"Kaizo"
"Ibu, jangan tinggalkan kita orang ibu" Kaizo melihat ibunya yang sedang melindungi anak-anak dia daripada di tangkap oleh orang jahat yang bernama Ratu Lily. Ibu Kaizo memberi Fang yang masih lagi kecil dekat Kaizo. Fang sedang nyenyak tidur, dia tidak sedar apa yang berlaku sekarang. Rumah mereka telah diserang oleh Ratu Lily dan askar-askarnya.
"Pergi Kaizo, pergi!" Kaizo mendukung adiknya, dia tidak sanggup untuk meninggalkan ibunya di sini. Ayah dia telah pergi untuk melindungi mereka tapi sebelum itu, dia sempat memberi jam kuasa dia kepada Kaizo. Ayah dia berpesan gunakan jam kuasa untuk kebaikan bukan untuk kejahatan dan lindungilah diri dia dan adik dia dengan menggunakan jam kuasa tersebutt "Kaizo! PERGI CEPAT!" merayu ibunya.
"Tapi ibu, bagaimana dengan ibu nanti?"
"Jangan risau tentang ibu, yang penting kedua anak ibu selamat daripada Ratu Lily itu" Ibu Kaizo cium dahi Kaizo dan juga Fang. "Pergi cepat, lari daripada sini" Kaizo menangis kerana dia terpaksa tinggalkan ibu dia. "Jangan menangis Kaizo" Ibu dia mengelap air mata Kaizo "Janji dengan ibu, kamu akan melindungi adik kamu dengan baik. Jaga dia elok-elok Kaizo. Dia satu-satunya adik kamu"
"Kaizo janji ibu"
Ratu Lily makin lama makin dekat dengan mereka, dia tidak nampak bahawa Kaizo telah melepaskan diri. Dia berlari jauh daripada Ratu Lily, daripada rumah dia dan segala-gala memori yang tercipta di situ. Semua itu hanya tinggal kenangan, kenangan bersama ibubapa mereka, kenangan kebahagian mereka bersama sebagai sebuah keluarga. Dia tahu selepas ini, dia dan adik dia tak kan dapat berjumpa dengan ibu dan ayah mereka lagi. Kaizo menangis sambil mendukung adik dia. Kaizo sembunyi di suatu lorong yang gelap. Dia bersandar disebalik dinding sambil memeluk adik dia yang sedang tidur itu.
"Adik, sekarang tinggal hanya kita berdua sahaja"
Kaizo terjaga dari tidur, dia mengusap mukanya. Mimpi tadi bukanlah mimpi tapi memori Kaizo sewaktu dia kehilangan ibubapa dia. Dia masih ingat lagi tentang kejadian itu, Ratu Lily yang kejam itu telah menyerang rumah mereka. Ayah dia telah menjadi mangsa pertama dia, ayah dia bermati-matian melindungi ibu dan juga mereka berdua. Selepas itu ibu dia turut terkorban, Kaizo sempat melarikan diri bersama dengan Fang.
Selepas sahaja kejadian itu, Kaizo dan Fang hidup merempat, tiada tempat untuk berteduh. Kadang-kadang Kaizo terpaksa mencuri makanan di kedai-kedai yang berdekatan untuk Fang, dia pula terpaksa alas perut, dia tidak mahu melihat adik dia kebuluran. Kaizo setiap malam menangis kerana terpaksa hidup begini, kadang-kadang dia terdengar adik dia menangis dalam tidur dia dan memanggil-manggil nama ibu. Kaizo hanya memeluk adik dia untuk tenangkan dia, kadang-kadang dia sendiri akan menangis bersama adik dia. Kaizo tidak pernah bercerita kepada Fang apa yang terjadi kepada ibubapa mereka. Dia tidak mahu adik dia tahu, dia tidak mahu adik dia sedih. Cukuplah dengan kehidupan yang dia ada sekarang, dia tak nak tambahkan lagi kesedihan adiknya.
Kaizo telah membawa adiknya ke suatu tempat yang jauh, jauh daripada tempat asal mereka. Mereka berdua terjumpa satu rumah terbiar di tepi sungai. Kaizo dan Fang berehat di situ. Kadang-kadang Kaizo terpaksa meninggalkan Fang keseorangan di rumah itu, kerana dia terpaksa pergi mencari makanan untuk mereka berdua. Dia tidak sanggup melihat adiknya menangis kerana dia tinggalkan dia keseorangan di rumah terbiar itu. Ada kalanya, Fang akan mengikut abang dia pergi menangkap ikan di sungai.
Di situlah mereka tinggal buat sementara waktu, Kaizo juga selalu berlatih dengan jam kuasanya. Setiap hari dia akan berlatih, Fang akan duduk di tepi dan melihat sahaja abang dia berlatih sampai Kaizo terlupa untuk bermain bersama dengan adiknya. Makin lama makin jauh hubungan Kaizo dengan adik dia. Fang tiada kawan untuk bermain, abang dia pula selalu sibuk, sehinggalah dia terjumpa sphera kuasa.
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 1)
FanfictionBeberapa cerita mengisahkan tentang kehidupan Fang dan Kaizo di bumi! Brotherly love/madness & a little bit of friendship