Hari Ahad sepatutnya adalah hari untuk beristirehat, bermain bersama dengan rakan-rakan atau keluar pergi bersiar-siar bersama keluarga. Tetapi lain pula cerita Boboiboy. Semalam sehari suntuk dia bermain video game bersama Gopal sehingga terlupa untuk menyiapkan kerja sekolah matematiknya. Untunglah Boboiboy kerana Fang pelawa dia datang ke rumah untuk siapkan kerja sekolah mereka bersama. Gopal dijemput juga tetapi disebabkan kerja sekolah dia juga tidak siap, Gopal di denda dan tidak boleh keluar daripada rumah selagi kerja sekolah tidak siap
Jadi sinilah Boboiboy berada sekarang, rumah Fang. Cukup jarang sekali Fang mengajak rakan-rakannya datang ke rumah, lebih-lebih lagi apabila abangnya Kaizo sudah duduk disini. Fang sendiri tidak mahu mereka turut terlibat di dalam latihan tempurnya itu. Hari ini nampaknya abang dia terpaksa mulakan sesi latihannya lambat kerana Fang awal-awal lagi sudah beritahu dia bahawa Fang perlukan rumah dalam keadaan yang senyap dan bersih. Jadi abangnya setuju sahaja dan terus Kaizo kurungkan dirinya di dalam bilik. Tak tahulah apa yang dia buat dalam bilik dia. Tanyalah kepada Kaizo tetapi author pasti, Kaizo tidak akan menjawab
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah hampir 2 jam mereka menyiapkan kerja sekolah dengan penuh semangat sehinggalah perut mereka berdua berbunyi
"Alamak Fang, perut kita dah berbunyi. Kau ada makanan apa-apa tak yang boleh kita makan" tanya Boboiboy sambil tersengih. Dia rasa bersalah kerana tidak membawa makanan ke rumah kawannya
"Hmm... ada, biarkan aku buatkan sup lobak merah. Makanan kegemaran abang aku tue. Kau tunggu yea, aku pergi buat" kata Fang
Fang tinggalkan Boboiboy bersendirian di ruang tamu dan terus ke dapur. Bahan-bahan untuk membuat sup lobak merah sudah pun tersedia di atas meja makan. Fang memang cadang untuk buat sup lobak merah hari ini tetapi Boboiboy ajak dia siapkan kerja sekolah, dia terpaksa tangguhkan seketika. Untungnya sekarang mereka sudah kelaparan, jadi Fang terus membuat sup tersebut.
Sedang Fang bergembira memasak sup lobak merah, tiba-tiba sahaja abang dia muncul di pintu dapur dengan wajah seriusnya
"Apa yang kamu masak tue" Kaizo mengambil senduk dan merasa sup tersebut yang sedang masak di dalam periuk yang besar
"Macam mana abang, ok tak adik buat?" tanya Fang sambil tersenyum sedikit
Dengan muka yang tiada reaksi, Kaizo menjawap "rasa seperti sup sabun"
SUP SABUN?! terkejut Fang di dalam hatinya
Baru sahaja tadi Fang rasa sup itu, tiada pula rasa sabun. Dia sudah bubuh garam secukupnya di dalam sup lobak merah itu
"Kau ni tak reti masak ke? Biar abang sahaja yang buat"
"Tapi abang mana pernah masak sup lobak merah, selalunya abang yang suruh adik buatkan. Semua makanan adik yang masak, abang tukang makan aje"
"Kau nak mengingkari kata-kata abang" mata merah Kaizo itu merenung tajam ke arah adiknya. Ianya seperti mahu menghukum adiknya jikalau dia mengingkari kata-katanya
Fang dengan ketakutan, lalu dia keluar dari dapur. Selama ini abang dia mana pernah masak, dia tahu lawan lawan lawan lawan... misi dia, buli adik dia, latihan tempur dia, buli adik dia lagi dan sepahkan rumah ataupun sepahkan kapal angkasa. Fang mengintai intai apa yang abang dia sedang buat. Dia ternampak abang dia menambah beberapa bahan di dalam sup lobak merah tersebut termasuklah sayur kangkung, susu, ikan bilis, 5 lada hijau besar dan beberapa lobak merah lagi. Apa yang membuatkan mata Fang terbeliak, abangnya tuang semua garam ke dalam sup tersebut. Fang rasa seperti hendak muntah di situ.
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 1)
FanfictionBeberapa cerita mengisahkan tentang kehidupan Fang dan Kaizo di bumi! Brotherly love/madness & a little bit of friendship