"Hanif, Arianna sini kejap." Ajak Datin Sarah."Ada apa ibu?" Tanya Hanif.
"Bila nak kahwin? Saling sayang kan?" Tanya Datin Sarah kembali.
"Ye, ibu. Hanif memang sayangkan Arianna. Hanif pun sayangkan Arie." Hanif membawa Ariena ke dalam dakapannya.
"Jadi bila tarikh yang sesuai? Mak tak sabar nak tengok Rina bersanding!" Ujar Mak Tiha dengan teruja.
"Mak, apa ni!" Arianna tersipu malu.
"Afie pun!" Afiena menyokong ibunya.
"Kita bincang sekarang pun boleh untuk majlis perkahwinan kamu berdua." Pelawa Dato Ariffin.
"Sekarang?!"Jerit Arianna dan Hanif serentak.
"Kenapa? Tak nak kahwin ke?" Tanya Encik Amer pelik ketika melihat riak wajah mereka berdua.
"Bukan, ayah. Tapi tak cepat sangat ke?" Tanya Arianna.
"Cepat? Dah lama dah kamu berdua kenal!" Jawab Mak Tiha.
Arianna tidak memberi respon.
Dalam hatinya yang gembira terselit juga perasaan sedihnya. Tapi mengapa?
__________
Arianna termenung jauh. Jauh sangat.
"Kahwin lagi?" Getus hatinya.
"Farish?" Hatinya sebak bila mengenangkan Farish.
"Aku khianat Farish ke kalau aku kahwin lagi? Dia sedih tak nanti? Tapi aku sayang Hanif macam mana aku sayang Farish dulu." Kepala Arianna runsing memikirkan hal itu.
"I miss you, Farish." Berlinang air mata Arianna.
"Mama?" Tegur Ariena.
Arianna berpaling dan senyum kepada anaknya.
"Mama kahwin dengan papa ke?" Tanya Ariena.
Arianna mengangguk sahaja.
"Arie ada papa balik lah? Yeay, Arie suka sangat!" Ariena memeluk ibunya.
"Arie setuju ke kalau papa Hanif jadi papa baru Arie?" Tanya Arianna.
"Mestilah! Papa Hanif dah macam papa dulu. Sama sangat!" Kata Ariena.
Arianna memeluk erat anak tunggalnya.
"Mama nak minum?" Tanya Ariena tiba-tiba.
"Boleh juga." Jawab Arianna.
"Okay, Arie nak buat air untuk mama. Sedap punya!" Kata Ariena.
"Mama tunggu okay!" Arianna ketawa.
Tawanya itu bukan sesekali mengambarkan perasaannya yang sekarang. Dia masih memikirkan tentang Farish, Hanif.
"Mungkin Hanif yang terakhir? Mungkin Hanif dihantar untuk mengembalikan kebahagiaan aku dulu? Mungkin Hanif yang terbaik?" Desis hati Arianna.
YOU ARE READING
Without You, With Him | Wattys2016
Romantik[Completed/Finished] Pernikahan atau rumah tangga Arianna dan Farish yang telah dibina selama 5 tahun dan dikurniakan juga seorang puteri, Ariena musnah dengan sekelip mata apabila Farish terlibat dalam suatu kemalangan maut yang mengerikan. Kehidup...