"Afiena! Mana awak?!" Jerit Adam sekuat hati.
"Afie, jangan buat saya macam ni. Mana awak? Saya tak nak hilang awak!" Kata Adam lagi.
"Afie." Bersungguh-sungguh Adam mencari isterinya.
"Afiena! Afiena tunggu." Adam sepertinya sudah dapat melihat kelibat Afiena.
Afiena berpaling. Dengan laju dan pantas dia terus melarikan diri.
"Teksi! Hantar saya balik." Afiena begitu tergesa-gesa ketika itu.
"Afiena!" Jerit Adam lagi. Namun, Afiena bersama teksi tersebut sudah pun berlalu pergi.
__________
"Tok! Tok! Tok!" Afiena mengetuk pintu rumah ibu dan ayahnya.
"Mak! Ayah!" Panggil Afiena dari luar rumah.
Pintu rumah dibuka.
"Eh, aunty?" Tanya Ariena.
Ariena dijaga semula oleh Mak Tiha dan Encik Amer. Walaupun Mak Tiha agak keberatan untuk menjaga Ariena, dia terpaksa menerima juga. Namun, perbalahan Ariena dan Mak Tiha masih lagi seperti biasa.
"Ariena." Afiena terus memeluk anak buahnya itu.
"Kamu kenapa ni Afie, balik rumah mak dengan nangis-nangis macam ni?" Mak Tiha risau.
"Eh, masuk bilik kau tidur. Esok sekolah!" Kata Mak Tiha dengan tegas kepada Ariena.
"Tak nak! Nak dengan aunty!" Ariena tetap berdegil.
"Degil betul budak ni!" Mahu saja Mak Tiha memulas telinga kecil kepunyaan cucunya tersebut. Namun, tidak kesampaian setelah Ariena berpaling mendapatkan Afiena.
"Mak. Kesianlah Arie." Sempat Afiena menegur perlakuan ibunya.
"Dah-dah masuk. Cerita dekat mak apa yang berlaku." Pinta Mak Tiha seraya menukar topik.
"Eh, ada apa ni?" Encik Amer terjaga.
"Ayah." Tegur Afiena.
Afiena teragak agak untuk memberitahu.
"Eh mak bercakap dengan kau ni. Kenapa dengan kau? Adam mana? Apa yang dah jadi? Kau gaduh dengan Adam ke?" Bertalu-talu soalan daripada Mak Tiha.
"Ye ibu. Afie gaduh dengan Adam." Afiena mengeluh kecil.
"Sebab?" Tanya Encik Amer.
"Afie tak boleh bagitahu." Kata Afiena lagi.
"Aunty. Mama pernah cakap dekat Arie. Kalau kita bergaduh, jangan lama-lama. Kena minta maaf! Kalau tak berdosa tau aunty!" Ariena yang dari tadi berdiam diri pun bersuara.
"Jangan menyibuk bila orang tua tengah bercakap boleh tak? Mama kau tak ajar hormat orang tua ke?" Marah Mak Tiha.
Ariena menundukkan kepalanya. Tidak berani untuk melawan.
"Betul lah apa yang Arie cakap tu." Encik Amer menyokong kata-kata cucunya.
"Awak sokong budak kecil ni?" Makin geram pula Mak Tiha.
"Memang betul lah kan kata-kata Arie tu." Encik Amer pula tak nak mengalah.
"Mak, ayah. Afie tak suruh pun mak ayah berdebat dekat sini. Afie nak tinggal dekat sini untuk sementara waktu. Boleh kan mak, ayah?" Pinta Afiena.
"Boleh Afie, selamanya pun boleh kalau kamu nak duduk siniz Mak tak pernah nak halang kamu. Tapi, minta izin dulu dekat suami kamu." Nasihat Mak Tiha.
Afiena kehilangan kata kata.
__________
Adam cuba menghubungi Afiena. Berulang-ulang kali. Namun, tetap gagal.
"Afie, angkat lah!" Rintih Adam.
"Maafkan saya Afiena." Desis hati Adam.
YOU ARE READING
Without You, With Him | Wattys2016
Romance[Completed/Finished] Pernikahan atau rumah tangga Arianna dan Farish yang telah dibina selama 5 tahun dan dikurniakan juga seorang puteri, Ariena musnah dengan sekelip mata apabila Farish terlibat dalam suatu kemalangan maut yang mengerikan. Kehidup...