#21

5K 151 0
                                    

Petang itu, telefon Arianna berdering.

"Afie." Desis hati Arianna.

"Hello akak." Panggil Afiena dengan teruja.

"Ye, ada apa? Nampak macam happy semacam je ni?" Arianna tertawa kecil.

"Akak, abang Hanif dah keluar hospital tau!" Afiena sedikit menjerit.

"Betul ke ni, Afie? Syukur." Arianna teruja mendengar khabar Hanif daripada Afiena tersebut.

"Tapi kak..." Suara Afiena tiba-tiba saja menjadi perlahan.

"Tapi apa?" Tanya Arianna ingin tahu.

"Abang Hanif memang betul amnesia. 25% saja dia ingat. Bermaksud dia cuma ingat sampai berita pernikahan Afie dengan Adam je." Keluh Afiena.

Hati Arianna seperti diremuk-remuk. Dia tidak mampu lagi untuk bersuara. Dia terkelu. Hanif sudah melupakannya.

"Akak?" Panggil Afiena.

"Hah?" Jawab Arianna dengan tergesa-gesa.

"Kita lawat dia esok ye, akak?" Pinta Afiena.

"Tak nak lah Afie. Buat apa nak lawat, Hanif dah lupa akak." Kata Arianna merendah diri.

"Takpelah akak, yang penting kita lawat dia. Tak baik tau akak. Abang Hanif pun sebahagian daripada keluarga besar kita." Afiena cuba mengingatkan Arianna.

"Hm, ok lah kalau macam tu." Jawab Arianna dengan nada yang pasrah.

"Ok akak, Afie nak masak dulu ni. Nanti Adam dah nak balik kerja. Kirim salam dekat mak, ayah dengan Arie ye?" Ujar Afiena.

"Baiklah adik iparku." Arianna tersengih.

Afiena gelak dan talian dimatikan.

"Hanif Izraffie, kenapa semua ini jadi? Kenapa semua ini mesti terjadi selepas awak ucap sayang pada saya? Ya Tuhan, sesungguhnya berat rasa hati ini untuk menerima takdirmu." Hati Arianna bermonolog menahan sakit.

__________

"Welcome back to our home Hanif!" Datin Sarah menyambut kepulangan anak sulungnya itu.

Kerusi roda Hanif disorong dengan berhati-hati oleh Diana dan masuk ke dalam rumah tersebut.

"Thank you ibu." Hanif mencium pipi ibunya.

"Hanif, tunggu sini jap ye." Kata Diana dengan lembut.

Hanif mengangguk.

"Aunty tahukan Hanif amnesia?" Tanya Diana kepada Datin Sarah.

"Tahu. Sedih rasanya, Diana. Macam mana kita nak pulihkan balik ingatan dia?" Datin Sarah menyuarakan kesedihannya.

"Saya rasa kesian sangat dekat Hanif. Aunty dengan uncle tabah ye. Yang penting Hanif tak lupa kita semua." Diana memberi kata-kata semangat kepada Datin Sarah. Padahal dalam hati gembira tak terkata.

Datin Sarah hanya mampu mengangguk.

"Saya minta izin nak ambilkan air masak untuk Hanif." Diana meminta diri.

Datin Sarah mengangguk lagi tanda faham lalu berlalu pergi mendapatkan Hanif.

"Hanif." Panggil Datin Sarah.

Hanif masih mengelamun.

"Hanif Izraffie, anak ibu!" Datin Sarah melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Hanif.

Hanif tersentak dan lamunannya tergendala.

"Ye ibu?" Hanif tersengih.

"Kenapa asyik mengelamun ni? Tak suka balik rumah ke? Sedihlah macam ni." Datin Sarah seperti merajuk.

"Mana ada ibu. Hanif cuma pelik." Saja Hanif mengantungkan ayatnya yang tergantung itu.

"Apa yang peliknya?" Datin Sarah pun naik pelik dibuatnya.

"Kenapa Hanif boleh luka-luka ni? Kepala Hanif berbalut? Pakai kerusi roda? Kena tahan dekat hospital? Hanif accident ke? Sebab?" Bertalu-talu dan berdas-das soalan keluar daripada mulut Hanif.

"Ye, Hanif accident. Kata Datin Sarah dengan jujur.

"Sebab?" Hanif memberi reaksi muka yang terkejut.

"Lupakan saja lah Hanif. Yang penting anak ibu kena sembuh. Hanif kan kuat?" Datin Sarah senyum tawar.

Sungguh, sungguh luluh hati Datin Sarah melihat keadaan anaknya seperti itu. Tambahan pula, Hanif juga tengah mengalami amnesia. Entah bila ingatan dia akan pulih semula. Hanya mampu berserah sahaja kepada Tuhan.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now