#16

5.4K 167 0
                                    

"Siapa call?" Tegur Diana.

"Cikgu tadika Ariena." Arianna terpaksa membohong.

"Call tengah-tengah malam? Gila betul." Diana masih tidak percaya.

"Itulah. Macam tak boleh jumpa esok je." Arianna acah-acah sekepala dengan Diana.

"Biarlah dia. Jom tidur!" Sambung Arianna lagi.

"Bilik kau pun tak ada aircond? Panaslah!" Diana merungut.

"Aku tak kaya. Rumah pun bukan rumah aku. Kau jangan nak banyak songeh eh. Tidur." Arianna membebel lagi.

__________

"Penatlah, duduklah kejap." Pinta Diana.

"Kan aku dah cakap tak payah ikut aku ambil Arie. Kau degil." Marah Arianna.

"Alah, kau senyaplah. Penatlah asyik dengar kau membebel. Duduklah kejap." Rayu Diana.

"Yelah!" Arianna akur.

"Tadi kau cakap dekat je. Banyaklah kau punya dekat!" Diana masih tercungap-cungap.

"Oh, mungkin aku dah biasa." Arianna tersengih.

Kalau boleh, mahu saja Diana baring di tepi jalan. Penat betul!

"Dah lah jom. Nanti Arie tunggu lama." Kata Arianna.

Diana mengeluh kerana terpaksa akur.

__________

Tadika kosong. Sepi. Seperti semua pelajar telah pulang ke rumah masing-masing.

"Cikgu Laila." Panggil Arianna.

"Ye saya? Puan Ariana?" Tanya Cikgu Laila pula.

"Ariena ke mana ye, cikgu?" Soalan Cikgu Laila dibalas pula dengan soalan daripada Arianna.

"Tak silap saya, papa dia yang ambil. Suka betul Ariena tengok ayah dia ambil." Cikgu Laila ketawa.

"Ayah? Bukan ke suami kau..." Diana mencelah.

"Hanif!" Desis hati Arianna.

"Ayah mana pula ni?" Tanya Diana ingin tahu.

"Hanif. Hanif tu seiras dengan arwah dulu. Jadi, satu hari tu kami terserempak. Arie terus ingat itu papa dia. Sampai sekarang lah Arie panggil Hanif papa, walaupun Hanif tu bukan papa sebenar dia." Akhirnya Arianna jujur.

"Hanif?! Hanif Izraffie?" Diana benar-benar kaget.

"Tak tahu pula aku nama panjang dia, sebab baru kenal." Jawab Arianna.

"Oh." Itu saja yang mampu disahut oleh Diana.

"Harap-harap bukan Hanif Izraffie." Desis hati Diana.

"Kenapa? Kau kenal Hanif ke?" Arianna pelik dengan reaksi Diana.

"Aku tak tahulah Hanif tu aku kenal ke tidak. Tapi Hanif Izraffie aku kenal." Jawab Diana.

"Siapa dia tu?" Tanya Arianna saja mahu tahu.

"Bakal suami." Jawab Diana selamba.

"Betul ke ni? Dah nak kahwin dah kawan aku ni rupanya." Arianna ketawa.

"Tapi, aku tak suka dia pun." Diana jujur.

"Kenapa pula? Kena paksa eh?" Tanya Arianna.

"Ha, yang tu satu. Lagi satu aku terpaksa kahwin dengan dia sebab nak balas dendam. Aku cakap benda ni dekat kau sorang je." Muka Diana menjadi serius.

"Dendam apa pula ni? Tak baik tau." Arianna cuba menasihati Diana.

"Baik ke tak, aku tak kisah. Dia orang yang jahat!" Diana tiba-tiba menangis.

"Dia orang? Kau cakap apa ni? Janganlah nangis." Arianna semakin pelik dengan tingkah laku Diana.

"Tak ada apalah, Arianna." Bingkas tangan Diana mengelap air matanya.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now