"Woi, woi.. kau ke sana lah sikit. Aku nak serang orang jahat tue"
"Mana boleh, itu aku yang punya. Kau serang ajelah yang dekat belakang tue"
"Isk, mana boleh.. kau jelah yang serang"
"Kau nie Fang, cakap jelah yang kau tak reti main video game"
"APA KAU CAKAP! aku reti lah"
"Eleh, baru pertama kali main, dah tunjuk belagak. Tengok aku nie, semenjak umur 5 tahun lagi, aku dah pandai main video game, Appa aku yang ajar, kau apa tahu"
"Isk korang nie, nak main video game atau nak bergaduh" kata Boboiboy yang dari tadi melihat Fang dan Gopal bergaduh sebab main video game. Semenjak awal pagi tadi lagi mereka asyik bermain video game di rumah Fang. Gopal yang bawak video gamenya dan ajak Boboiboy bermain di rumah Fang. Kalau main dekat rumah dia, mesti Appa dia marah sebab asyik main video game. Kalau dekat rumah Boboiboy pula, mesti kena marah juga dengan Tok Aba, jadi mereka main video game dekat rumah Fang, selamat sikit. Inilah pertama kalinya Fang bermain video game.
"APA YANG KAMU TENGAH BUAT NIE" Boboiboy, Gopal dan Fang terkejut kerana Kaizo muncul di belakang sofa yang mereka sedang duduk
"Adik tengah main video game dengan dia orang" kata Fang
"Video game? Hari tue kau dah gagal dalam ujian matematik, kau masih lagi nak bermain" Kaizo memandang adiknya
"Abang kata abang tak marah dengan adik gagal ujian matematik hari tue"
"Itu hari tue, ini hari nie. PERGI ULANG KALI!" Dengan segera Fang terus berhenti main video game. Gopal dan Boboiboy baru sahaja hendak mengemas video game Gopal tetapi Kaizo menghalang mereka
"Jangan kemas, aku nak tengok, apa seronok sangat dengan video game nie" Lalu Kaizo mengambil salah satu controller video game tersebut dan terus dia bermain. 5 minit menjadi 10 minit, 1 jam menjadi 2 jam. Kaizo masih belum lagi berhenti bermain
"Wei Fang, berapa lama abang kau nak main video game" kata Boboiboy yang sedang melihat Fang mengulangkaji matematik. "Entahlah, aku mana tahu"
"Dasyatnya Kapten Kaizo. Ini dah stage yang terakhir" kata Gopal yang dari tadi asyik melihat Kaizo bermain video game "Aku sendiri pun tak pernah sampai stage terakhir"
Setelah selesai Kaizo menang di stage terakhir, dia menyuruh Gopal pasang game yang lain pula. "Aduh, abang aku nie. Terus minat main video game" Fang menghantuk-hantuk kepala dia dekat buku latihan matematik. "Hehehe.. terbaik" kata Boboiboy
Hari sudah bertukar malam, Boboiboy dan Gopal sudah pulang ke rumah tetapi Kaizo masih lagi bermain dengan video game. Fang pula terpaksa masuk tidur sebab esok sekolah, dia sendiri pun tak tahu berlama lagi abang dia akan bermain video game.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokkan paginya, Fang ternampak sehelai nota khas untuk dia, daripada abangnya. Abang dia mengatakan bahawa dia telah kembali ke kapal angkasanya dan akan pulang ke bumi esok. Fang dengan begitu bahagianya, dia terus menjerit "YAHOOOO! AKU BEBAS HARI INI!"
Kegembiraan Fang tidak berhenti di situ sahaja, Gopal yang sampai lebih awal daripada Boboiboy, dia melihat kelas begitu berbeza sekali. "Betul ke apa yang aku nampak nie" Gopal mengosok-gosok matanya. "Selamat pagi Gopal" muncul Boboiboy
"Wei wei, cuba kau lihat kelas kita, nampak tak perbezaan" kata Gopal sambil menunjuk kelas mereka.
"Perbezaan? apa yang kau cuba cakap nie, aku tak fahamlah"
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 1)
FanfictionBeberapa cerita mengisahkan tentang kehidupan Fang dan Kaizo di bumi! Brotherly love/madness & a little bit of friendship