Chocolate?
Teddy bear?
Bunga?
Surat cinta?!
Apakah kesemua ini?! Fang melihat mejanya penuh dengan hadiah dari pelajar-pelajar perempuan. Ini semua adalah sebab persembahan solo dia pada hari itu, pelajar-pelajar perempuan Sekolah Rendah Pulau Rintis tak terhenti-henti mengekori dia. Semasa dia sedang berlatih bola keranjang, semasa dia ulang kaji di perpuskataan sekolah, dan ada juga yang nak belanja dia makan semasa waktu rehat. Fang makin lama makin naik angin. Dia perlukan ketenangan.
Fang mengambil hadiah chocolate tersebut dan berikan kepada Gopal "NAH! ambik chocolate nie" kata Fang dengan nada yang agak garang. Teddy bear itu pula dia bagi kepada kedua kawan perempuannya, Yaya dan Ying. "Korang ambik ajelah anak patung nie" kata Fang sambil meletakkan teddy bear tersebut di atas meja mereka. Bunga itu dia pergi buang di dalam bakul sampah kelas.
Surat cinta pula, dia koyak-koyak dengan perasaan geram. Dia tahu apa yang dia lakukan adalah terlampau kejam tapi untuk kebaikan dia juga supaya pelajar-pelajar perempuan lain berhenti memberi dia hadiah dan berhenti kacau dia.
"Fang, kenapa kau tak baca aje surat tue dulu"
"Buat apa aku nak baca surat tue! Kalau kau nak baca sangat, nah ambik surat nie, sebelum aku koyak" kata Fang kepada Boboiboy. Tinggal satu lagi surat yang Fang masih belum koyakkan. Boboiboy mengambil surat itu, dan lalu membaca. "Kepada Alien yang bernama PANG!"
Fang terkejut dan lalu mengambil surat tersebut dari tangan Boboiboy. "Siapa punya kerja nie!" Mengamuk Fang di dalam kelas. Tiada siapa yang berani nak jawap kerana takut dengan aura-aura hitam Fang yang sudah muncul. "Ini mesti ada nak cari nahas dengan aku" Fang koyak-koyak surat tersebut sehingga menjadi cebisan-cebisan kertas yang teramat kecil.
Fang dengan kemarahan dia, keluar dari kelas untuk mencari siapa punya angkara."Wei Gopal, kau ke yang tulis surat tue?" bisik Boboiboy kepada Gopal
"Hmm.. hehehe.. aku gurau sahaja dengan dia. Tak tahu pula dia akan mengamuk nanti, Boboiboy" tersengih Gopal sambil berdoa agar Fang tak tahu dia yang buat.
"KAU PUNYA KERJA RUPANYA!" Yaya dan Ying muncul di depan Gopal. "Kau tahu kan perangai Fang macam mana, yang kau nak cari pasal dengan dia kenapa" kata Yaya
"Kan aku cakap tadi, aku bergurau aje"
"OH! JADI KAU YANG TULIS SURAT TUE!" Fang muncul balik dalam kelas dengan lebih tebal lagi aura-aura kegelapan dia. "HARIMAU BAYANG!"
"maafkan aku Fang!" merayu Gopal tapi Fang tidak pedulik dengan rayuan Gopal.
"SERANG DIA!" Fang mengarah harimau bayangnya serang Gopal. Gopal dengan perasaan takut, terus dia berlari keluar dari kelas. Fang ketawa sekuat hati "Fang! kau nak kena denda ke?" Yaya menunjukkan buku dendanya di depan Fang
"Dendalah! Aku tak kisah pun. Biar korang tahu siapa Fang yang sebenarnya"
"Kau kenapa Fang? ini bukan diri kau!" Yaya keliru dengan sikap Fang.
"Yolah, kau dah hilang akal ke?" kata Ying. Fang menghiraukan mereka, dia duduk di tempat dia dan biarkan sahaja mereka.
"Yaya, biarkan Fang tenangkan diri dulu. Nanti-nanti dia ok lah tue" kata Boboiboy kepada Yaya. Yaya kembali ke tempat duduk dia. Loceng sekolah sudah berbunyi, Cikgu Papa Zola masuk ke dalam kelas, di belakangnya terdapat Gopal yang penuh dengan luka akibat dicakar oleh harimau bayang.
"BANGUN!" Pelajar-pelajar lain bangun kecuali Fang. Fang buat-buat tidak tahu. "Wei Fang, bangunlah" bisik Boboiboy kepada Fang tidak Fang mengendahkan sahaja dia. Cikgu Papa Zola perasan dengan sikap Fang. "Selamat Pagi Cikgu, KEBENARAN!" kata Yaya. Pelajar-pelajar lain turut ucapkan benda yang sama. Fang masih lagi buat-buat tidak tahu
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 1)
FanfictionBeberapa cerita mengisahkan tentang kehidupan Fang dan Kaizo di bumi! Brotherly love/madness & a little bit of friendship