga Arianna dan Farish yang telah dibina selama 5 tahun dan dikurniakan juga seorang puteri, Ariena musnah dengan sekelip mata apabila Farish terlibat dalam suatu kemalangan maut yang mengerikan. Kehidup...