#23

5K 177 1
                                    

"Eh, Rina. Kau kenapa balik-balik dengan mata merah?" Tegur Mak Tiha.

"Takde apa lah mak. Mak, Arianna rasa minggu depan Arianna nak balik France." Arianna menyuarakan isi hatinya.

'"Nak buat apa pula? Kau ada duit ke? Arie macam mana?" Berdas-das soalan yang ditanya oleh Mak Tiha.

"Rindu. Lagipun Arianna nak hilangkan stress kejap dekat sana. Arie? Kalau mak tak sanggup jaga Arie, mak bagitahu Afie suruh dia jaga. Sekejap je, mak. Arianna tak boleh bawa dia. Kalau bawa, macam mana dengan sekolah dia nanti?" Ucap Arianna panjang lebar.

Arianna sebenarnya berasal dari France. Ketika dia berumur 10 tahun dia dan ibu bapanya melancong ke Malaysia. Pada hari kedua mereka di sana, malang tidak berbau kemalangan yang mengerikan menimpa mereka.

Ibu dan ayahnya tidak dapat diselamatkan. Syukur, Tuhan masih mahu Arianna bernafas di bumi yang nyata ini. Selepas itu, dia tidak boleh pulang ke France lagi bersendirian dan dia dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak yatim piatu. Maka, dia harus menjalankan hidupnya di pusat jagaan tersebut sehinggalah dia dewasa lalu bertemu dengan arwah Farish.

"Betul ke kau nak pergi France ni? Arie yang manja tu nak pula berjauhan dengan kau?" Kata-kata Mak Tiha mempunyai sedikit perlian di situ.

'"Itu takpe mak, Arianna boleh handle. Cuma satu je, mak izinkan ye? Arianna mesti balik sini semula. Arianna takkan tinggalkan Malaysia macam tu je. Keluarga Arianna kan dekat sini." Arianna dah macam angkat sumpah.

"Bila kau pergi?" Tanya Mak Tiha lagi.

"Tak tahu lagi lah mak. Tunggu Rina check ticket dulu." Jelas Arianna.

"Tengok-tengok yang murah. Jangan bazir duit." Mak Tiha menasihati Arianna.

Arianna mengangguk laju.

__________

"Arie." Panggil Arianna.

Arie berpaling ke arah wajah ibunya.

"Mama nak cakap sikit." Kata Arianna.

"Ada apa mama?" Tanya Ariena.

"Boleh tak Arie, jangan panggil Uncle Hanif papa lagi? Panggil dia uncle je. Boleh?" Pinta Ariann.

"Kenapa pula? Tu kan papa Arie!" Ariena memarahi ibunya.

"Arie jangan degil boleh tak? Uncle Hanif tak sembuh lagi. Sebab tu Arie kena panggil Uncle Hanif!" Arianna menekankan perkataan 'Uncle Hanif' tersebut.

"Kalau papa dah sembuh? Eh uncle. Tersalah pula." Arie menekup mulutnya sendiri.

"Baru boleh panggil papa." Jawab Arianna.

Ariena akur.

"Lagi satu. Minggu depan mama kena pergi luar negara. Arie duduk dengan aunty Afie dan uncle Adam ya? Jangan degil-degil tau . Jangan susahkan dorang." Ujar Arianna bersungguh-sungguh.

"Alah Arie nak ikut! Boleh lah mama. Nanti Arie rindu mama lah." Ariena merayu.

"Arie mana boleh ikut. Arie kan kena sekolah. Ponteng sekolah tak baik tau! Nanti kena rotan dengan cikgu macam man? Arie nak kena rotan ke?" Arianna cuba menakut-nakutkan anaknya. Itu saja caranya.

Ariena terus menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kaalau Arie tak nak kena rotan, Arie kena sekolah. Arie kena dengar cakap orang yang tua daripada Arie. Mama janji mama akan balik juga nanti." Pujuk Arianna.

"Janji?" Ariena menunjukkan jari kelingkingnya.

"Janji, sayang." Arianna tersenyum.

__________

"Mungkin ini cara yang paling terbaik untuk saya lupakan awak. Lupa akan semua yang pernah terjadi di antara kita. Semoga bahagia, Hanif Izraffie. Mungkin takdir telah mengatakan bahawa pertemuan kita cuma sementara dan hanya untuk menghilangkan sebentar rasa luka saya yang dahulu. Terima kasih. -Arianna."

Diari Arianna ditutup kemas.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now