"FANG! kami datang nie" menjerit Boboiboy di hadapan pintu rumah Fang, sebelah dia pula adalah Gopal. Mereka berdua datang ke rumah Fang kerana ada satu projek cuti sekolah, jadi mereka mengajak Fang menyertai projek mereka. "FANG!" Boboiboy mengetuk pintu rumah Fang lagi. Pintu itu terbuka dan lalu Gopal ketawakan Fang. Fang pagi-pagi lagi sudah pergi bersihkan satu rumah. Dia dengan kain yang dipakainya di kepala, lepas itu dengan apron yang berwarna ungu dan putih (yang ada tulis I'M Awesome), dan juga sarung tangan berwarna kuning. Di sebelah tangan kiri Fang, terdapat vacumn cleaner, muka Fang pula penuh dengan habuk "Ada nampak Fang tak, wahai orang gaji" kata Gopal sambil ketawakan lagi dekat Fang. Fang dengan muka selamber, dia menggunakan kuasa bayang dia untuk ajar si Gopal
"PENGIKAT BAYANG!" Lalu Fang mengikat Gopal di pokok dan biarkan dia di situ sahaja. "Boboiboy! tolong aku! ampun Fang! aku janji aku tak ketawakan kau lagi" menjerit-jerit Gopal di pokok.
"Biarkan dia dekat luar" Fang menolak Boboiboy masuk ke dalam dan menutup pintu rumahnya. Mereka boleh lagi mendengar rayuan Gopal dari luar. "Janganlah tinggalkan aku" menangis Gopal
"Kau datang ke sini kenapa?" Fang membuka sarung tangannya dan lalu lempar di atas sofa. Boboiboy melihat rumah Fang begitu bersih sekali, semuanya tersusun atur. Tiada satu habuk pun yang kelihatan. "Woi, kau dengar tak apa aku cakap"
"Eh, maaf. Aku teruja sangat tengok rumah kau begitu bersih sekali. Lepas nie, bolehlah kau bersihkan rumah aku pulak" Fang membagi Boboiboy renungan begitu tajam sekali sampai Boboiboy rasa tidak begitu selesa sekali. "Aku.. aku.. aku bergurau aje"
"Yelah, cepat lah cerita, apasal korang datang ke sini" Fang menyimpan vacumn cleaner dia kedalam kotak asalnya. "Begini Fang, ayah Gopal bagi kita orang jual ice cream dekat gerai dia. Jadi kita orang datang ke sini sebab nak ajak kau join kita orang sekali dan buat ice cream perisa baru"
"Oh begitu, atau korang ajak aku sebab aku pandai dalam bab kira-kira" kata Fang dengan nada sinis. Sebenarnya memang betul pun tekaan Fang, mereka bukannya tak pandai tapi takut nanti salah, jadi mereka ajaklah Fang sekali
"Hehe.. pandai pula kau meneka" tersengih Boboiboy. Pintu rumah Fang terbuka, Kaizo masuk ke dalam rumah dengan Shadow, belakang dia pula, ada Gopal. "Pang, abang jumpa kawan kau tengah nyanyi-nyanyi dekat pokok" Gopal yang kena ikat dekat pokok tadi, dia telah bernyanyi-nyanyi lagu hindustan sambil merayu kepada Fang agar turunkan dia dari pokok. Kaizo yang baru sahaja selesai senaman pagi dia, nampak Gopal di atas pokok, lalu dia turunkan Gopal
"Selamatlah kau Gopal" kata Fang. "Dey, kau memang suka kenakan aku"
"Yang kau pergi ketawakan aku tadi, buat apa"
"Yelah yelah, salah aku juga. Wei Boboiboy, kau dah bagitahu project terbaru kita"
"Sudah. Jadi, macam mana Fang? apa keputusan kau" Fang mula fikirkan dulu. Kalau aku dapat buat ice cream sendiri, pas tue jual dekat orang ramai, boleh kaya aku, fikir Fang. Muka Fang mula berubah dari muka garang dia ke muka orang yang dapat idea. "Kalau muka macam nie, mesti ada idea tak betul kau" kata Gopal
"APA KAU CAKAP!"
"Takde apa, takde apa. Aku cuma cakap kau idea-idea kau semuanya hebat-hebat" Selamat Gopal, kalau tidak, sudah lama dia kena dengan harimau bayang Fang. Kaizo yang duduk di sofa dengar sahaja perbualan mereka bertiga. Ice cream? tiba tiba Kaizo teringat adik dia makan ice cream begitu comot sekali, hari itu. Kaizo menahan gelakan dia. Dia tidak dapat lupakan imej adik dia makan ice cream macam budak umur 4 tahun.
"Abang, abang" Fang memanggil dia
"Kau nak apa Pang?"
"Abang, adik nak guna ice cream maker boleh?" Setiap hari ada sahaja benda baru dari Kaizo. Kaizo beli itu semua untuk keperluaan adik dia, tak kiralah television ke, radio ke, laptop ke, katil ke, tapi satu sahaja yang takde, handphone. Kaizo tak nak adik dia terjebak sangat dengan dunia handphone, biarlah dia pergi bermain dekat luar. Dia nak adik dia sihat and sentiasa active. "Ice cream maker?"
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 1)
FanfictionBeberapa cerita mengisahkan tentang kehidupan Fang dan Kaizo di bumi! Brotherly love/madness & a little bit of friendship