Telefon Arianna berdering. Lantas saja dia menyahut.
Terpampang nama Diana di skrin telefonnya.
"Diana, ada apa?" Tanya Arianna.
"Jumpa jom? Aku ada masalah lah." Jelas Diana.
"Macam mana nak jumpa? Aku tengah sibuk masak ni." Kata Arianna.
Kedengaran Diana sedang mengeluh berat.
"Kau cakap je kenapa dengan kau sebenarnya?" Tanya Arianna lagi.
"Hm." Diana ragu-ragu untuk memberitahu.
"Apa dia, Diana?" Arianna tertawa kecil.
"Aku takutlah sorang-sorang dekat rumah." Akhirnya Diana jujur.
"Jadi?" Arianna masih tak faham sebenarnya.
"Duduk dengan aku dua tiga hari nak?" Pelawa Diana.
"Kau gila ke? Aku ni dah jadi mak orang. Bukan macam kau. Aku nak letak mana anak aku nanti?" Geram pula Arianna.
"Bawalah Arie sekali. Kan senang." Diana memberi cadangan.
"Tak adanya. Nanti mak mertua aku bising. Kau, kalau takut sangat kau datang sini. Duduk sini sampai parents kau balik. Nak?" Tanya Arianna.
"Mak mertua kau tak bising lah ni kalau aku menumpang kejap?" Tanya Diana takut-takut.
"Nanti pandai-pandai aku lah." Kata Arianna pula.
"Alamat." Pinta Diana secara terus.
"Nanti aku bagi lepas masak. Aku gerak dulu. Bye!" Ujar Arianna.
"Ok, terima kasih! Sayang kau." Jawab Diana.
Maka, talian dimatikan. Sejak pertemuan mereka di sebuah restoran, hubungan Arianna dan Diana semakin rapat. Best friends? Tepat sekali. Namun, kedua-duanya tidak pernah tahu bahawa mereka saling mengenali lelaki yang bernama Hanif Izraffie.
"Mak, kawan Rina nak tinggal dekat sini untuk sementara je sebab dia baru datang sini. Tak cari rumah lagi. Boleh kan mak?" Arianna terpaksa menipu.
Takkan nak cakap yang Diana ni penakut? Macam lah Mak Tiha nak percaya.
"Apa punya hal kawan kau tu? Tak ada ke rumah saudara dekat sini? Rumah aku juga dia nak duduk." Mak Tiha kelihatan tidak berpuas hati. See?
Arianna hanya menggelengkan kepala.
"Iyelah. Kawan kau tu perempuan ke lelaki?" Tanya Mak Tiha.
"Perempuan lah mak! Takkan nak bagi lelaki duduk rumah mak." Terkejut Arianna mendengar soalan ibu mertuanya.
"Aku tanya je." Jawab Mak Tiha.
Arianna hanya tersenyum kecil. Mak Tiha dah bagi green light!
__________
Arianna mencapai telefonnya dan membuka aplikasi whatsapp."Mak bagi. Tapi kau jangan buat hal!" -Arianna.
"Thank you. Hehehe. Nak alamat." -Diana.
YOU ARE READING
Without You, With Him | Wattys2016
Romance[Completed/Finished] Pernikahan atau rumah tangga Arianna dan Farish yang telah dibina selama 5 tahun dan dikurniakan juga seorang puteri, Ariena musnah dengan sekelip mata apabila Farish terlibat dalam suatu kemalangan maut yang mengerikan. Kehidup...