Kejutan

3.2K 236 12
                                    

Macam mana dia boleh gagal dalam ujian matematik kali ini, fikir Fang sambil melihat markah ujiannya. Kalau abang dia tahu, dia mesti akan dikenakan denda. Fang menghela nafas dan menyimpan kertas ujian dia di dalam beg sekolah. Sebelum ini Fang pernah gagal ujian matematik tetapi tidak pula seteruk begini. Dia banyak sangat main ke kali ini?

Fang berjalan pulang ke rumah, dia menolak ajakan kawan-kawannya pergi ke kedai Tok Aba. Boboiboy cuba untuk menghiburkan hati Fang tetapi gagal

 "Jumpa esok Boboiboy" kata Fang dengan nada yang sedih

"Fang, jangan sedih" Fang menghiraukan sahaja Boboiboy

Fang hanya berjalan sahaja tanpa berkata apa kepada kawan-kawannya

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah Fang sampai tiba di rumah, dia terus pergi ke biliknya. Dia tidak sedar bahawa abangnya tiada di dalam rumah itu. Kaizo semenjak awal pagi lagi, dia sudah keluar dari rumah untuk mencari resepi donut lobak merah. Kaizo sedar bahawa selama ini dia selalu buat adik dia sendiri merana kerana buli-buli yang dia selalu berikan kepada adiknya. Jadi Kaizo ingin menembus kesalahan dia dengan memberikan donut kegemaran adiknya

Kaizo kini dalam perjalanan ke kedai Tok Aba. Mungkin salah seorang daripada kawan Fang ada resepi donut lobak merah. Apa nama kawan-kawan adik aku, fikir Kaizo sambil mengusap dagunya

Yang memakai topi oren itu namanya Boboiboy, yang badan besar tue, Mobal? Pogal? Gopal? senang cerita budak kuat makan dan suka bermain dengan video game

Yang pakai tudung pink tu, apa nama dia. Mimi? Yoyo? Yaya? Budak biskut?

Yang cina tu, Ming? Ling? Ying? dia tu cepat sangat bercakap

Itulah yang Kaizo sedang fikirkan. Dia sendiri tak pernah bertanya kepada adiknya apa nama mereka semua. Yang Kaizo tahu hanyalah nama Boboiboy sorang sahaja

Setelah dia tiba di kedai Tok Aba, dia berasa lega sekali kerana adiknya tiada di situ. Bolehlah dia meminta resepi donut lobak merah tanpa di ketahui oleh adiknya, fikir Kaizo.

 Dia ingin membuat kejutan untuk Fang. Dia tahu donut lobak merah adalah makanan kegemaran Fang. Dia ingin membuat adiknya tersenyum. Dia tidak mahu melihat adiknya kelihatan sedih ataupun marah kerana asyik dibuli oleh dia sendiri

"Kapten Kaizo buat apa dekat sini?" Tanya Boboiboy "Kalau Kapten Kaizo cari Fang, dia dah balik rumah"

"Aku ke sini bukan sebab adik aku. Aku ke sini kerana ingin meminta resepi donut lobak merah" kata Kaizo dengan nada seriusnya

Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying memandang satu sama lain kerana mereka semua tiada resepi donut lobak merah

"Maaf Kapten Kaizo, kami semua tiada resepi donut lobak merah" kata Yaya "Tapi kalau Kapten Kaizo nak resepi biskut dari saya bolehlah"

"Atok ada resepi donut lobak merah" lalu Tok Aba mencari-cari resepi donut lobak merah di dalam laci dan akhirnya jumpa resepi tersebut "Ambiklah Kaizo, jangan lupa bagi kami semua rasa sekali"

"Terima kasih" Kaizo mengambil resepi tersebut dari Tok Aba. Dia baru hendak pulang tetapi dia berhenti seketika dan menoleh ke arah Yaya "Apa nama kamu, Mimi? Yoyo? Aku nak resepi biskut kamu"

Terkejut Boboiboy, Gopal dan Ying. Kapten Kaizo nak resepi biskut Yaya?! Dia nak bagi Fang masuk hospital ke? fikir Boboiboy

"Nama saya Yaya lah. Sekejap, biar saya cari resepi tue dalam beg sekolah"

"Wei, kau pergilah halang Kaizo dapatkan resepi biskut Yaya tue" bisik Gopal kepada Boboiboy

"Kau gila ke Gopal. Tak pasal-pasal nanti Kaizo mengamuk pula" Boboiboy bisik balik ke Gopal

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now