#9

6.8K 215 0
                                    

"Mama, best tak kawan dengan papa?" Tiba-tiba saja Ariena bertanya tentang Hanif.

"Kamu cakap apa ni?" Arianna terketawa.

"Mama, betul-betulah. Arie tanya ni, best ke tak kawan dengan papa?" Tanya Ariena lagi.

"Em." Saja Arianna buat suspen.

"Mama!" Marah Ariena sambil mendengus.

"Ok ok, best jugalah." Jawab Arianna sambil tersengih.

Ariena tergelak kecil mendengar jawapan ibunya.

"Kenapa? Apa yang kamu sorok ha?" Arianna bertanya sambil tergelak melihat aksi comel anaknya.

"Tak ada apa-apa." Ariena tersengih.

"Yeke ni?" Arianna cuba mengorek rahsia.

"Betul mama." Ariena acah-acah seperti sedang mengangkat sumpah.

Arianna ketawa.

"Mama, nak tanya lagi boleh?" Ariena tersengih lagi.

"Tanyalah sayang." Arianna mengusap rambut panjang anaknya itu.

"Mama suka papa tak? Mesti suka kan!" Tanya Ariena.

Pertanyaan Ariena membuatkan Arianna terkejut. Benar-benar kaget.

"Apa kamu merepek ni nak." Arianna berpura-pura ketawa.

"Mama suka papa tak?" Kali ini Ariena mengulangi semula soalannya tetapi secara satu persatu.

Arianna mulai tak senang duduk.

"Tak tahu lah, dah lah mama nak masak. Nanti nenek marah." Arianna menukar topik seraya membuang perasaan gelisahnya itu.

"Ala mama!" Ragu Ariena.

Arianna menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Ariena. Lalu, bergerak keluar dan menuju ke dapur.

__________

"Hanif. Berhenti jap." Datin Sarah, ibu Hanif memanggil Hanif.

"Ada apa ibu?" Tanya Hanif dengan sopan.

"Cantik tak anak kawan ibu?" Tanya Datin Sarah sambil menunjukkan gambar anak rakannya kepada Hanif.

"Cantik ibu." Hanif layankan saja kerenah ibunya.

"Ha kalau cantik, ibu ingatkan nak jodohkan kamu dengan dia. Ibu comfirm sangat, dia sesuai dengan kamu." Kata Datin Sarah dengan penuh teruja.

"Stop it, ibu. I told you, jangan carikan Hanif jodoh lagi. Enough, I will never agree with your choices. Ibu, sabar boleh?" Hanif masih cuba untuk berlembut dengan ibunya.

"Ibu nak tanya, dah berapa kali kamu dipermainkan? Dah berapa kali duit kamu kena kikis? Kamu tak serik lagi?" Datin Sarah cuma mengingatkan anaknya.

"Sebab tu Hanif tak suka dengan pilihan ibu. Hanif tak kenal dia lagi. Mungkin sama je macam yang perempuan yang Hanif pernah kenal." Ujar Hanif lagi. Sepertinya tidak mahu kalah dengan ibunya.

"Eh mulut kamu tu jangan kurang ajar." Marah Datin Sarah. Geram kerana Hanif enggan menerima pilihannya.

"Adam boleh je cari sendiri? Kenapa Hanif sebagai abang tak boleh pula?" Terasa tidak adil pula bagi diri Hanif.

"Ye, sebab adik kamu pandai cari calon isteri yang baik. Sedangkan kamu?" Makin membuak-buak perasaan marah Datin Sarah.

"Hanif tetap dengan keputusan Hanif. Ibu jangan paksa Hanif. Hanif dah matang. You better stop this crazy thing, ibu. You are just wasting your time." Hanif bergegas masuk ke biliknya.

"Keputusan ibu pun muktamad! Hujung tahun naik pelamin!" Jerit Datin Sarah. Amboi, tak faham bahasa ke mak kau ni Hanif?

Langkah Hanif terhenti. Terkaku sementara.

"You are desperate!" Jerit Hanif dengan penuh geram.

Dia terus menghempaskan pintu biliknya sekuat hatinya.

Datin Sarah terperanjat mendengar suara garau anaknya yang begitu kuat. Tahu takut.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now