Khas untuk Abang

3.1K 206 20
                                    


Fang hari ini rasa sungguh gembira, siap nyanyi lagi dari rumahnya hingga ke kedai. Pemilik kedai tersebut terkejut kerana Fang ingin membeli semua lobak merah yang ada. "Betul ke adik nak beli semua lobak merah" tanya Pak Cik kedai tersebut

"Betul Pak Cik, saya beli lobak merah semua nie sebab nak buat sup lobak merah"

"Kalau macam tue, biar Pak Cik bungkuskan semua lobak merah nie"

Setelah selesai membeli lobak merah, Fang terus menuju ke kedai lain untuk membeli bahan-bahan yang lain pula. Selepas itu terus dia pulang ke rumah. Semasa dia asyik berjalan, dia tidak sedar bahawa 2 kawan dia sedang memerhatikan dia dari pagi tadi

Boboiboy dan Gopal mengekori Fang semenjak pagi tadi, Gopal yang ajak Boboiboy sebab kelakuan Fang hari ini begitu pelik sekali, seperti terkena tembakan emosi Y.

"Gopal, kenapa kita perlu ikut Fang?"

"Dey, kau tak perasan ke. Si Fang tue macam terkena emosi Y. Kau tak nampak ke, perangai dia sungguh pelik hari ini" Boboiboy cuba perhatikan Fang betul-betul tapi tiada pun yang peliknya

"Mana ada pun. Normal seperti biasa"

"Kau nie Boboiboy. Cuba kau perhati-" Tiba-tiba muncul Fang di depan dia orang

"HAH! APA KORANG BUAT NIE!" Boboiboy dan Gopal keluar dari semak, tempat mereka bersembunyi daripada Fang tapi di sebabkan suara Gopal yang begitu kuat sekali, Fang sedar dengan kehadiran mereka.

"Gopal nie, dia cakap kau pelik sangat hari nie" kata Boboiboy. Pelik? aku pelik sangat ke hari ini? fikir Fang

"Bila masa aku pelik. Koranglah yang pelik, yang korang duduk dalam semak buat apa?"

"Gopal yang cakap, bukan aku. Kenapa kau terlebih happy hari nie Fang?" kata Boboiboy.

"Sebab aku happylah. Korang sibuk apasal" marah Fang, lalu dia beredar dari situ dan meninggalkan mereka berdua. Boboiboy dan Gopal berasa hairan dan terus ikut Fang. Fang berasa sungguh jengkel dengan mereka mengikut dia dari belakang

"Isk korang nie, sibuk sangat kenapa. Aku hari nie nak buatkan sup lobak merah khas untuk abang aku. Itu makanan kegemaran dia"

"Oh begitu, patutlah kau borong semua lobak merah yang ada" kata Boboiboy sambil melihat bakul Fang yang penuh dengan lobak merah. "Abang kau mesti gembira sebab kau buatkan makanan kegemaran dia" Fang hanya tersenyum sahaja, Boboiboy dan Gopal tak pernah melihat Fang tersenyum manis begitu. Jarang sekali dia nak senyum macam begitu.

"Sedap ke sup lobak merah? tak pernah aku rasa" tanya Gopal

"Mestilah sedap. Semenjak kita orang kecil lagi, aku dengan abang aku selalu berebut nak makan lobak merah" kata Fang sambil teringat lagi waktu mereka kecik lagi. Masing-masing mempunyai minat yang sama iaitu lobak merah tapi Fang lebih sukakan donut lobak merah. Manakala abang dia pula, sup lobak merah. Dalam banyak-banyak donut lobak merah yang dia pernah rasa, dekat Pulau Rintis ini sahjalah yang ada donut lobak merah paling sedap.

Mereka sudah sampai ke kedai Kokotiam Tok Aba. Kelihatan Ochobot sedang menolong Tok Aba membersihkan kedai. "Tok Aba! Ice blended Chocolate special satu!"

"Kau nie Gopal. Order pandai tapi nak bayar tak pandai. Bila nak bayar hutang?" Gopal tersengih sahaja. "Esok esok"

"Esok.. esok.. esok tue bila" Tok Aba pergi buatkan Ice Blended Chocolate untuk Gopal dan juga untuk Boboiboy dan Fang.

"Fang, semenjak kebelakang nie kan, kau dan abang kau makin rapat pula" kata Boboiboy

"Mestilah, kita orang dari dulu lagi dah rapat tapi takde pula macam nie, semenjak dia duduk dekat bumi nie, dia makin berubah"

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now