Semenjak 2 hari lalu, Sekolah Rendah Pulau Rintis digemparkan dengan sebuah melodi yang cukup indah. Gopal masih lagi menganggap bahawa ada hantu di sekolah mereka. "Gopal, mana ada hantu dekat sekolah kita. Lagipun harikan masih siang, mana ada hantu main piano waktu siang"
"Isk kau nie Boboiboy, mana tahu hantu sekarang boleh muncul waktu siang ke. Apa kata kita siasat dekat mana hantu tue berada"
"Tak payah siasat, Yaya dan Ying dah beritahu aku pagi tadi"
"Yer ke, dekat mana Boboiboy" Boboiboy menunjuk Gopal ke arah kelas music. Terdapat beberapa pelajar yang ingin cuba melihat siapa yang bermain melodi itu. Gopal pun turut sertai pelajar-pelajar lain kerana ingin tahu siapa. Gopal terkejut kerana ternampak Fang duduk disebalik piano. "Kan aku dah cakap, hantu yang main"
"Kau nie Gopal, tak habis-habis panggil si Fang hantu"
"Dah tue, dia pergi duduk dekat rumah hantu kenapa" Gopal menarik tangan Boboiboy dan masuk ke dalam kelas music. Gopal menghalang pelajar lain masuk ke kelas tersebut. "Siapa masuk, aku bagitahu Yaya yang korang tak beli biskut dia" semua pelajar lari kerana takut dengan biskut Yaya. Gopal tergelak kerana berjaya halau mereka.
Boboiboy berdiri di sebelah Fang dan melihat dia bermain piano. Fang tahu dengan kehadiran mereka tapi dia biarkan sahaja dan teruskan bermain. Melodi yang Fang mainkan memang cukup indah dan menurut kata Gopal, macam melodi lagu hantu. Mereka mendengar sahaja melodi yang dimainkan oleh Fang. Beberapa minit kemudian, muncul Yaya dan Ying.
"Kau memang berbakat Fang" kata Yaya
"Terima kasih Yaya. Aku sebenarnya dah lama tidak bermain piano, ini baru cuba main balik semula, tak sangka aku masih lagi ingat" kata Fang sambil membuka muka surat seterusnya. Lalu dia mainkan melodi seterusnya khas untuk kawan-kawan dia. Tiba-tiba ada seseorang sedang bertepuk tangan. Cikgu Papa Zola muncul di pintu kelas music. "eh cikgu!" terkejut mereka
"Tak sangka anak murid cikgu ada bakat dalam main piano. Cikgu bangga dengan kamu Fang" Cikgu Papa Zola siap menangis lagi. "Dah lah hensem, pandai matematik, pandai dalam semua mata pelajaran, pandai bermain piano.. apa lagi yang kamu pandai, inilah dia pelajar contoh yang kamu patut contohi" kata Cikgu Papa Zola lagi sambil menepuk-nepuk kepala Fang. Fang rasa begitu menjengkelkan dan hilang terus fokus dia bermain piano. Dia berhenti bermain kerana cikgu Papa Zola sibuk kacau dia
"Pelajar contoh konon, pandai marah orang adalah" tambah si Gopal
"APA KAU CAKAP!" terus keluar aura-aura hitam di tubuh Fang. "Eh, sudah sudah.. nanti cikgu bagi kamu berdua rotan keinsafan baru kamu tahu!" kata Cikgu Papa Zola dengan rotannya.
"Cikgu, dengan saya cikgu tak bangga ke?" Gopal berikan senyuman yang indah kepada Cikgu Papa Zola "Bangga dengan kamu?"
"Yelah Cikgu, saya kan superhero yang patut dibanggakan. Lepas tue, cikgu patut lagi bangga dengan saya kerana sayalah peminat no.1 CIKGU PAPA ZOLA!"
"Superhero yea.. SUPERHERO APA KEBENDANYA! KAWAN-KAWAN KAMU PUN SUPERHERO JUGA! kamu tue patut lebihkan belajar lagi baru lulus dalam ujian matematik, baru cikgu bangga dengan kamu" Gopal buat muka sedih.
"Ala, saya lulus hari tue, cikgu banggakan kan kan"
"Itu baru pertama kali kamu lulus. Lepas nie kalau kamu tak lulus lagi, cikgu akan bagi rotan keinsafan!"
"Saya.. saya.. saya pergi masuk kelas sekarang cikgu! Pergi ulang kaji matematik" terus Gopal lari. Boboiboy, Yaya dan Ying tergelak sahaja. Manakala Fang pula sambung bermain piano dia. "Cikgu rasa kamu patut buat persembahan dekat dewan sekolah nie"
"Buat persembahan? dekat dewan sekolah? depan semua orang?" terus Fang berhenti bermain. "Cikgu, takpelah cikgu. Saya tak suka menunjuk-nunjuk nie" tersengih Fang.
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 1)
FanfictionBeberapa cerita mengisahkan tentang kehidupan Fang dan Kaizo di bumi! Brotherly love/madness & a little bit of friendship