"Ariena, kerja sekolah dah siap? Dari tadi asyik sibuk dengan phone mama je." Tegur Arianna.
"Dah mama. Arie tunggu papa call lah. Kenapa papa tak call?" Tanya Ariena pelik.
"Mana boleh papa nak call Arie hari-hari. Mestilah dia sibuk. Papa kan kerja, banyak benda dia nak uruskan." Kita janganlah kacau papa." Nasihat Arianna kepada anaknya.
Ariena mengangguk tanda faham.
"Kenapa kamu tak buka buka lagi hadiah yang satu tu? Siapa yang bagi?" Arianna menundingkan jarinya ke arah satu hadiah yang berada di atas meja belajar anaknya.
"Oh ye. Arie lupa nak buka. Tu papa bagilah mama." Ariena tersengih manja.
"Oh yeke. Kamu ni kecil kecil dah lupa. Hahaha." Ariena memerli anaknya dengan nada yang bergurau.
Ariena tersengih lagi.
Ariena membuka bungkusan tersebut dengan kemas.
"Wah! Teddy bear dengan rantai lah mama." Ujar Ariena dengan penuh teruja.
"Wah cantiknya rantai ni." Puji Arianna.
"Mari sini mama pakaikan." Kata Arianna lagi.
"Mesti papa suka kalau Arie pakai rantai yang dia bagi kan mama?" Tanya Ariena sambil membelek-belek rantai yang telah berada di lehernya
Arianna hanya mengiakan saja apa yang dikatakan oleh anaknya.
"Arie suka?" Tanya Arianna.
"Mestilah suka mama!" Jerit Ariena.
"Shh. Nanti nenek marah bising-bising." Tegur Arianna.
"Sorry mama." Ariena menekup mulutnya sendiri.
"Dah dah tidur, dah lewat malam dah ni. Kamu suka tidur lambat, nanti nak bangun liat." Usik Arianna sambil ketawa.
"Ee jahatlah mama." Ariena merajuk.
"Ala janganlah merajuk. Tak comel nanti." Pujuk Arianna.
Ariena kembali tersenyum. Dia tahu ibunya hanya bergurau dengannya.
"Bahagianya, tatkala aku melihat Ariena gembira. Farish, saya rindu awak!" Hati Arianna berdesis.
*Kling* kedengaran notification daripada whatsapp masuk melalui telefon pintar Arianna.
'"Goodnight Arianna dan Ariena. Sweet dream!" -Hanif.
"Goodnight juga. Ariena dah tidur." -Arianna.
"Yeke? Hm tak sempat nak bagitahu yang saya rindu dia." -Hanif.
"Lain kali boleh." -Arianna.
"Awak buat apa?" -Hanif.
"Buat-buat tidur sebab nak tidurkan si kecil ni ha." -Arianna.
"Macam tu pun boleh ye?" - Hanif.
"Boleh saja." -Arianna.
"Awak tak mengantuk?" -Hanif.
"Ngantuklah juga. Hm ok lah, saya nak tidur betul-betul ni. Goodnight." -Arianna.
"Ok bye. Goodnight again! " -Hanif.
Arianna hanya bagi bluetick sahaja.
YOU ARE READING
Without You, With Him | Wattys2016
Romance[Completed/Finished] Pernikahan atau rumah tangga Arianna dan Farish yang telah dibina selama 5 tahun dan dikurniakan juga seorang puteri, Ariena musnah dengan sekelip mata apabila Farish terlibat dalam suatu kemalangan maut yang mengerikan. Kehidup...