Kepulangan Fang

2.8K 162 8
                                    

Begitu riuh rendah sekali di kedai Kokotiam Tok Aba. Gopal, Yaya dan Ying bertumus lumus untuk membuat persiapan party kepulangan Fang yang sudah seminggu dia berada di planet lain untuk menerima rawatan. Kaizo terpaksa ulang alik dari bumi ke hospital di planet lain untuk temankan adik dia. Kadang-kadang Lahap temankan Fang. Boboiboy dan kawan-kawan dia yang lain ada juga merayu Kaizo untuk melawat tetapi mereka tidak dibenarkan pergi melawat Fang. Jadi mereka terpaksa menunggu kepulangan Fang di bumi.

"Wei, ini sudah 3 donut kau pergi makan" marah Ying kepada Gopal. Ying sudah memesan 1 dozen donut lobak merah khas untuk Fang tetapi Gopal pergi makan 3 donut sebab dia terlalu lapar. "Ala, baru 3, aku bukan makan semua pun"

"Aku beli donut nie untuk Fang maaa.. bukan untuk kau" Ying menepuk tangan Gopal yang cuba untuk mengambil satu lagi donut. "Pergi makan benda lain lah, donut nie jangan kacau"

"Yelah, yelah" terus Gopal mengambil cekodok chocolate, mata Gopal langsung tidak mengalih pandangan dari donut lobak merah. Yaya datang dengan sebuah kotak donut lobak merah. Dia juga memesan 1 dozen donut lobak merah

"Kau pun ada juga beli donut lobak merah"

"Ha ah Ying. Aku ingatkan takde siapa nak beli, jadi aku pergilah beli" kata Yaya

"Kalau macam tue, bolehlah aku ambik lagi satu" Gopal terus mengambil donut lobak merah yang ada di atas kaunter kedai tetapi Ying telah merampas donut tersebut. Dia meletak balik donut itu di tempat asal dan menutup kotak itu. "Kau jangan nak ambik lagi, kalau nak, tunggu Fang sampai" kata Ying. Gopal terus buat sedih. "Yang buat muka sedih kenapa, banyak lagi makanan lain kan"

"Tapi Tok Aba, antara banyak-banyak makanan dekat sini, donut lobak merah tue paling sedap"

"Isk kau nie Gopal, itukan makanan kegemaran Fang. Kau nak bagi dia marah ke? dia baru sahaja sembuh" kata Yaya

"Yelah, yelah" Tok Aba cuba ceriakan Gopal dengan memberikan dia Ice Blended Chocolate Special. Gopal dengan serta merta terus senyum sampai ke pipi. "Mana Boboiboy dan Ochobot Tok Aba?" tanya Yaya

"Entahlah, dia orang kata ada sesuatu dia orang kena buat. Atok pun tak tahu dia orang pergi mana"

"Jangan dia orang lambat sudah, kejap lagi Kaizo sampai dengan si Fang" Yaya betul-betulkan belon-belon yang ada di situ. Belon-belon tersebut semuanya berbentuk landak, ini semua kerja si Kaizo. Dia memang suka kenakan adik dia walaupun baru sahaja keluar dari hospital. Ying pula mengikat banner besar yang bertulis "SELAMAT KEMBALI BUDAK BUSUK" (Kaizo punya kerja juga) di luar kedai Tok Aba. Mereka sudah tidak sabar untuk melihat Fang semula.

"Wah! ada party lah encik bos" muncul Probe bersama dengan Adudu "boleh kami nak join?"

"Wei Probe, dah sah sah kita tak dijemput!" Adudu mengentuk-gentuk kepala besi Probe dengan senduk kedai Tok Aba. "AMBIK NIE AMBIK NIE AMBIK NIE!"

"Aduh! encik bos, jangan lah ketuk saya" menangis Probe. Tok Aba merampas balik senduk dia dari tangan Adudu. "Sudah sudah lah tue, kalau kamu berdua nak join, minta kebenaran dia orang dulu"

"Sebelum tue, apa korang buat dekat sini? nak buat jahat lagi ke?" tanya Yaya. "MANA ADA! KITA ORANG NAK JALAN-JALAN DEKAT TAMAN, TAK BOLEH KE?" marah Adudu. Tok Aba gelengkan sahaja kepala dia

"Kamu nie Adudu, cubalah cakap elok-elok" kata Tok Aba

"entah encik bos nie, asyik-asyik nak marah, asyik-asyik nak marah" Lalu Adudu baling sebiji batu dekat Probe dan dia jatuh terbalik. "Aduh, encik bos nie"

"Wei, kalau korang sibuk dekat sini, baik korang pergi"

"Yelah yelah, kita orang pergilah, jom Probe. Kita orang dah kena halau" Adudu mengheret kaki Probe yang sedang terbalik "Tapi encik bos, saya nak join party landak dia orang"

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now