Gaduh

2.8K 175 12
                                    

Hari ini hari begitu stress sekali buat Yaya. Sudah beberapa pelajar dia marah kerana membuat kesilapan dalam latihan musical drama mereka. Kali ini giliran Fang untuk berdiri di pentas dan bernyanyi. Ramai pula budak perempuan sedang duduk di lantai dewan untuk melihat Fang nyanyi. Fang pula tidak kisah dengan kehadiran mereka, dia tidaklah berasa begitu gemuruh dengan adanya mereka. Entah kenapa hari ini nyanyian Fang agak lemah, tidak seperti yang dia berlatih sebelum ini. Mungkin sebab dia penat, mungkin juga.

"FANG! KENAPA NYANYIAN KAU MACAM TUE!" stress Yaya bertambah lagi

"Yang kau nak marah aku dengan nyanyian aku kenapa"

"Dah tue, selalunya nyanyian kau elok sahaja sebelum nie. Kenapa tiba-tiba hari nie lemah. Dah lah kau nyanyi dengan lirik yang salah"

"Siapa suruh tukar lirik dia, aku sendiri kena hafal lirik baru dalam satu hari, SATU HARI! FAHAM TAK!"

"Eleh, bukannya susah pun nak hafal lirik baru. Lagipun itu bukannya alasan"

"Sudahlah Yaya, kau nie memang director paling susah dan kejam"

"Aku bukan kejam lah, kalau aku tak tegaskan korang, persembahan kita akan gagal. Faham tak?"

Boboiboy, Gopal dan Ying yang sedang duduk di tepi dewan, melihat sahaja dua orang kawan mereka yang sedang bergaduh di pentas dewan. Beginilah mereka berdua, mesti sahaja ada pergaduhan, tak kisah hal kecik ke besar ke, mesti bergaduh. Tapi hari ini pergaduhan dia orang lagi dasyat daripada sebelum ini.

"Hmm.. tak habis lagi pergaduhan dia orang" kata Boboiboy yang sedang dalam kebosanan.

"Belum lagi Boboiboy, ini baru 1 minit pergaduhan dia orang. Hari tue aku kira sampai 30 minit dia orang bergaduh" Kata Gopal sambil mengira berapa saat, minit, jam pergaduhan di antara Yaya dan Fang.

"Kau takde kerja ka, kira berapa minit dia orang bergaduh. Lu pergi lah tolong leraikan dia orang"

"Dey, macam mana aku nak leraikan dia orang, dua-dua tue tak boleh nak kalah" kata Gopal kepada Ying. Mereka berdua pun sudah bosan tengok dia orang bergaduh. Boboiboy, Gopal dan Ying terbayangkan satu hari tanpa pergaduhan antara Yaya dan Fang masa sesi latihan musical drama.

"Ying, kau kan director juga, kau pergilah leraikan dia orang" kata Gopal lagi

"Walaupun aku director juga, tapi penolong sahaja maa.. semua kerja Yaya yang buat"

"Oh macam tue. Tapi tak kan kita tengok sahaja" kata Boboiboy. "Eh, kau kenapa Gopal, tiba-tiba rasa takut?" Gopal dengan beg sekolah Boboiboy, menyorok mukanya belakang beg sekolah kerana ketakutan

"Kau tak nampak ke"

"Nampak apa?" tanya Boboiboy

"Dia orang punya pergaduhan hari ini, lain macam.. macam nak letupkan satu dewan nie"

"Yolah, betullah kata kamu Gopal" kata Ying

"Isk, tak faham aku"

"Kau nie Boboiboy, Yaya tue kan tegas, Fang tue pula panas baran, cepat sangat nak marah. Apa akan terjadi kalau dua orang tue bergaduh. Meletup macam gunung berapi meletup"

Nak 3 minit mereka berdua bergaduh lagi, pelajar perempuan yang datang melihat Fang nyanyi, sudah lari keluar dari dewan. Ramai pelajar takut untuk mendekati mereka berdua. Cikgu Papa Zola entah ke mana, oh yea, lupa lak. Cikgu Papa Zola ada dekat bilik guru, tengah tanda markah kertas ujian matematik 5 Jujur.

"Oh, begini persembahan kamu nanti. Pergaduhan yang baik" muncul Kaizo di sebelah Boboiboy.

"Erkk.. KAPTEN KAIZO!" terkejut mereka bertiga melihat abang Fang ada di dewan sekolah

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now