#40

5.7K 149 0
                                    

"Afie, jaga Arie ya. Akak nak keluar dulu. Arie masih kat bilik, tidur." Pinta Arianna.

"Akak nak date dengan Abang Hanif eh!" Usik Afiena.

"Eh Afie ni. Sibuk lah!" Arianna gelak.

"Dah agak dah!" Afiena tersengih.

"Jaga tau Arie." Arianna mengingatkan Afiena semula.

"Siap boss!'' Afiena acah-acah buat tabik depan kakak iparnya.

Pecah lagi ketawa Arianna.

Pon pon!

"Tu Hanif dah sampai. Bye, Afie. Kalau mak tanya akak pergi mana, Afie jujur cakap jelah. Sama juga lah kalau dengan Arie." Arianna tersengih.

"Okay, akak!" Afiena mendengar arahan Arianna.

"Bye." Arianna senyum.

"Bye!" Afiena membalas senyuman Arianna.

___________

"Awak, saya nak tanya something boleh?" Pinta Hanif.

"Tanyalah." Kata Arianna sepatah.

"Kenapa ibu mertua awak dengan Arie selalu bergaduh?" Hanif masih ragu-ragu sebenanrya untuk bertanya.

"Perlu ke saya jujur?" Soalan Hanif dibalas dengan soalan Arianna.

"Perlulah, saya kan bakal suami awak." Hanif tergelak kecil.

Arianna senyum lalu menceritakan segalanya.

Flashback*

5 tahun yang lepas,

Sebelum ini, gadis kecil yang diberi nama Ariena Aryana memang begitu disayangi oleh semua orang. Lagi lagi Mak Tiha.

Lalu, ketika umur Ariena genap satu tahun segalanya telah musnah.

"Harini birthday anak kau kan Farish?" Tegur Mak Tiha.

"Ye, mak. Farish nak gerak beli barang lah ni. Mak nak ikut?" Tanya Farish.

"Tak nak lah. Mak nak masak sedap-sedap untuk Arie, cucu mak." Mak Tiha tertawa kecil.

"Awak, saya tak boleh nak ikut. Arie ni meragam je. Awak pergi sendiri boleh kan? Nanti saya bagitahu apa lagi yang kena dibeli. Sorry." Arianna mencelah.

"Okay, tak apa lag kalau macam tu. Saya pergi dulu." Tangan Farish disalam oleh Arianna.

Dan tangan Mak Tiha disalam oleh Farish.

__________

"Mana abang ni?!" Afiena merungut.

"Mana suami kau ni Rina?" Tanya Mak Tiha.

"Tadi dia kata jalan jam. Tiba-tiba dia end call. Mungkin telefon dia habis bateri. Abang memang macam tu." Kata Arianna.

"Tak apa, kita tunggu je Farish. Mungkin betul kata Rina tu. Jalan memang jam. Lagi-lagi waktu macam ni." Encik Amer cuba menenangkan semua ahli keluarganya.

Tiba-tiba telefon Arianna berdering.

"Tu mesti abang!" Afiena cuba mengagak.

Arianna hanya mampu angkat bahu sahaja.

"Hello?" Jawab Arianna.

__________

"Sebab anak kau lah ni Rina! Ni semua sebab anak kau yang tak guna tu!" Mak Tiha menjerit sekuat hati.

Dia betul-betul tidak dapat menerima kenyataan yang Farish telah pun meninggal dunia akibat kemalangan yang berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya.

Kek, hadiah, barang-barang untuk menyambut majlis tersebut hancur begitu sahaja malah disaluti darah-darah Farish di jalan raya.

"Sabar awak. Bukan salah cucu kita tapi ni semua takdir." Encik Amer yang masih tampak tenang tu, cuba menasihati isterinya.

"Takdir apa pula bang! Ni semua salah dia, salah dia! Saya benci dia! Eh, dia bukan cucu aku lagi! Aku benci!" Jerit Mak Tiha sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah tubuh kecil milik Ariena.

Ariena yang tidak mengerti apa apa tersebut tiba-tiba saja menangis. Mungkin dia takut dengan jeritan Mak Tiha sebentar tadi.

Flashback tamat*

"Dan, kesumat tu berkekalan sampai ke hari ini." Sambung Arianna.

"Oh, I see." Hanif mengangguk tanda faham.

"Ha!" Tiba-tiba saja Hanif menjerit.

"Kenapa awak ni?" Terkejut Arianna dibuatnya.

"Saya ada idea." Kata Hanif sambil tersengih.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now