"Entah kenapa tah kau boleh menang. Geram betul aku!" Tao mendengus geram. Sakit hatinya memandang Kai di sebelah. Mereka bersebelas sama-sama melangkah masuk ke dalam lift.
Ya, mereka keluar ke tempat yang sama. Tapi, langsung tak rasa nak ajak Sehun kerana semalam lelaki itu stress tahap langit ke tujuh.
"Korang tak rasa bersalah eh, tak ajak dia?" Suho memandang mereka semua.
"Kau tengok muka dia semalam ada rasa dia nak ikut ke kalau kita ajak pun?" Kyungsoo membalas. Mereka melangkah keluar lift sebaik saja lift terbuka.
"Korang rasa apa yang dia tengah buat sekarang?" Xiumin memandang mereka semua.
"Tidur," Jawab Kris.
"Erm, betul dah la tu. Petang-petang macam ni." Baekhyun menekan password pintu mereka sebelum melangkah masuk. Mereka semua menukar kasut sebelum terhenti.
"Kejap. Bau apa yang sedap sangat ni?" Chanyeol bersuara. Hidungnya mula menghidu.
"Datang dari dapur kan?"
"Sejak bila Sehun rajin nak masak ni?" Chen pula bersuara. Mereka semua melangkah ke arah dapur.
"Sehun--Whoah.." Luhan berhenti di hadapan dapur.
"Ni siapa pula dah? Kita salah masuk rumah ke?" Lay memandang sekeliling rumah.
"Tak pun." Mereka memandang belakang perempuan itu. Dia sedang fokus sehinggakan langsung tak perasan kehadiran mereka.
"Kejap..Itu pakaian sekolah kita kan?" Mereka memandang warna skirt dan vest yang dipakainya.
"Ha'ah.."
"Siapa--Joohyun!" Baekhyun terlepas nama itu. Dia cuma mendapat firasat yang itu Joohyun dan tiba-tiba saja nama itu terkeluar.
"Ha? Oh! Korang dah balik!" Joohyun mengalihkan badannya. Dia menyapa mereka dengan senyuman. Mereka menganga. Langsung tak faham dengan situasi sekarang.
"Apa yang kau..Apa yang awak..Apa yang-"
"Saya ikut Sehun balik sebab dia cakap tak ada orang kat rumah. Jadi, saya masaklah." Kata-kata Tao dipotong. Mereka perlahan-lahan mengangguk.
"Oo--kay?" Masing-masing berkerut. Masih belum habis memproses situasi.
"Korang pergi lah siap. Nanti keluar makan." Terus mereka belari ke bilik Sehun.
"Oh Sehun!" Suara Chen menyapa telinga. Joohyun tergelak halus.
~•
"So, sekarang ni kau nak cakap yang kau ajak dia balik rumah kita sebab kau rasa lonely?" Xiumin menjongketkan sebelah keningnya. Tangannya memeluk tubuh.
"Sort of.." Sehun menggaru kepalanya. Rasa janggal satu, dan sebab dia baru bangun tidur satu.
"Kau ni..Memang pelik, Hun." Kris menambah.
"Apa yang pelik?"
"Tak lama sebelum ni, kau yang asyik membuli dia. Lepastu tiba-tiba harini dia balik rumah kita semata-mata nak temankan kau?" Mereka semua memandangnya tak percaya.
Tiba-tiba Chen menekup mulutnya. Terus dia menampar Xiumin yang berdiri di sebelahnya.
"Kau baru bangun tidur kan?"
"Eh, tak la..Aku pergi melawat dreamland je tadi." Sehun membalas sambil memusingkan biji mata.
"Tadi..Joohyun tak pakai blazer kan? Ada vest je kan?" Mereka semua mengangguk perlahan. Dah kenapa laki ni.
"Dah la korang duduk dua-dua ja tadi. Jangan kata-"
"Kim Jongdae. Shut your mouth." Kyungsoo menarik telinga Chen.
