Maafkan Abang

3.7K 195 27
                                    

"Abang! ABANG!"

Fang terjaga dari tidurnya. Ini sudah kali ke 5 dia termimpi tentang abang dia. Sudah dua minggu Kaizo meninggalkan Fang keseorangan di bumi. Walaupun rasa seronok dan bebas dari abang dia tapi Fang sudah mula merindui abang dia. Entah kenapa hati dia tidak tenteram. Setiap hari apabila Fang balik dari sekolah atau waktu dia bangun pagi, dia berharap sangat agar abang dia muncul di ruang tamu. Fang melihat jam kuasanya, sudah pukul 5 pagi, Fang tidak rasa untuk sambung tidur balik. Dia bangun dan melihat di luar tingkap.

"Abang, abang dekat mana sekarang"

Fang sebenarnya geram, geram dengan mimpi hari itu. Kenapa mimpi itu perlu menjadi kenyataan, kenapa bukan hanyalah mainan mimpi sahaja. Fang genggamkan tangannya, dia begitu marah sekali, kalau lah mimpi itu hanyalah mimpi sahaja, abang dia pasti akan berada di sini. Selama dua minggu ini, Fang rasa sangat sunyi. Rasa seperti rumah ini kembali menjadi rumah terbiar, tiada gelak ketawa atau pergaduhan di antara abang dan adik.

Seawal 6.30 pagi lagi Fang sudah sampai ke sekolah. Sekolah belum dipenuhi dengan pelajar-pelajar lain. Fang datang awal kerana rumah sungguh sekali, jadi dia datang ke sekolah awal, tapi di sekolah pun rasa sunyi juga. Rasanya dia pelajar yang pertama sampai. Fang masuk ke kelas dan seperti biasa, dia akan mengemas kelas. Dia cuba untuk sibukkan diri dengan membuat kerja-kerja yang ada untuk menghilangkan rasa rindu dia tetapi dia tidak berjaya.

Selepas sahaja selesai mengemas kelas, Fang mengeluarkan buku latihan matematik. Fang tidak mahu tidur di dalam kelas kerana takut dia akan bermimpi lagi tentang abang dia . Dia juga tak nak kawan-kawan dia tahu, selama dua minggu ini dia cuba gelak ketawa bersama kawan-kawan dia. Fang tidak mahu mereka risaukan dia.

"Wah, rajinnya Fang" Yaya masuk ke kelas bersama dengan Ying. Yaya telah mendapat jawatan ketua kelas semula. Sama juga seperti Gopal tetapi cikgu sukan Fang tidak memberi balik wakil sekolah bola keranjang kepada Fang. Watak utama dia juga sudah diberi kepada orang lain.

"Selamat Pagi Yaya. Selamat Pagi Ying" Fang cuba sembunyikan perasaan rindu dia dengan memberi senyuman kepada mereka berdua. Fang sambung balik ulang kaji matematik. Dia tidak rasa untuk berborak dengan Yaya dan Ying

Beberapa minit kemudian, Boboiboy dan Gopal masuk ke kelas dengan gelak ketawa. Apa yang mereka berborakkan, entahlah. Tanya sahajalah mereka. Boboiboy nampak Fang sedang mengulang kaji, sebelum ini dia tidak pernah nampak Fang mengulang kaji waktu pagi macam ini. Boboiboy sebenarnya tahu yang Fang cuba sembunyikan sesuatu daripada mereka. Walaupun Fang gelak ketawa dengan mereka tapi Boboiboy dapat baca isi hati Fang.

"Selamat pagi Fang" kata Boboiboy sambil memberikan senyuman kepada Fang. Fang membalas balik senyuman Boboiboy tadi.

"Fang! Amma aku ada buat donut lobak merah. Kau nak rasa?" muncul Gopal dengan bekas makanan. Dia membuka bekas tersebut dan berikan satu kepada Fang. "Rasalah Fang" Fang mengambil donut tersebut. Dia sebenarnya tidak sarapan lagi, dia terus sahaja ke sekolah tanpa sarapan pagi.

"Terima kasih Gopal" Fang makan sedikit donut tersebut. Walaupun donut itu tidaklah sesedap mak cik kantin buat tapi masih lagi rasa sedap. "Sedap" kata Fang.

"Hah! nanti aku suruh Amma aku buat lagi untuk kau ok" Fang tersenyum sedikit

"Terima kasih Gopal" bisik Boboiboy kepada Gopal. Sebenarnya Gopal dari semalam menyuruh mak dia buatkan donut lobak merah untuk dia tapi sebenarnya bukan untuk dia pun. Donut lobak merah tersebut untuk Fang, untuk ceriakan Fang walaupun sedikit. Yaya dan Ying menoleh kebelakang dan cakap terima kasih senyap-senyap kepada Gopal. Nampaknya, bukan Boboiboy sahaja yang tahu, mereka bertiga juga tahu tentang kerinduan Fang terhadap abangnya.

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now