"Hai aunty!" Jerit Diana, bakal isteri Hanif iaitu pilihan Datin Sarah. Konon-kononlah.
"Masuklah." Pelawa Datin Sarah.
"Cantiknya rumah aunty." Puji Diana.
"Thank you, Diana." Datin Sarah tersenyum.
"Aunty duduk berdua dengan uncle je ke?" Tanya Diana pelik.
"Bertiga. Dengan Hanif sekali. Adam dia dah berumah tangga." Jawab Datin Sarah.
"Sarah, awak panggil lah anak awak tu. Biar dia berbual dengan bakal isteri dia." Dato Ariffin mencelah.
Diana tersipu malu.
"Kejap ye, Diana." Datin Sarah pergi untuk mendapatkan Hanif.
Diana hanya mampu mengangguk-anggukan kepala sahaja.
"So, macam mana belajar?" Dato Ariffin membuka topik.
"Macam tulah uncle. Everything is okay." Jawab Diana dengan ringkas.
"Baguslah kalau macam tu." Dato Ariffin tersenyum.
__________
Tok tok tok!
Datin Sarah mengetuk pintu bilik Hanif dengan kasar.Datin sebenarnya masih marah dengan Hanif. Kalau tidak disebabkan kehadiran Diana tadi, malaslah dia nak melayan Hanif!
"Hanif, buka pintu sayang." Datin Sarah cuba untuk berlembut.
"Hanif Izraffie!" Jerit Datin Sarah.
"Ada apa ibu? Hanif penatlah. Nak tidur!" Jerit Hanif dari dalam biliknya.
"Ada tetamu di bawah nak jumpa kamu, cepat keluar." Kata Datin Sarah.
"Cakap dekat dia, jumpa esok. Panjang lagi masa." Selamba Hanif bersuara.
"Banyaklah kamu ni! Ee, ibu geram ibu cari kunci bilik ni nanti. Nak?" Datin Sarah mengugut.
Lantas, Hanif bingkas bangun dari katilnya lalu membuka pintu biliknya.
"Apa ibu ini main ugut-ugut?" Geram Hanif dibuatnya.
"Ni kenapa serabai sangat ni!" Tegur Datin Sarah terkejut.
"Kan Hanif cakap tadi, Hanif nak tidur. Ni Hanif terbangun sebab ibulah ni." Hanif mendengus geram.
"Pergi basuh muka sekarang. Rambut tu sikat elok elok. Lepastu turun." Arah Datin Sarah.
Hanif memandang kosong ibunya. Tiada perasaan.
"Ibu tunggu!" Jerit Datin Sarah pula.
Mahu tak mahu, Hanif layankan saja.
__________
"Awak, Ariena ada cakap apa-apa fasal saya ke masa awak dengan dia keluar haritu?"-Arianna.
Chat whatsapp daripada Arianna tidak dapat dibalasnya akibat terlalu berlumba-lumba dengan masa.
__________
"Bluetick je?" Arianna sudah panas hati.
YOU ARE READING
Without You, With Him | Wattys2016
Romance[Completed/Finished] Pernikahan atau rumah tangga Arianna dan Farish yang telah dibina selama 5 tahun dan dikurniakan juga seorang puteri, Ariena musnah dengan sekelip mata apabila Farish terlibat dalam suatu kemalangan maut yang mengerikan. Kehidup...