"Baik kau mengaku sebelum aku halau kau dari sini"
"Jangan halau aku dan kucing ku dari rumah ini"
"Kalau kau tak nak kena halau, baik kau mengaku cepat! siapa yang curi ikan goreng aku!"
Boboiboy dan Gopal seronok sangat menonton drama baru di TV yang bertajuk "Kucing Ku Comot" . Gopal siap menangis lagi melihat kucing yang bernama comot kena halau dari rumah bersama dengan tuan kesayangan dia. Boboiboy pula hampir nak menangis tetapi dia menahan air matanya. Fang muncul disebelah mereka, dia melihat sahaja gelagat 2 orang kawan dia yang asyik menonton drama di TV. "Comot, kesian kau kena halau" kata Gopal sambil mengelap air matanya.
"Gopal, jangan menangis Gopal. Ini semua drama TV sahaja"
"Tahu takpe Boboiboy. Tak sabar nak tengok episode seterusnya esok" Gopal masih lagi mengelap air mata dia. "Eh, bila masa kau ada dekat sini Fang?" baru mereka sedar bahawa Fang sudah berada di kedai Tok Aba.
"Aku dah 2 minit duduk sini, baru korang nak sedar. Tak habis-habis dengan drama sedih korang" kata Fang. Dia tidak kisah langsung dengan drama-drama dekat TV, yang dia tahu donut lobak merah, kebersihan, matematik, buku, buku, buku, belajar, dapat no. 1, abang dia dan juga bola keranjang. "Eleh Fang, cuba kau satu hari tengok drama sedih. Gerenti kau mesti menangis punya" kata Gopal
"Woi, buat apa aku nak tengok drama pula. Baik aku ulangkaji terus"
"Eh, bukan sekolah belum mula lagi ke. Kenapa kau kena ulangkaji pula?" Boboiboy rasa pelik.
"Mestilah kena ulangkaji, tahun depan kan kita nak UPSR. Aku mestilah nak dapat markah yang terbaik! dan aku pastikan aku akan dapat no.1!"
"Cheh, tak habis-habis dengan no.1 dia. Kena belasah dengan Yaya dan Ying, baru kau tahu" Gopal mengambil Ice Blended Chocolate Special dia dan pandang ke arah Fang yang sedang terbayangkan diri dia mendapat no.1 Tiba-tiba sahaja Gopal mendapat satu idea yang bagus. Dia tersenyum kerana idea dia begitu hebat sekali. "Gopal, apasal kau senyum semacam aje nie?" tanya Boboiboy
"Shhh.. aku ada rancangan terbaik untuk Fang" bisik Gopal. Dia melihat Fang supaya dia tidak dengar percakapan antara dia dan Boboiboy. Ternyata Fang masih lagi tengah berangan dengan no.1 dia
"Rancangan terbaik? rancangan apa?"
"Hah, kau tengok sahaja" kata Gopal "Wei Fang, aku nak cabar kau menonton drama Telenovela Seguni Mawar Merah! Aku ada kesemua episode dia"
"Cerita apa tue?"
"Cerita drama yang sungguh menyedihkan. Tiga hari tiga malam aku menangis sebab drama tue, sampai Boboiboy Taufan pun menangis sekali tau" Gopal berdrama di situ sambil lap-lap matanya, padahal tiada air mata yang terkeluar. "Aku bagi kau tengok cerita tue dalam masa satu hari sahaja" Gopal tersenyum sinis kepada Fang. Fang pula berfikir samada nak atau tidak menerima cabaran Gopal tersebut. "Takut ke?" kata Boboiboy yang saja nak takutkan Fang.
"Aku mana ada takut, aku akan terima cabaran kau Gopal tapi kau kena terima cabaran daripada aku juga. Kau kena jawap semua soalan latihan matematik tahun 6 dalam masa satu hari" Gopal terus berpeluh. LATIHAN MATEMATIK?! KENA HABISKAN DALAM MASA SATU HARI?!, fikir Gopal
"hah, macam mana? takut ke?" Fang memang saja nak kenakan Gopal balik. "Dey, aku belum belajar lagi matematik tahun 6, kau bagi lah aku matematik tahun 5 ke tahun 4 ke, baru senang"
"Wei wei, kau terima jelah cabaran dari Fang tue sebelum dia bagi kau yang lebih cabar daripada tue" bisik Boboiboy dekat Gopal. Gopal mula berfikir sebentar, nak terima ke tak nak terima.
"Cepat, nak ke tak. Baik kau mengaku kalah ajelah Gopal" Fang masih lagi menunggu keputusan dari Gopal. Tiba-tiba Gopal mendapat satu lagi idea. Dia terus tersenyum dengan idea nakalnya. Boboiboy rasa takut dengan senyuman Gopal. "Aduh, ini mesti ada idea yang terhebat dari kau kan" kata Boboiboy sambil menepuk dahi dia. "Fang, aku akan terima cabaran dari kau tapi siapa mengaku kalah dulu, dia kena makan biskut Yaya dalam masa seminggu"
YOU ARE READING
Aku Abang, Kau Adik (Season 1)
FanfictionBeberapa cerita mengisahkan tentang kehidupan Fang dan Kaizo di bumi! Brotherly love/madness & a little bit of friendship