Kawan Gila

3.5K 166 9
                                    

"Boboiboy, sudahlah tue. Kau menangis macam mana pun, dia tak kan kembali"

Itulah kata-kata Yaya sebelum dia meninggalkan Boboiboy keseorangan di tepi pantai. Boboiboy telah kehilangan seorang kawan baik, bukan dia sahaja. Yaya, Ying, Gopal dan juga Ochobot turut kehilangan kawan baik mereka juga.

Bagaimana ini semua terjadi. Ia berlaku 3 hari yang lepas.

------------------------------------------------------

"Wei Fang! kau apasal tiba-tiba bad mood pagi nie?"

"Suka hati akulah kalau aku nak bad mood ke tak, kau sibuk apasal" Fang yang sedang duduk di kedai Tok Aba dengan bad mood dia. Pagi tadi abang dia buat hal lagi dengan dia sampai mood baik dia terus menjadi bad mood. Boboiboy dan Gopal dari tadi asyik memerhatikan Fang yang sedang tonyoh-tonyoh chocolate pancake sampai hancur. Selamat Yaya tiada di situ, kalau tidak, boleh berlaku peperangan besar di situ.

"Fang, ceritalah, apa yang terjadi" tanya Boboiboy

Fang tidak mahu bercerita kerana kalau dia bercerita apa yang berlaku, hati dia akan menjadi bertambah sakit. Dia mahu melupakan tentang perkara itu. Tentang abang dia ingin membawa dia pulang ke planet asal mereka. Fang bergaduh besar dengan abang dia pagi tadi. Pergaduhan di antara mereka berdua menyebabkan abang dia pergi ke kapal angkasa dan meninggalkan dia di planet bumi sorang-sorang.

Fang di tinggalkan lagi sekali. Dia tidak tahu kenapa abang dia mahu membawa dia pergi dari sini. Dekat bumi ini, dia ada kawan-kawan dia yang dia tidak sanggup berpisah dengan mereka semua. Sebahagian daripada dia juga, tidak sanggup berpisah dengan abang dia.

"Aku balik dulu, daripada aku duduk sini lama-lama, boleh naik tension aku" Fang bangun dan tinggalkan kawan-kawan dia yang ada di situ. "Wei Boboiboy, kau ikutlah dia. Nanti mesti dia cerita dekat kau"

"Tapi kalau dia tak nak cerita macam mana Gopal. Biarkan lah dia dulu. Lama-lama nanti oklah dia" kata Boboiboy sambil melihat Fang yang sudah berjalan jauh daripada mereka. Fang bukan berjalan menuju ke rumah dia, tetapi ke tempat yang dia sangat suka, iaitu pantai. Tempat yang dia suka berfikir. Fang melihat keadaan pantai hari ini, begitu ramai sekali. Dia mengambil tempat duduk di bawah sepohon pokok kelapa dan melihat sahaja ombak-ombak laut melantun-lantun dari jauh dan terus datang ke tepi pantai.

"Kamu Fang kan?" Fang memandang ke atas dan nampak seorang budak lelaki yang sebaya dengan dia. "Kau mungkin tak ingat aku, aku kawan lama kau"

"Kawan lama?" Fang cuba fikirkan siapa kawan lama dia. Setahu dia, dia tidak pernah mempunyai kawan sebelum ini, cuma Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sahaja kawan dia. Budak lelaki yang berbaju kan tanpa lengan duduk disebelah dia. "Nama aku Mikey, aku berasal dari planet kau juga"

Mikey? Fang cuba ingatkan balik. "Kau tak ingat?" Fang hanya mengelengkan kepala sahaja. "Takpelah kalau kau tak ingat tapi aku ingat kau lagi. Masa itu umur kita 7 tahun, aku nampak kau bermain sorang-sorang. Jadi aku datang dekat dengan kau, aku memperkenalkan diri aku dekat kau"

Fang baru sahaja teringat. Mereka pernah berkawan selama 3 hari sahaja sebelum dia diheret pergi oleh abang dia. Masa itu Fang sedang kejar seekor katak, dia cuba menangkap katak itu tetapi tidak berjaya. Dia terjatuh ke dalam lumpur dan menyebabkan baju dia kotor. Mikey datang ke arah dia dan mereka sama-sama pergi menangkap katak tersebut.

Dari situ mereka menjadi kawan tapi hanya sekejap sahaja. "Baru aku ingat, katak yang kita tangkap sama-sama kan" kata Fang. Muka Mikey terus berubah, dia berasa sungguh gembira kerana Fang sudah mengingati dia. Mereka berdua teringat balik tentang memori mereka bersama, mereka melompat seperti katak di dalam lumpur, selepas itu mereka berdua bermain di dalam hujan. Gelak ketawa mereka berdua masih lagi segar dalam ingatan mereka.

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now