Cinta Misteri

2.9K 175 21
                                    

Cinta? Cinta tak pernah wujud dalam hati Kaizo sebelum ini, entah kenapa pagi-pagi ini Fang terdengar suara abang dia bernyanyi-nyanyi di dapur sambil membuat sarapan pagi untuk mereka. Fang berasa sungguh pelik sekali, lagu yang dinyanyikan oleh abangnya, ialah lagu cinta. Abang aku jatuh cinta ke? fikir Fang. Tak mungkinlah. Tapi kenapa dia ternampak sejambak bunga mawar merah di atas meja makan. Mungkin ada orang yang hantar bunga tue ke sini, fikir Fang lagi. Tak pun, Adudu punya kerja yang buat abang dia macam tue, nak kena Adudu nie.

"Abang?" Fang masuk ke dapur. Kaizo yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi sambil bernyanyi, dia tidak mendengar panggilan daripada adik dia. Dia terlampau gembira dan hatinya berbunga-bunga

"Abang?" Panggil Fang lagi. Kaizo masih lagi tidak menyahut panggilan adiknya. Kaizo pusing ke belakang untuk meletak pinggan ke atas meja dan ternampak adiknya sedang berdiri dan memandangnya dengan penuh kepelikan. "Adik, sarapan dahulu kalau mahu keluar bermain" kata Kaizo.

"Abang demam ke?"

"Demam? Kenapa kau kata begitu?"

"Yelah, tak pernah adik nampak abang nyanyi begitu gembira sekali. Dahlah lagu cinta pula tue. Ini mesti Adudu punya kerjakan, buat abang sampai begitu" kata Fang. Kaizo pergi ke sebelah adiknya dan memegang kepala Fang dan mengusap-usap rambutnya. "Abang nie kenapa?"

"Ini bukan kerja Adudu, Pang. Aku, Kapten Kaizo telah menjumpai cinta hatiku"

"Erkkk..." terkejut Fang. Ci-ci-cinta?! Abang aku dah hilang akal ke, fikir Fang yang sedang panik.

"Makan sarapan pagi yang abang buat tue, kejap lagi abang nak keluar" kata Kaizo sambil menunjukkan telur omelette lobak merah. Fang duduk dan cepat-cepat dia makan sampai tersedu dia buatnya. HICCUP HICCUP HICCUP!

"Kamu nie, tak boleh makan pelahan-lahan ke" Fang tersengih sahaja lepas tue HICCUP!

"Maaf abang.. HICCUP!" Kaizo dengan baik hatinya, bagi adiknya segelas air dan dia terus beredar dari dapur bersama dengan sejambak bunga mawar di tangannya. Fang menjenguk melihat luar dapur, abang dia telah pun keluar rumah

Fang dengan perasaan ingin tahu siapa yang telah mencuri hati abang dia, dia terus mengekori abangnya. Dia senyap-senyap mengekori abangnya sampailah ke taman permainan kanak-kanak. Fang sorok di belakang pokok dan mencuri-curi lihat abang dia bersama seorang gadis yang sangat cantik. Rambut dia pendek sampai ke bahu, dia memakai bagpack yang berwarna ungu. Warna kegemaran Fang.

"Fang, kau tengok siapa tue" muncul Boboiboy di sebelah dia. Terkejut Fang dan terus menyuruh Boboiboy senyap

"Aku tengah tengok siapa yang mencuri hati abang aku" kata Fang

"Curi?! Siapa yang curi" Boboiboy juga melihat abang Fang bersama dengan seorang gadis. "Eh, siapa perempuan tue?"

"Itu yang aku nak tahu. Aku kena siasat siapa perempuan tue" Fang mengenggam tangannya dan lalu menumbuk pokok tersebut sebab tidak puas hati.

"Kau nie Fang, janganlah marah sangat. Kau nie mesti cemburukan. Takut kasih sayang seorang abang beralih kepada seseorang"

"Woi, kau nak kena dengan aku ke?"

"Eh tak, aku bergurau aje Fang"

Mereka berdua memerhatikan Kaizo sehinggalah gadis itu beredar dari situ dengan sejambak bunga mawar yang diberikan oleh Kaizo tadi. Fang mengheret Boboiboy untuk mengikut gadis tersebut.

"Ini macam jalan ke rumah Ying" kata Boboiboy. "Syhhh.. senyaplah, nanti dia dengar pula" Fang menyuruh Boboiboy diam. Gadis itu menoleh ke belakang, mereka dengan pantasnya menyorok di dalam semak. Fang melihat di luar dan gadis itu meneruskan perjalanannya.

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now