"Seriuslah?!" Nahyun yang sedang makan kokocrunch terus tersedak. Mata dibulatkan sambil memandang sepupunya.
"Kau tolak Jimin?!" Joohyun berdecit. Dia memegang pintu peti sejuk sambil menjeling perempuan itu.
"Wei, tapi..Tapi seriuslah? Kau tolak Jimin? Dah la kau baru bagitau pagi ni, dah cukup 24 jam dah pun," Nahyun masih lagi tak dapat menerima kenyataan.
Ya, dia tau yang Joohyun marahkan lelaki itu--berdasarkan apa yang Jimin ceritalah. Tapi, takkan lah sampai tolak lelaki tu? Tak--dia tau yang Joohyun ada hak sendiri.
Tapi..Dia tertanya kenapa sepupunya menolak perasaan Jimin? Bukannya Joohyun ada siapa-siapa yang dia suka.
"Ya la, kenapa kau nak terkejut sangat? Bukannya aku tolak Sehu-Ehem ehem!" Joohyun berdehem dengan kuat. Nahyun tersenyum senget.
"With who? Sehun?"
"Diam lah kau! Dah, makan cepat! Aku tak nak lambat pergi sekolah,"
----
"So students..I want you to submit you works tomorrow..Okay? Don't be late," Para pelajar mengangguk tanda faham dengan perintah Puan Park, guru bahasa Inggeris.
"Okay, you can go for you PE class" Selepas mengucapkan terima kasih, mereka semua mengemas barang untuk kelas Pendidikan Jasmani.
"Kau..Nampak stress je dengan Sehun?" Nahyun memandang biasan cermin di hadapannya. Uniform sukan dibetulkan.
"Ha? Apa maksud kau?" Joohyun menggantung uniform sekolahnya di dalam loker yang disediakan.
"Kau tak faham bahasa eh? Nak aku cakap bahasa apa? Jepun? Ish. Tak da la, aku tengok kau macam diam je dengan Sehun. Selalunya korang banyak jugak cakap. Even Jungkook pun perasan," Perempuan itu bersandar di loker sambil memandang sepupunya. Tangan disilangkan ke dada.
"Hmm? Mana ada..Korang je yang perasan," Joohyun mengemam bibirnya.
"Oh, c'mon lah Hyun..Kau buat macam aku baru kenal kau petang kelmarin. Hish. It's obvious. Even muka dia waktu masuk kelas pun ketat semacam je aku tengok," Nahyun mengangkat sebelah keningnya manakala Joohyun mengemam bibirnya. Dia mengeluh.
"Aku pun tak tau la. Pagi ni dia macam moody..Nak tanya, aku takut pula." Nahyun mengangguk. Tiba-tiba ada seseorang datang dalam mindanya.
"Hyun, aku pergi dulu eh? Nanti jumpa kat padang." Joohyun mengangguk.
---
Nahyun menggigit bibirnya sambil memandang sekeliling padang. Manalah manusia tu pergi?
Secara kebetulan matanya tertancap pada Chanyeol di gelangan bola keranjang dan automatik dia ternampak manusia itu sekali.
"Byun Baekhyun!" Lelaki itu memandangnya. Baekhyun bercakap dengan Chanyeol sekejap sebelum berlari kepadanya.
"Kenapa?"
"Saya nak tanya.." Baekhyun mengikut Nahyun untuk duduk di bangku penyokong.
"Apa?"
"Tuh. Kenapa dengan dia tu?" Baekhyun memandang ke arah gelanggang tadi.
"Sehun?" Nahyun mengangguk. Lelaki itu berkerut.
"Kenapa dengan dia?" Nahyun berdecit.
"Tak adalah..Bukan nak menyibuk, tapi Joohyun cakap Sehun seems.. Moody?" Dia memandang Baekhyun.
"Sehun..Moody?" Baekhyun mengemam bibirnya. Mereka terdiam sebelum Baekhyun tersenyum.
"Oh!"
"Saya rasa dia..Jealous?" Giliran Nahyun pula untuk berkerut.
"Tentang?" Baekhyun mengangkat keningnya berkali-kali.
----
"Sehun. Ni, Mrs Park suruh perbaiki essay awak. Dia cakap tak memuaskan," Joohyun meletakkan buku lelaki itu di atas meja. Sehun memandang sekilas sebelum matanya tertumpu pada telefon semula.
"Awak dengar ke tak?" Perempuan itu berhenti mengeluarkan buku. Entah kenapa, rasa geram bila tengok Sehun tak memberikan respon.
"Sehun!"
"Ish. Saya dengarlah, tak yah la ulang." Lelaki itu berdecit. Joohyun mengeluh. Dia menarik nafas menahan sabar. Nasib sajalah sekarang waktu rehat, tak ada orang di dalam kelas melainkan mereka berdua.
"Sehun.. Kenapa ni?"
"Kenapa apa?"
"Awaklah. Dari pagi tadi asyik moody. Mengalahkan perempuan," Joohyun mencebik. Bukannya dia tak ada kawan lain, cumanya dia terasa agak sunyi bila sepanjang hari terpaksa duduk tanpa bercakap.
"Mana ada apa-apa." Mukanya langsung tiada ekspresi. Telefon dimatikan sebelum dia meletakkan kepala di agas meja berlapikkan tangan.
"Sehun..Cakaplah," Bukan nak mendesak, tapi dia rasa bersalah.
"Sehun.." Joohyun memeluk tubuh itu dari tepi. Gila, dia sendiri tak menjangka yang dia akan buat perkara sebodoh itu.
"Janganlah macam ni..Awak buat saya rasa tertanya. Kalau saya ada buat salah, bagitau la.." Suaranya mula meleret. Kalau boleh, nak saja dia tinggalkan lelaki itu bersendirian. Bercakap dengan Kyungsoo lagi seronok.
"Sehun. Awak kenapa-"
"Jealous," Dia menegakkan badan dan menyebabkan Joohyun tertarik ke arahnya lagi.
"Pft..Kenapa?" Sehun memandang tangan Joohyun yang melingkar di pinggangnya sebelum menarik tangan itu.
"Saya jealous sebab Jimin suka awak," Joohyun tergelak.
"Habistu? Kenapa kena jealous? Bukan sepatutnya lebih appropriate kalau awak jealous sebab SAYA yang suka kat dia? Ayee..Awak ni gay ke apa Hun?" Lelaki itu berdecit. Terus tangannya yang sedang memegang tangan Joohyun dilepaskan.
"Suka memfitnah. Dosa, tau dosa? Hish," Joohyun ketawa halus.
"Fine, fine. Ha, kenapa awak jealous? Geli la dengar," Joohyun menongkat kepala di atas meja Sehun. Dia tersenyum mengejek sambil memandang lelaki itu.
"Saya..Tak ada sebab?" Lelaki itu menelan air liur.
"Macam mana boleh tak da sebab? Erm, suspicious." Sehun mengemam bibirnya sebelum berdecit.
"Apa-apa je lah! Dah, nak tengok essay tu. Mana dia?" Joohyun menegakkan badan. Pelik betul. Tiba-tiba ja ubah topik.
YOU ARE READING
My Bully, My Lover+OSH[Malay](C)
FanfictionKim Joohyun, seorang pelajar perempuan yang sangat baik dan peramah. Tapi, disebabkan hobinya yang suka sangat membaca, dia dibuli seorang pelajar lelaki bernama Oh Sehun. Atau lebih dikenali sebagai kingka sekolah. Maknae sebuah kumpulan yang diber...