Seawal pagi lagi Fang sudah dikejutkan bangun oleh abangnya sendiri. Kaizo yang begitu semangat di awal pagi, dia terus membawa adiknya pergi ke sebuah taman yang berdekatan dengan kedai Kokotiam Tok Aba untuk bersenam. Fang masih lagi dengan matanya yang separuh terbuka. Dia hanya melakukan sahaja senam itu dalam keadaan separuh terjaga
"Kita ke kiri pula.. satu, dua, tiga, empat" Kaizo sungguh bertenaga sekali, manakala Fang di belakang Kaizo, tertidur berdiri
"Kanan pula... satu, dua..." Kaizo perasan yang adiknya sudah tertidur. Kaizo berhenti dengan senamannya, lalu dia menjentik hidung adiknya sekuat hati dan Fang terjatuh ke tanah. "Kenapa kau masih tidur" marah Kaizo
"MAAA.. MAAAFKAN AKU KAPTEN" kata Fang yang sudah terjaga dari tidurnya. Matanya sudah terbuka dengan luasnya
"Kenapa kau panggil aku kapten.. dekat bumi nie, kau kena panggil aku abang. Kapten hanyalah untuk misi kita sahaja, PAHAM!"
"Paham Kap.. maksud saya, paham abang" Fang menjelir lidah kepada abangnya yang sedang sambung balik bersenam. Dia terpaksa ikut sama sambung senamannya tadi
Apasal lah pukul 5 pagi dia pergi kejutkan aku, dah lah dapat tidur pukul 4 sebab rumah bersepah lagi, merungut Fang di hati. Aku dapat tidur 1 jam aje, 1 JAM AJE TAHU TAK, bisik di hati Fang yang semakin lama semakin panas. Patutlah Fang jenis yang cepat marah, abang dia yang suka sangat kacau dia, buli dia, suruh buat itu, buat ini dan bermacam-macam lagi si Kaizo itu suruh buat
Tepat jam 9 pagi, mereka sudah selesai pun senaman pagi. Kaizo masih lagi bertenaga. Manakala adiknya, diri Fang bagaikan hendak pengsan di situ
"Kau tu lembik sangat, macam mana nak jadi kuat macam abang"
"Adik tak lembik lah! Adik pun kuat juga"
Mereka berdua mula hendak bergaduh di dalam taman itu. Dari jauh di kedai Tok Aba, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying melihat mereka berdua bergaduh. Mereka tergelak sahaja melihat gelagat adik-beradik suka bergaduh. Pergaduhan mereka memang teramat comel dan mencuit hati rakan-rakan mereka
"Hmm.. aku pun takde lah gaduh dengan adik aku sampai macam tue sekali" Kata Yaya. Dia mempunyai seorang adik lelaki yang amat comel, nama dia Totoitoy. Yaya memang sayang adiknya dan dia sendiri tidak pernah nak buli adiknya
Boboiboy tiada abang atau adik tetapi dia mengganggap Ochobot seperti adik dia sendiri.
"Biarkan lah dia orang, asalkan dia orang bahagia" kata Boboiboy sambil menikmati Special Hot Chocolate Tok Aba
"Eleh, kau sebenarnya cemburukan Fang sebab dia ada abang" kata Gopal
"Yelah tu, aku mana ada cemburu. Aku ada Ochobot" Ochobot begitu bangga dan gembira sekali mendengar kata-kata Boboiboy
"Betul cakap Boboiboy. Kita orang dah macam adik beradik"
Kaizo dan Fang kini sedang menuju ke kedai Tok Aba. Fang mengambil tempat duduk disebelah Boboiboy tetapi Kaizo menolak adiknya dan lalu duduk di tempak tersebut. Kawan-kawan adiknya terkejut dengan perbuatan Kaizo sebentar tadi. Selamat Tok Aba tidak nampak apa yang Kaizo telah lakukan sebab dia terlalu sibuk membuat Pancake Chocolate Special untuk mereka semua. Fang tetap bersabar dengan perangai abangnya walaupun adakalanya, dia akan mengamuk
"Ini ke tempat yang kau selalu pergi, Pang?" tanya Kaizo sambil melihat-lihat kedai Tok Aba. Dia belum pernah sekali menjejaki kedai Tok Aba. Ini adalah pertama kalinya dia dapat melihat kedai itu kerana adiknya yang ajak dia ke sini selepas sahaja habis sesi senaman pagi mereka
"Yelah abang, adik selalu pergi ke sini lepas habis sekolah. Kadang-kadang lepak sini sahaja bila hari minggu ataupun bila musim cuti sekolah"
"Jadi, masa misi abang bagi tue, kau selalu disini lah yea" Kaizo merenung tajam ke arah adiknya. Fang tersengih dan terasa hendak menyorok dirinya daripada abang dia "Aku suruh selesaikan misi kau, kamu pergi berlepak pula"
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 1)
FanficBeberapa cerita mengisahkan tentang kehidupan Fang dan Kaizo di bumi! Brotherly love/madness & a little bit of friendship