Keseorangan

2.6K 147 35
                                    

"KUCING BAYANG!"

Fang kini berhadapan dengan kucing sewel di lorong Pak Senin Koboi. Dia ingatkan kucing itu sudah lama pulih daripada kesewelan dia, rupanya tidak. Kucing itu kembali sewel. Kucing bayang Fang terpaksa berlawan dengan kucing sewel itu kerana dia tiada biskut Yaya untuk pengsankan kucing sewel tersebut. "YAHHHHH!" Fang mengawal kucing bayang dia dan menyerang kucing sewel itu

Kucing sewel itu berlari dan melompat untuk menyerang kucing bayang Fang. Shadow juga ada dengan Fang tetapi dia sedang ketakutan, Shadow hanya bersembunyi di belakang Fang.

"Cakar dia kucing bayang!" Kucing bayang Fang berlari dan mengangkat kakinya untuk mencakar kucing sewel itu tetapi kucing sewel itu sempat mengelakkan dirinya. Kucing sewel itu melompat kebelakang dan mendarat di belakang kucing bayang. Kucing sewel itu tidak gentar dengan kucing bayang Fang, dia menjadi semakin ganas. Kucing sewel itu tidak menyerang kucing bayang Fang tetapi dia memberikan renungan yang tajam ke arah Fang.

Fang menjadi ketakutan. Renungan kucing sewel itu amat menakutkan, seperti mahu mencakar Fang. Kucing bayang Fang melesap. Kini hanya tinggal Fang, Shadow dan kucing sewel itu.

Kucing sewel itu mengilai kepada Fang. Fang secara pelahan-lahan, dia berundur kebelakang untuk bersiap sedia lari dari sini. "Shadow, kau lari dulu, nanti aku lari dengan kau sekali"

Kucing sewel datang ke arah Fang secara pelahan-lahan, mata dia tidak mengalihkan pandangannya ke arah tempat lain. Makin lama makin dekat dia datang. Fang dengan serta merta dia memecut dirinya untuk selamatkan dirinya daripada kucing sewel itu. "LARI SHADOW! LARI!"

Kucing sewel itu mengejar Fang dengan begitu pantas sekali. Fang dapatkan rasakan kucing sewel itu berada dekat-dekat dengan dia. Fang menoleh kebelakang dan nampak kucing sewel berada di sebelah kaki dia. "Habislah aku!" Fang berlari sekuat hati untuk jauhkan diri daripada kucing sewel tetapi kaki dia dapat dicakar oleh kucing sewel

"SHADOW! SELAMATKAN DIRI KAU!" Fang menjerit kepada Shadow yang sudah lari jauh daripada dia. "Tak boleh jadi nie" Kucing sewel melompat ke atas tembok pagar rumah, dia ingin mencengkam Fang dari atas. "ALAMAK! aku tiada pilihan lain. HARIMAU BAYANG!"

Seekor harimau bayang muncul dan lalu harimau bayang itu mengaum ke arah kucing sewel. Kucing sewel tersebut tidak takut dengan harimau bayang Fang. "Kuat betul kucing sewel nie, sikit pun tak takut"

"Cakaran harimau bayang!" Harimau bayang Fang mengangkat kakinya dan lalu mencakar kucing sewel tersebut tetapi kucing itu sempat melompat dan mendarat disebelah Fang. Dia mencakar kaki Fang lagi. Cakaran kali ini amat pedih sekali dan mendalam. Darah keluar dari kaki Fang. Fang terpaksa mengalah. Dia menghilangkan harimau bayang dia dan terus larikan diri tetapi kucing sewel itu tetap mengejar Fang. Fang yang dalam kesakitan, dia terpaksa berlari.

"LARIAN BAYANG!" dia memecut sepantas kilat dan meninggalkan lorong Pak Senin Koboi. Kucing sewel itu tidak dapat mengejar Fang. Fang berhenti di depan kedai Tok Aba dan lalu dia terbaring di situ. Dia sudah penat dan kaki dia mula berdenyut-denyut kerana kesakitan. Fang duduk dan pegang kaki dia yang sedang luka parah. Ada beberapa kesan cakaran di kakinya.

"Fang!" Boboiboy terkejut melihat Fang sedang menahan kesakitannya. "Fang, kenapa dengan kaki kau?"

"Aku kena kejar dengan kucing sewel tadi"

"Kucing sewel?! bukan kucing tue dah pulih ke?" muncul Gopal. Boboiboy dan Gopal duduk di tepi kaki Fang untuk melihat kaki dia yang terluka itu. "Kau kena pergi klinik nie" kata Boboiboy

"Tak perlu, abang aku boleh rawat kaki aku nanti" Fang cuba bangunkan dirinya tetapi kesakitan di kakinya amat pedih sekali. "Baik kau duduk dulu Fang" kata Boboiboy lagi. Tok Aba datang ke arah mereka dengan kain dan semangkuk air suam untuk kaki Fang yang luka itu. Boboiboy mengambil kain tersebut dan rendam di dalam air tersebut. Boboiboy keluarkan kain itu dan meletakkan di atas luka Fang. "Adoi, adoi, adoi" menjerit Fang.

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now