#38

5.4K 144 0
                                    

"Ada apa nak jumpa ni?" Arianna sebenarnya enggan hendak berjumpa dengan Diana.

"Arianna ke ni? Makin cantik kau!" Diana sempat memuji Arianna.

"Kenapa nak jumpa ni?" Arianna tetap serius sahaja.

"Aku dah buat keputusan." Diana juga kembali serius.

"Keputusan apa pula ni?" Arianna pelik.

"Aku nak cerai dengan Hanif." Jawab Diana jujur.

"Apa kau merepek ni? Dulu kau beria nak kan dia sebab nak balas dendam..." Arianna tak sanggup meneruskan kata-katanya.

"Aku tak sampai hati. Kau pun tahu kan aku tak sayang Hanif? Hanif sayang kau. Baliklah semula pada dia." Pujuk Diana.

"Aku tak faham lah." Arianna semakin binggung.

"Betul lah apa yang Diana cakap tu. Saya dah tahu semuanya." Hanif mencelah secara tiba-tiba.

"Mana awak tahu saya dengan Arianna ada dekat sini?" Tanya Diana terkejut.

"Kebetulan. Sekarang waktu lunch saya dan saya ternampak awak berdua." Jujur Hanif.

Arianna hanya mampu membisukan diri.

"Oh, I see. Eh, have a sit." Pelawa Diana.

"Thank you." Hanif senyum dan menerima pelawaan Diana.

"Arianna." Tegur Diana.

"Ye." Sahut Arianna sepatah.

"Aku dah buat keputusan. Aku nak cerai dengan Hanif." Diana ulang semula apa yang dikatakannya tadi.

"Jadi?" Arianna masih bingung.

"Aku nak kau dengan Hanif. Kau sayang Hanif kan? Hanif pun sayang kau."!Kata Diana lagi.

"Aku tak suka dia lagi. Tak payah lah bercerai. Kau boleh belajar untuk cintakan Hanif." Kata Arianna pula.

"Tapi Arianna, saya sayangkan awak." Hanif bersuara.

"Apa kau merepek ni? Aku takkan suka dekat Hanif dan Hanif pun takkan suka dekat aku." Diana menegakkan kebenaran.

Arianna hanya menyepi.

"Arianna?" Tegur Hanif.

Arianna berpaling.

_____________

"Macam mana Hanif boleh ingat semula eh?"

"Diana? Kenapa dia tiba-tiba buat keputusan macam tu?"

"Dendam Diana tak terhajat?"

Pelbagai jenis soalan dan pertanyaan yang sedang bermain dan berlegar-legar di fikiran Arianna.

Sakit kepala Arianna dibuatnya. Dia mahu mengetahui semua perkara dengan jelas

"Tidur lagi bagus!" Arianna mendengus geram. Penat.

"Mama, kenapa ni?" Ariena terjaga.

"Takda apa lah sayang. Mama minta maaf sebab buat kamu terjaga. Dah-dah tidur balik." Kata Arianna.

Ariena mengangguk dan dia pun terlena semula di sisi ibunya.

Arianna mengusap-usap rambut panjang milik anaknya dengan penuh kasih sayang. Sambil sambil itu, dia sebenarnya masih memikirkan hal yang berlaku petang tadi.

Dia sayangkan Hanif namun, adakah dia mampu menerima semula kehadiran Hanif dalam hidupnya?

Without You, With Him | Wattys2016Where stories live. Discover now