Selamat Hari Jadi

2.1K 158 17
                                    

"ABANG! ABANG!" Fang berlari mencari abang dia. Dia masuk ke dalam dan nampak ibu dia sedang menghiasi sebuah kek "Ibu, mana abang?"

"Abang ada dekat luar, pergilah"

"Terima kasih ibu" Fang berlari sambil pegang sebuah kad untuk abang dia. Hari ini hari jadi Kaizo. Fang dari malam semalam membuat kad hari jadi khas untuk abang dia. "ABNG!"

Kaizo berada di luar rumah sedang bermain dengan bola. Fang nampak abang dia berlatih menendang bola. Fang berlari dan memeluk abang dia di belakang badan. "Abang"

"Eh, kau nak apa Pang?" Kaizo terkejut dengan pelukan dari adiknya. Fang lepaskan pelukan dia dan lalu dia pergi ke hadapan. "NAH! selamat hari jadi abang" Fang memberi kad tersebut kepada Kaizo. Kaizo mengambil kad tersebut

"Terima kasih adik. Adik buat sendiri kad nie?" Kaizo membuka kad tersebut, tulisan Fang begitu serabut sekali tapi masih lagi boleh dibaca. Ada lukisan kecil di bawah tulisan itu, Fang telah melukis gambar dia dan Kaizo. "Pang buat khas untuk abang" Kaizo rasa sangat terharu. Dia duduk di depan adik dia dan cium cium muka Fang.

"ABANG! geli lah" Fang mengelap-gelap mukanya yang di cium oleh abangnya tadi. Lalu abang dia cium pipi dia lagi sekali. "ABANGGG!" Fang menjerit

"Tak nak abang cium yerk. ambik nie" Kaizo mengambil kepala adik dan lalu sekeh kepala Fang. "Abang, abang! tak nak lah"

Kaizo berhenti dan selepas itu dia geletek adik dia pula. Fang ketawa tak berhenti-henti. Mereka berdua begitu seronok sekali, gelak ketawa bersama. Ibu dan ayah mereka melihat gelagat anak-anaknya gelak ketawa bersama di luar halaman rumah. "Kaizo, Fang!" Ibu mereka memanggil anak-anaknya.

Fang dan Kaizo berhenti bermain dan lari ke arah ibunya. Ibu mereka sedang pegang satu dulang besar. Di atas dulang itu terdapat satu kek hari jadi Kaizo. "Kaizo, hari ini hari jadi Kaizo, apa yang Kaizo inginkan?"

"Kaizo nak.." Kaizo fikirkan sebentar selepas itu dia pandang ke arah adiknya dengan senyuman nakal dia "KAIZO NAK KEJAR ADIK!" Fang berlari dan Kaizo mengejar adiknya di sekitar halaman rumah. Sementara Kaizo dan Fang lari bermain di halaman rumah, ibu dan ayah mereka siapkan meja di luar rumah untuk menyambut hari jadi Kaizo. Kek yang ibu mereka buatkan untuk Kaizo ialah kek lobak merah.

"Kaizo! Fang! Jom makan bersama"

"Baik ayah!" kata mereka berdua yang sudah penat kejar mengejar. Kaizo mendukung adiknya di belakang sambil bernyanyi selamat hari jadi. "Selamat hari jadi abang! selamat hari jadi abang!" Fang bersuka ria nyanyi untuk abang dia. Ibubapa mereka tergelak melihat Fang nyanyi.

"Selamat hari jadi abang"

"SELAMAT HARI JADI ABANG!" Fang melompat ke atas katil abangnya dan lalu meloncat-loncat supaya abangnya bangun dari tidur. Kaizo mengambil bantal dan melempar bantal itu ke arah muka adiknya. Bantal itu terkena Fang dan dia terjatuh di katil. Lalu Fang bangun balik untuk mengejutkan abang dia "Abang, abang, bangunlah!" Fang mengoncang-goncang badan abangnya.

Kaizo yang sedang berpura-pura tidur, lalu dia mengambil kepala adiknya dan sekeh kepala dia. "Kau kacau abang tidur yea"

"Abang.. abang! tak naklah" ketawa Fang sambil abang dia sekeh kepala dia. Lalu Kaizo melepaskan kepala Fang. "Selamat hari jadi abang" kata Fang

"Terima kasih adik. Mana hadiah abang"

Fang menunjukkan tangan kosong, selepas itu dia serang abang dia dengan satu pelukan. "Suka betul kau dengan bau abang yang busuk nie"

"Ala, adik nak manja-manja dengan abang. Bolehkan" Fang membuat muka comelnya seperti seekor kucing. "Boleh adik" kata Kaizo

"Hehe... abang pergi mandi dulu. Adik tunggu abang dekat bawah" Fang melepaskan pelukan abang dia dan bangun dari katil. Sebelum itu dia mengambil bantal dan melemparkan bantal itu ke arah Kaizo. Fang menjelir lidah dia ke arah abang dia dan terus lari keluar. "Cheh, tak guna punya adik"

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now