ABC ❥ 1

1.9K 63 5
                                    

Please vote before you read! Thanks 💗

      Nama aku Tengku Nur Sofeeya Aryanna. Korang jangan ingat aku ni keturunan tengku tau! Itu memang nama aku. Semasa ibuku mengandungkan aku, dia berangan-angan anak pertama dia ni akan berkahwin dengan anak keturunan di raja. Ibu aku memang suka berangan macam aku. Sebab itulah nama aku ada Tengku kat depan. Nasib baik dapat juga dia letak nama itu. Walaupun sebenarnya tak boleh tetapi ibu aku tidak berputus asa sampai mengugut akan bunuh diri. Akhirnya, berjaya. Gembira tak terkata ibu aku tapi tidak juga bisu. Aku ada dua orang kakak. Mereka merupakan kakak tiri aku. Maksudnya, aku kini tinggal bersama ibu tiri aku. Ibuku sudah meninggal dunia ketika aku berumur 7 tahun. Hmm, sedih pulak. Ayahku seorang guru yang mengajar di sekolah yang aku belajar sekarang. Ibu tiri aku pula seorang boss besar di sebuah butik miliknya sendiri.

Baiklah. Setakat itu sahajalah aku bercerita. Sekarang aku nak bersiap nak pergi ke sekolah. Dah lewat ni. Aku pun bangun untuk mandi setelah berangan tak tentu pasal. Hari ini merupakan minggu kedua musim persekolahan bermula.

"Along! Baju Ryan kat mana?"
Teriakku. Along ataupun nama penuhnya Dasharmilla Eiqa merupakan kakak tiri aku yang sulung. Dia sedang berbaring memandang telefonnya sambil tersengih.

Entah lelaki spesis mana pula yang dia sedang bergatal sekarang. Memang dasar playgirl kakak tiri aku ini.

"Ada kat tepi jemuran tu," jawabnya sambil menunjuk ke arah luar.

Aku memandangnya sambil mengerutkan kening. Di jemuran?

"Asal kat sana pulak?"

"Semalam, masa along nak iron baju tu. Tetiba terkena air mineral. Along iron dululah baru jemur kat luar," jawabnya selamba.

"Hah?" Aku tercengang mendengar jawapannya. Aku tanpa berlengah terus berlari ke luar jemuran.

Baju sekolahku yang tergantung kemas di jemuran, aku capai dan terus hidu.

Bau lembap. Aku menggigit bibir menahan geram. Kakak aku ni tak tahu berfikir dulu ke?! Memang sama jugalah dengan otak dia yang lembab tu! Marahku dalam hati. Tapi tidak bermaksud dengan apa yang aku cakapkan terhadapnya.

Orang lain keringkan dulu baru iron!

"Along!" Baju sekolahku, aku gantung di belakang pintu bilik.

"Kenapa? Kering juga kan?" Tanpa rasa bersalah dia membalas seolah-olah perkara yang dia buat itu betul.

Aku mengeluh berat. Kering memang kering tapi bau! Mahu aje aku memarahinya tetapi jam sudah menunjukkan angka ketujuh. Aku hanya memberikan jelingan tajam ke arahnya dan terus masuk ke dalam bilik mandi.

❀❀

"Tengku Nur Sofeeya Aryanna!"

Panggil seorang lelaki apabila aku dengan selamba badaknya berjalan melintasi dia walhal aku tahu kenapa dia memanggil namaku.

Aku membuat muka tak ada feeling. Macam tak biasa.

Afham Firash. Ketua pengawas SMK Tun Wawasan itu kini berdiri di hadapan aku dengan mukanya yang buruk mengalahkan monyet yang terlepas.

"Lambat lagi? Ini dah lima kali berturut-turut awak lewat. Lepas ni, awak jumpa saya. Ambil surat amaran pertama," beritahunya sambil mencatat sesuatu di buku nota kecil biru miliknya.

Aku mengeluh malas dan mula meninggalkannya. Baru minggu lalu kot aku lambat.

"Awak dengar ke apa saya cakap ni?" Balasnya lagi, menghalang perjalananku.

Aku Bukan CinderellaWhere stories live. Discover now