Arianna masih duduk di bangku dan menghalakan mukanya ke cermin solek.
"Aku kahwin lagi?" Tanya Arianna sendiri seolah-olah tidak percaya.
Lama Arianna termenung. Lamunannya semakin melayang jauh.
"Tok tok tok!" Bunyi ketukan kedengaran.
"Mama cepat! Nenek panggil!" Jerit Arie dari luar.
"Iye sayang, masuklah dulu." Pelawa Arianna.
"Cantiknya mama!" Bersinar-sinar mata Ariena melihat Arianna ketika itu.
"Terima kasih, Arie mama." Arianna memeluk anaknya dengan erat.
__________
Di Pantai Desaru,
"Arie, sini! Jangan jauh-jauh." Kata Hanif.
"Papa, jomlah mandi. Arie dah tak sabar ni." Pinta Ariena.
"Sabarlah Arie. Kita baru je sampai. Makan dulu." Arah Arianna.
"Yelah mama." Ariena pergi ke arah ibunya.
"Comel betul anak dengan isteri aku ni." Desis hati Hanif.
"Makanlah betul-betul. Apa ni tak ada semangat? Tak nak lah ajak Arie mandi nanti." Usik Hanif sambil ketawa.
"Alah nak mandi." Kata Ariena sambil memuncungkan mulutnya.
"Habiskan mee tu dulu, okay?" Arah Hanif.
__________
"Awak tak nak ikut mandi-manda sekali?" Tanya Hanif.
"Tak nak lah, saya tak minat." Ujar Arianna selamba.
"Oh tak minat ye." Kata Hanif.
Arianna mengangguk sahaja.
Tiba-tiba Hanif sengaja memercikkan air kepada isterinya.
"Hanif! Habis basah." Marah Arianna.
Hanif dan Ariena ketawa mengekek-gekek.
"Jom!" Ajak Hanif.
"Tak nak." Kelihatan Arianna masih marah. Geram betul dia.
"Jom!!" Hanif terus mengendong Arianna hingga ke permukaan air.
"Hanif kan saya cakap saya tak nak mandi!" Arianna memukul-mukul permukaan air tersebut.
"Alah mama. Mandi lah dengan Arie. Arie suka lah. Kita main air sama-sama." Ajak Ariena dengan penuh gembira.
"Pandai betul ye Arie sekarang!" Arianna cuba mendapatkan Ariena.
Namun, Ariena berlari mendapatkan ayahnya.
"Awak tak boleh buat apa-apa dekat Arie. Arie dah ada hero dia dekat sini." Kata Hanif dengan bangga.
"Pandai eh awak berdua kenakan saya. Tak apa, saya nak merajuk." Kata Arianna mencuba untuk mendapatkan perhatian mereka.
"Salah papa lah ni!" Ariena menyalahkan Hanif.
"Eh papa pula." Kata Hanif tidak mahu mengalah.
'"Jom, kita kena pujuk mama." Pinta Ariena.
"Mesti!" Hanif bersetuju.
__________
"Mama merajuk ke?" Tanya Ariena.
"Taklah mama gembira!" Kata Arianna memerli Ariena. Dia tahu niatnya hanya mahu bergurau.
"Awak ni itu pun nak merajuk." Hanif mencelah dan terus duduk di sebelah isterinya.
"Saya geram sangat dengan awak. Kan saya dah cakap saya tak suka. Padan muka kena cubit." Arianna mencubit pinggang Hanif dengan sekuat hatinya.
Puas juga hati Arianna.
"Lawak lah mama dengan papa ni." Ariena hanya mampu menumpang ketawa sahaja.
"Sakitlah papa kena cubit, Arie." Ujar Hanif kepada Ariena.
"Ha mengadu mengadu! Macam budak-budak betul. Kalah Arie." Kata Arianna pula.
Lalu, hari pun semakin gelap. Sudah masanya untuk mereka pulang.
YOU ARE READING
Without You, With Him | Wattys2016
Romance[Completed/Finished] Pernikahan atau rumah tangga Arianna dan Farish yang telah dibina selama 5 tahun dan dikurniakan juga seorang puteri, Ariena musnah dengan sekelip mata apabila Farish terlibat dalam suatu kemalangan maut yang mengerikan. Kehidup...