"Aduh.."
"Haa, itulah. Otak tu tak boleh nak bagi suci. Padan muka," Tao bermain dengan kukunya.
"Hah! Dah la, dah la. Jom, aku nak makan!" Kris menolak mereka semua dan terus melangkah keluar dari bilik Sehun.
"Aku pun!"
---
"Seriuslah nak balik jalan? Si Sehun ni ada kut, nak teman." Baekhyun menampar belakang Sehun kuat. Mereka semua sedang berada di luar apartment.
"Tak pa la..Lagipun bukannya gelap sangat." Mereka mengangguk.
"Jalan elok-elok. Bye," Joohyun membalas lambaian mereka sebelum membuka langkah.
"Lain kali ajak la dia datang lagi. Makanan dia lagi sedap dari Kyungsoo," Terus lelaki itu menjeling Baekhyun.
"At least aku ada efforts nak masak kat korang,"
"Okay, okay." Mereka naik ke apartment semula.
---
Joohyun berjalan sambil memeluk tubuhnya. Kenapalah malam ni sejuk sangat? Haih..
Dia menghidupkan telefon dan membuka contact. 3 missed calls. Tangannya menekan aplikasi WhatsApp pula. 24 message. Dan semuanya dari Namjoon, Jungkook dan Jin.
"Rajin betul diorang bazirkan kredit." Dia menggelengkan kepalanya sebelum menyimpan telefonnya ke dalam poket semula. Kenapa entah, lepas dia dah makin rapat dengan Sehun, dia dah rasa tawar dengan rakan-rakannya.
Bukannya dia nak jadi talam dua muka, tapi.. Mungkin sebab Jimin dan yang lain-lain terlalu protective.
"Joohyun?" Dia berhenti melangkah. Badan dipalingkan ke belakang.
"Jimin?" Jimin memandangnya tanpa reaksi. Mata lelaki perlahan-lahan naik ke bangunan di sebelah.
"Ini..Ini bukan apartment Sehun dan yang lain-lain ke?" Nadanya mendatar. Langsung tak macam sebelum ni.
"Ha'ah. Awak buat apa kat sini?" Jimin mengangkat sebelah keningnya.
"Saya? Awak lah yang buat apa kat sini. Dah nak dekat pukul lapan dah pun." Joohyun mengemam bibirnya.
"Sajalah saya ikut Sehun balik. Kenapa?"
"Kau...Berani betul kau ni. Ikut dia balik. Cuba kalau dia buat apa-apa?" Joohyun tergelak sinis. Dia agak terkejut bila Jimin menggunakan 'kau'. Tapi itu diletakkan tepi dulu. Dia tak faham kenapa Jimin perlu cakap macam tu.
"Dan apa maksud awak dengan 'kalau dia buat apa-apa'?"
"Dia lelaki, Hyun. Diorang lelaki. Dan kau tu perempuan." Joohyun mengangkat sebelah keningnya.
"Habistu awak? Awak bukan lelaki? Jungkook dan yang lain-lain bukan lelaki? Awak ingat saya percayakan korang sangat ke? Disebabkan korang kawan je saya ikut stay kat rumah korang. Kalau tak, memang saya reject awal-awal lagi," Terus kelu lidah Jimin. Berderau darahnya.
"Kau sejak rapat dengan Sehun ni, kau lain kan?"
"Saya yang lain..Atau awak yang lain, Park Jimin? Think about it again," Perempuan itu terus membuka langkah untuk pulang.
YOU ARE READING
My Bully, My Lover+OSH[Malay](C)
FanfictionKim Joohyun, seorang pelajar perempuan yang sangat baik dan peramah. Tapi, disebabkan hobinya yang suka sangat membaca, dia dibuli seorang pelajar lelaki bernama Oh Sehun. Atau lebih dikenali sebagai kingka sekolah. Maknae sebuah kumpulan yang diber...