Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu. Genap lima hari Joohyun duduk di apartment rakan-rakan lelakinya. Mungkin orang akan ingat yang pelik-pelik, tapi bukan dia. Mereka dah berkawan sejak kecil lagi. Dia dah lebih dari percaya dengan mereka.
"Wei, wei.." Semua mata tertumpu pada Hoseok.
"Kenapa aku tengok Jimin tak banyak cakap eh sejak dua hari ni?" Hoseok memandang mereka semua. Taehyung menoleh ke belakang beberapa kali untuk memastikan Jimin tiada di situ sebelum memandang Hoseok kembali.
"Kau tau pun. Selalunya pagi-pagi, bila dia dah bangun..Dia akan keluar bilik terus. Tapi, semenjak dua ni, dia selalu tunggu orang panggil." Lelaki itu menambah. Namjoon bersandar di sofa sebelum memandang mereka semua.
"Ada sesiapa tersalah cakap ke?" Mereka berfikir sebelum menggeleng.
"Kita bercakap dengan dia pun tak dak ruang, inikan nak tersalah cakap?" Yoongi mengangkat sebelah keningnya.
"Hmmm..Dia tu suspicious betul," Jungkook mengemam bibirnya.
"Korang rasa dia-" Kata-kata Jin terhenti apabila telefon Joohyun berbunyi. Perempuan itu memandang skrin telefonnya sebelum berkerut.
Dia berdecit sebelum berdiri dan masuk ke biliknya sambil menjawab telefon.
"Yang tu pun pelik juga tu.." Mereka semua memandang pintu bilik tetamu yang dah tertutup.
---
"Apa awak nak?" Joohyun menjawab telefonnya.
"Saya tak ada masa lah.." Dia berdecit.
"Jadi? Kalau ini cuti pun, tak bermakna saya tak sibuk. Saya ni menfaedahkan masa bukan macam awak. Tau membuang masa saja," Agak puas hatinya bila suara di hujung talian terhenti seketika.
"Dan apa hak awak untuk ugut saya? Come on, Sehun. Awak bukannya boleh buat apa-" Dia menelan air liur.
"Yah! Awak jangan cari pasal dengan diorang. Awak ingat ni Mission Impossible ke nak main lawan-lawan 24 jam?" Dia mengeluh semula.
"Fine..Kita jumpa. Tapi tak lama,"
"Okay." Tanpa menunggu Sehun menjawab, dia terus mematikan panggil. Telefon dicampak ke atas katil. Perempuan itu memeluk tubuh sambil menahan perasaan.
"Ish!" Dia menghentakkan kaki sebelum melangkah masuk ke tandas.
----
"Kau nak pergi mana, Sehun? Pukul enam dah ni." Suho menegur. Dah lah sekarang mula sejuk, pukul enam pun dah gelap macam pukul lapan.
"Aku nak keluar jumpa--Aku nak keluar pergi beli makanan," Cepat-cepat dia membetulkan kata-kata.
"Lain macam je bunyinya.." Baekhyun berpaling ke belakang. Tiba-tiba perhatian di televisyen terus hilang.
"Mana ada. Betullah..Kyungsoo tak masak kan harini. So, aku pergi beli makanan lah. Dan mungkin aku tak akan bawak balik kat korang, so jangan mengharap. Dah, aku keluar dulu."
"Sehun-" Baekhyun mengeluh. Dia memandang Suho.
"Lain betul budak tu sekarang. Makan pun nak tak nak..Kat sekolah pun dah pindah tempat."
"Itulah.." Suho duduk di atas sofa.
"Apa dah jadi sebenarnya ni?" Dia menyambung.
----
"Cakap.. Cepat," Joohyun memeluk tubuh. Badan disandarkan di kerusi. Air yang dipesan langsung tak disentuh.
"Aku nak minta maaf.." Sehun dah belajar untuk rendahkan egonya walaupun sedikit.
"Awak ikhlas ke?" Usaha lelaki itu mengangguk. Tak lama selepas itu, Joohyun tergelak sinis.
"Awak cakap awak ikhlas..Tapi awak masih lagi ugut saya untuk bertumbuk dengan diorang? Awak ingat saya tak dapat baca permainan awak?" Sehun terdiam. Perempuan dia hadapannya ini dah berubah walaupun hanya dalam beberapa hari.
"Kau kena faham..Kalau aku tak ugut, kau tak akan datang."
"Oh, ya? Jadi kenapa awak tak datang je kerumah saya? Awak kata ikhlas? Kalau awak ikhlas..Awak akan usaha, Sehun." Kali ini Sehun tersenyum. Mungkin ayat Joohyun kedengaran kejam, tapi bukan sekarang.
"Dan kau ingat aku tak tau yang parents kau ada kat Itali? Sekarang kau duduk dengan Jimin dan yang lain-lain.." Joohyun terdiam. Mukanya nampak tenang, tapi hatinya agak bergelora. Macam mana sajalah lelaki itu boleh tau?
"Awak dengar dari orang lain.. Atau awak stalk saya?" Nasib baik perkataan 'stalk' tu datang. Kalau tidak, mesti dia dah kaku.
"Kalau aku cakap aku stalk kau?" Perempuan itu terdiam. Entah kenapa, dengan hanya satu ayat tu saja dah berjaya buatkan dia terasa getar seluruh badan.
"Okay, look.." Sehun membetulkan posisi badannya.
"Aku betul-betul nak minta maaf.. Semua sekali, mula dari aku membuli kau, aku paksa kau buat macam-macam, aku libatkan kau dalam masalah, semualah.. Please? Aku bukannya orang yang jenis nak rendahkan ego semata-mata untuk perempuan." Joohyun terdiam. Dia memandang lelaki itu. Betul, untuk kali pertama, Sehun nampak ikhlas.
"Okay.." Joohyun mengangguk.
"Saya akan bagi awak peluang ke dua. Soal maafkan atau tak.. Saya akan pertimbangkan dulu." Sehun mengemam bibir. Hatinya masih berat. Tapi kalau itu hanya apa yang ada sekarang, dia akan ikutkan saja.
"Okay."
----
"Kau pergi mana tadi?" Joohyun memandang rakan-rakannya yang sedang makan di dapur.
"Aku keluar kejap tadi..Ambil-ambil angin je," Mereka mengangguk. Tapi, entah kenapa..Joohyun terasa suasana agak tengang.
"Ambil angin katanya.. Tapi, boleh duduk dalam kafe sambil jumpa Sehun." Jimin bersuara. Joohyun tersentak. Macam mana..
"Aku ternampak kau tadi. Tak ada apalah. Dah la, aku nak masuk dulu." Jimin meletakkan pinggan di dalam sinki sebelum melangkah masuk ke bilik.
"Jangan risau lah, Hyun..Dia ada apa-apalah tu." Jungkook bersuara. Joohyun megemam bibir sebelum mengangguk.
YOU ARE READING
My Bully, My Lover+OSH[Malay](C)
FanficKim Joohyun, seorang pelajar perempuan yang sangat baik dan peramah. Tapi, disebabkan hobinya yang suka sangat membaca, dia dibuli seorang pelajar lelaki bernama Oh Sehun. Atau lebih dikenali sebagai kingka sekolah. Maknae sebuah kumpulan yang diber...