#27

5.1K 143 0
                                    

"Kenapa patah balik rumah you?" Tanya Diana pelik.

"Adalah." Hanif masih saja mahu berahsia.

"You kata you nak ajak I ke satu tempat?" Diana masih tidak berpuas hati.

"Memanglah." Jawab Hanif sepatah dengan selamba.

"You jangan nak berahsia sangat dengan I boleh tak? I tak suka lah!" Bidas Diana.

Hanif tidak mempedulikannya sehinggalah mereka sampai ke destinasi yang dituju.

"Rumah you?" Tanya Diana lagi.

Hanif mengangguk-anggukan kepalanya sambil tersenyum lebar.

"But why? Apa senyum-senyum ni?" Diana jadi tidak senang duduk.

"Jom." Ajak Hanif.

"Ke mana?" Tanya Diana.

"Masuk rumah lah. Cepat, ibu tunggu tu." Arah Hanif.

"Ibu tunggu?" Desis hati Diana.

Akhirny, Diana mengikut sahaja.

__________

"Masak?!" Jerit Diana.

"Kenapa?" Tanya Datin Sarah pelik.

"Aunty, tadi Hanif cakap nak bawa Diana ke suatu tempat. Kenapa kena masak pula?" Fikiran Diana semakin runsing. Dia betul-betul tidak faham.

"Hanif tak bagitahu aunty apa-apa pun. Dia cuma kata yang Diana nak ikut aunty masak untuk malam ni." Jelas Datin Sarah.

"Masak untuk malam ni?" Air muka Diana terus berubah.

Datin Sarah mengangguk.

"Tolong aunty potong bawang." Kata Datin Sarah lagi.

"Damn. Aku mana reti masak!" Raung Diana di dalam hati.

"Kenapa diam je ni?" Tanya Datin Sarah.

"Nothing. Hahaha." Dyana tersengih lalu mengeluh berat.

"Nah, pisau." Pisau tersebut dihalakan kepada Diana.

"Terima kasih aunty." Diana hanya mampu tersengih.

"Macam mana ni." Diana masih ligat berfikir bagaimanakah cara untuk memotong bawang.

"Kejap ye. Aunty nak beli barang dulu dengan Hanif. Nanti kisarkan sekali cili api tu dan campurkan semua bawang yang dah potong." Pesan Datin Sarah.

Diana sekadar mengangguk.

Maka, Datin Sarah pun berlalu pergi.

"Macam mana nak kisar?" Diana berbual dengan dirinya sendiri.

"Ala kacang sangat, google kan ada!" Diana petik jari.
__________

"Dah siap ke Diana?" Tegur Datin Sarah dari belakang.

"Aunty! Terkejut Diana. Dah siap aunty." Diana benar-benar terperanjat.

"Pandai nya bakal menantu aunty ni. Aunty suka!" Kata Datin Sarah dengan teruja.

"Tapi aku tak ingin pun nak jadi menantu kau." Desis hati Diana.

Diana hanya mampu tersengih di hadapan Datin Sarah.

"Diana boleh lah pergi rehat dulu. Biar aunty pula yang sambung masak." Kata Datin Sarah.

"Betul ni, aunty?" Diana meminta kepastian yang lebih terperinci.

"Iye, Diana." Jawab Datin Sarah dengan penuh sopan dan lembut.

"Baguslah. Tak payah nak membebankan aku lagi." Kata Diana di dalam hati sebelum dia berlalu pergi dari dapur tersebut.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now