"Tok! Tok! Tok!"
Bunyi ketukan pintu rumah Afiena kedengaran."Kejap!" Jerit Afiena dari dalam rumah.
"Eh, akak Diana." Pipi Afiena terus berlaga dengan pipi Diana.
Diana senyum.
"Kenapa akak datang tak bagitahu dulu? Terkejut Afie." Afiena tergelak kecil.
"Saja, nak bagi surprise dekat adik ipar. Hahaha. Lagipun akak bosan lah duduk rumah." Diana tersengih.
"Oh, sama lah dengan Afie, kak. Afie pun menepu je dalam rumah ni tunggu Adam balik." Kata Afiena.
"Adam kerja?" Tanya Diana.
"Ye, kak." Jawab Afiena.
Diana mengangguk tanda faham.
"Kenapa? Ada benda penting nak cakap dengan dia ke?" Tanya Afiena kepada Diana.
"Tak ada apa-apa lah." Diana senyum lagi.
"Kejap eh kak, nak buat air." Kata Afiena.
"Tak perlu susah-susah lah." Kata Diana pula.
"Tak susah lah kak." Afiena tergelak kecil.
Lalu, Diana mengiakan saja adik iparnya.
Diana membuka aplikasi whatsapp di dalam gajetnya.
"I dekat rumah you ni." -Diana.
"Kau jangan apa-apakan isteri aku!" -Adam.
"Relax lah." -Diana.Lalu, Adam memberikan bluetick kepada Diana.
"Ee, bagi bluetick je?" Desis hati Diana.
"Air teh je kak. Sila lah minum." Pelawa Afiena.
"Terima kasih, Afie." Diana menerima pelawaan adik iparnya sambil meneguk sedikit air teh tersebut.
"Afie." Panggil Diana.
"Ye kak?" Afiena berpaling.
"Sebenarnya tujuan akak ke sini nak bagitahu ni. Malam nanti datanglah ke rumahz Akak ada buat makan makan sikit. Alah, kita-kita je." Kata Diana.
"Oh yeke? Ada majlis apa, kak?" Tanya Afiena pelik.
"Tak ada majlis apa pun. Akak cuma nak mengeratkan silaturahim kita je." Diana gelak.
"Amboi, kak." Afiena juga ikut ketawa.
"Datang tau. Please!" Pujuk Diana.
"Mesti punya. Jangan risau!" Afiena tersengih panjang.
"Bagus. Senang kerja aku nanti." Kata Diana dengan sinis di dalam hati.
__________
"Sedapnya akak masak." Puji Afiena.
"Tak ada maknanya Afie. Biasa-biasa je." Diana acah merendah diri. Padahal semua makanan tu dia beli sahaja di kedai makan.
"Nanti boleh lah ajar Afie." Afiena saja menyakat kakak iparnya.
"Eh, macam tu pula!" Diana gelak.
"Mestilah, kan isteri abang!" Kononnya begitu bangga lah Hanif mempunyai isteri seperti Diana.
Adam pula dari tadi hanya berdiam diri.
"Adam, kenapa diam je ni?" Tegur Hanif.
"Tak ada apalah abang. Tengah menikmati kelazatan makanan yang kakak ipar masak ni." Saja Adam menekankan perkataan 'masak' tersebut.
Diana tersipu malu. Eh puji dengan perli dah tak tahu beza lagi ke Diana?
Afiena dan Hanif hanya mampu tumpang gelak saja.
Diana memijak kaki Adam melalui bawah meja makan. Jadi, tiada siapa yang akan nampak. Cuma Adam yang merasakan kesakitan tersebut.
"Aduh!" Adam terjerit.
"Eh awak ni kenapa?" Afiena menjadi risau.
"Tertelan tulang ikan. Jangan risau. Dah okay." Adam tersengih.
"Ada-ada je Adam ni." Hanif tergelak kuat.
Begitu juga dengan Diana.
"Padan muka kau." Hati Diana bermonolong.
__________
"Hai, Adam." Tegur Diana dari arah belakang.
Terkejut betul Adam dibuatnya.
"Apa kau nak?" Adam bernada kasar.
Diana merenung tajam wajah Adam. Tanpa ada satu pun kata-kata yang keluar daripada mulutnya.
"Apa kau nak ni? Kenapa pandang aku macam tu!" Adam semakin geram.
"Diandra sayang kau. Diandra cintakan kau. Diandra tak nak hilang kau! Tapi dia pula yang hilang sebab kau! Kau bunuh adik aku. Kau hilangkan adik aku! Adik aku! Bila kau dah telanjur dengan dia, kau tak nak bertanggungjawab! Diandra desak kau untuk kahwin dengan dia. Tapi, kau tetap juga berkeras tak nak! Lepastu kau ambil kesempatan, jumpa dia dan kau bunuh dia! Memang kes ni tak naik mahkamah sebab aku tak bagi. Bagi aku tak ada makna pun! Adik aku takkan hidup balik! Aku benci kau, Adam!" Jerit Diana sekuat hati.
"Dendam. Dendam aku, yang buat aku sanggup cari kau dan gunakan abang kau. Aku tak sayang abang kau. Aku terpaksa menikah dengan Hanif hanya sebab dendam aku terhadap kau! Aku korbankan hidup aku untuk dendam aku. Kau kejam Adam. Kau pembunuh! Aku benci kau! Kau dah bunuh Diandra!" Sambung Diana lagi. Dia sudah mula menangis.
"Aku nak bunuh kau macam mana kau bunuh adik aku. Tapi aku tak sanggup nak jadi sekejam kau." Pisau yang dipegang Diana dengan erat tadi terlerai dengan perlahan-lahan.
Tiba-tiba, kedengaran suara Afiena menangis teresak-esak. Dia betul-betul tak menyangka bahawa suaminya adalah seorang pembunuh.
"Awak pembunuh? Suami saya pembunuh?" Bertalu-talu bertanyaan yang sama daripada mulut Afiena.
Dengan serta merta itu juga, dia terus meninggalkan rumah tersebut dan membawa diri tanpa hala tuju.
"Afiena!" Panggil Adam.
"Sedikit pun awak tak pernah sayangkan saya? Lalu, siapa yang pernah saya lafazkan cinta dulu kalau bukan awak?" Hati Hanif ketika itu pula betul-betul terguris.
"Lafaz cinta? Arianna? Hanif dah ingat balik ke?!" Hati Diana bermonolog.
Namun, pada luaran Diana sedikit pun dia tidak menghiraukan soalan Hanif. Dia terus setia menangis dan menangis.
YOU ARE READING
Without You, With Him | Wattys2016
Romance[Completed/Finished] Pernikahan atau rumah tangga Arianna dan Farish yang telah dibina selama 5 tahun dan dikurniakan juga seorang puteri, Ariena musnah dengan sekelip mata apabila Farish terlibat dalam suatu kemalangan maut yang mengerikan. Kehidup...