#5

8.1K 270 0
                                    

"Arie tak nak hadiah ke?" Tanya Adam dengan nada manja.

"Nak nak. Thank you uncle!" Ariena begitu gembira sekali.

"Hadiah Uncle je ke? Aunty punya tak nak?" Afiena acah-acah merajuk.

"Arie nak jugalah. Aunty janganlah merajuk. Senyum please."  Ujar Ariena dengan manja.

"Atok tak dapat bagi Arie hadiah tau, maafkan atok. Tapi atok akan selalu doakan Arie yang terbaik." Kata Pak Amer.

"Takpe atok. Atok pun dah jadi hadiah Arie." Arie tersengih-sengih.

"Ini ikhlas daripada papa." Hanif membahasakan dirinya 'papa' di hadapan Arie.

"Apa ni papa?" Jari jemari Ariena mahu membuka bungkusan tersebut namun dihalang oleh Hanif.

"Janganlah buka sekarang. Malu la papa nanti." Kata Hanif.

Dan mereka ketawa lagi.

__________

"Saya tak sangka, awak abang Adam rupanya." Arianna memulakan bicaranya.

"Saya pun tak sangka, kita ni dekat je sebenarnya." Kata Hanif pula.

Arianna tertawa kecil.

"Suami awak dulu meninggal sebab apa eh? Maaflah kalau pertanyaan saya ni menyinggung hati dan perasaan awak." Hanif tergagap-gagap ketika menanyakan soalan tersebut.

"Accident, takpelah benda dah lepas." Arriana senyum tawar.

"Muka arwah memang seiras macam saya ke? Terkejut juga saya bila Arie panggil saya papa." Hanif gelak.

"Hm macam tulah, saya pun ingatkan yang awak ni Farish. Saya hampir lupa yang Farish memang dah tak ada. Saya kena terima kenyataan." Arianna kelihatan begitu sedih.

"Takpelah, Hanif ke Farish ke siapa pun kalau awak terpikat dengan saya pun apa salahnya." Hanif saja menyakat.

"Awak ni macam arwah sangat-sangat, suka menyakat orang." Pipi Arianna sudah merah merona.

Hanif hanay tersengih.

"Terima kasih sudi datang, belikan kek dan hadiah untuk Arie." Tambah Arianna lagi.

"Sama-sama. Asalkan Arie bahagia." Jawab Hanif.

Arianna hanya mampu tersenyum.

"Apa nama penuh Arie?" Tanya Hanif ingin tahu.

"Ariena Aryana." Jawab Arianna.

"Cantik betul nama dia." Puji Hanif.

Arianna tertawa kecil.

"Mana dia?" Hanif sedang mencari kelibat si kecil tersebut.

"Tidur, penat sangat lah tu kot." Kata Arianna lagi.

"Tak sempatlah saya nak bye dekat dia." Hanif sedih.

"Dah nak balik ke?" Tanya Arianna.

"Ye, kirim salam dekat Arie. Saya pergi dulu." Kata Hanif lagi.

"Ok, hati-hati drive." Sempat Arianna mengingatkan Hanif.

"I will." Hanif mengenyitkan matanya kepada Arianna.

Arianna ketawa melihat gelagat Hanif. Memang sebiji macam arwah Farish dulu.

__________

"Mama, mana papa?" Arie terjaga dari tidurnya.

"Eh, bangun bangun je terus cari papa ye? Dah tak sayang mama lagi ke?" Arianna saja merajuk.

"Mana ada. Arie sayang mama lah. Cuma papa balik tak bagitahu pun." Arie buat muka sedih.

"Dia tak nak kacau Arie tidurlah, tadi papa kirim salam." Kata Arianna lagi.

"Hm. Mama, nak jumpa papa?" Pinta Arie.

"Apa pula jumpa papa malam malam buta macam ni?" Arianna terkejut dengan permintaan anaknya itu.

"Please mama." Arie merayu-rayu sambil buat muka.

"Arie call papa je boleh? Papa ada bagi nombor dia dekat mama petang tadi." Ujar Arianna.

"Nak nak!" Ariena memeluk ibunya.

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now