"Hyun! Aku nak keluar lepas ni. Kau balik dulu eh?" Joohyun berkerut. Dia mengerling jam di tangan. Dah 3.30.
"Rajin betul kau keluar kan sekarang? Dah ada boyfriend ke macam mana?"
"Wuish. Nahyun dah ada boyfriend?" Nahyun menjeling Jungkook di sebelahnya sedikit.
"Kau memang suka main teka macam tu kan? Lepastu mulalah tersebar benda-benda pelik pasal aku." Nahyun berdecit. Buku dimasukkan ke dalam beg dengan lebih cepat.
"Ala-alah..Okay, okay. Maaf ya?"
"Kenapa ni?" Sehun masuk ke dalam kelas. Di tangannya ada setin milo. Entah bilalah dia keluar.
"Tak dak apa-apa la..Dah la, aku balik dulu. Jangan balik lambat. Kalau tak aku habiskan makan malam," Joohyun melambaikan tangannya sebelum keluar dari kelas itu sebelum satu per satu orang mula keluar meninggalkan Nahyun, Sehun dan yang lain-lain.
"Okay. Okay. Okay. Sekarang kita nak buat apa?" Sehun memandang mereka semua.
"Pergi cari baju untuk kita la." Suho menjawab.
"Tapikan, kita nak pakai semua sama ke macam mana?" Tanya Tao.
"Tulah.. Kalau kita beli semua sama, macam pelik pulak. Jadi 'The twelve musketeers'." Chanyeol menjawab.
"Apa kata.. Korang beli design yang sama tapi warna lain?" Nahyun memberikan cadangan. Mereka semua mengangguk.
"Okay juga. Tapi takkan nak beli sampai 12 warna kut? Wujud ke?" Sebaik saja Kai bersuara, terus mereka memandang Nahyun semula.
"Saya ni macam korang punya stylist pulak kan? Ish," Mereka semua tersengih. Dah nama pun lelaki..Nak buat macam mana?
"Apa kata..Kita pergi dulu tengok baju macam mana..Then, baru kita decide. Kalau berdiri dalam kelas ni asyik bincang saja, nanti buang masa pulak," Suho memandang mereka semua. Senang... Selesai masalah.
"Erm, okay lah."
----
"Tak nak la.. Tak berapa menarik."
"Kita tak penting sangat.. Priority given to Sehun."
"Woi, kau nak suruh aku jadi transgender ke macam mana?"
"Yah, yah, yah, yah! Aku nak kata kau buta warna pun tak jugak..Tapi, tu warna neon pink kut..Nanti aku pulak boleh ganti lampu disco,"
"Besar sangat,"
"Kecil sangat,"
"Bahu dia terangkat,"
"Bahu dia jatuh,"
"Cuba ambil saiz M," Nahyun mengeluh. Menyesal betul dia ikut semua manusia tu datang ke sini. Padan la dengan lelaki.
Dia bangun dari kerusi sebelum berjalan ke arah mereka semua.
"Hey..Korang boleh diam sikit tak? Dalam butik ni korang je yang macam anak ayam hilang ibu," Dia menegur. Mereka semua terus terdiam.
"Nak pakai apa ni?" Sehun mengemam bibir.
"Ada banyak baju yang lawa-lawa.. Kenapa korang still tak jumpa?" Tangan Nahyun menyelak baju-baju yang digantung.
"Bukan sebab tak dak yang menarik minat..Dia sebab takut tak sesuai atau something like that," Mereka semua mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Tao.
"Hishhhh..." Nahyun kembali menyelak baju-baju. Sehinggalah matanya tertancap pada sehelai kemeja kelabu cerah. Sekali pandang, tak nampak macam kelabu sangat. Orang akan ingat warna itu ialah putih.
"Ini...Pergi cuba. Orang takkan pelik sebab warna dia jenis cerah," Mereka semua memandang kemeja itu sebelum mengangguk.
----
"Joohyun! Siapa pasangan kau nanti?" Joohyun memandang sepupunya kosong.
"Entahlah..Aku tak rasa nak fikir pula," Perempuan itu mengangkat bahunya sebelum matanya tertumpu pada televisyen semula.
"Kenapa? Kau dah ada pasangan ke?" Joohyun memandang Nahyun semula.
"Entahlah..Tapi, rasanya aku pergi dengan Baekhyun kut," Joohyun tersenyum nakal. Tiba-tiba mood untuk mengusik sepupunya datang.
"Wuuu..Nanti, mesti ada something malam prom tu. Kan? Cuba bayangkan.. Dia turun dari stage--lepas perform dengan kawan-kawan dia, lepastu jalan arah kau.. Then confess kat kau depan-"
"Yah, Kim Joohyun! Kau ni banyak tengok drama sangatlah! Hish! Tak semestinya aku rapat dengan dia, aku akan end up dengan dia juga." Nahyun menjeling sepupunya. Geram betul. Tak lama selepas itu, dia tersenyum semula.
"Mungkin..Mungkin tiba-tiba akan ada couple baru malam prom tu..Who knows?" Dia tersenyum penuh makna.
YOU ARE READING
My Bully, My Lover+OSH[Malay](C)
FanfictionKim Joohyun, seorang pelajar perempuan yang sangat baik dan peramah. Tapi, disebabkan hobinya yang suka sangat membaca, dia dibuli seorang pelajar lelaki bernama Oh Sehun. Atau lebih dikenali sebagai kingka sekolah. Maknae sebuah kumpulan yang diber...