Siapa Fang?

3.7K 176 13
                                    

"Abang"

"yea adik"

"Maafkan adik sebab adik kotorkan jaket kegemaran abang"

"Takpe adik, abang maafkan"

Itu hanyalah memori kisah silam mereka berdua. Kaizo dan Fang tetap sayang menyayangi satu sama lain tetapi disebabkan sikap abang dia sudah berubah, kehidupan mereka juga, turut berubah. Pagi-pagi lagi Kaizo sudah memarahi adik dia kerana tumpahkan sup lobak merah ke atas jaket biru kegemaran dia dan juga jam kuasa abang dia. Kaizo begitu bengang sekali, jam kuasa itu pemberian ayah dia. Jam kuasa itu masih lagi boleh berfungsi, cuma ada kerosakan sedikit. Ochobot boleh sahaja betulkan jam kuasa Kaizo tetapi dengan sikap Kaizo yang sungguh garang, tegas dan ganas, dia tidak henti-henti memarahi adik dia. Fang rasa sangat takut dengan sikap abang dia yang garang itu, terus lari dari rumah dan sorokkan diri di rumah Boboiboy. Dia tahu, dia yang buat salah. Dia tidak sengaja tumpahkan sup itu.

"Fang?" Panggil Boboiboy "Fang? janganlah macam nie, janganlah sedih" Boboiboy berasa risau dengan kawan baik dia. Semenjak dia sampai di rumah Boboiboy, Fang tidak bercakap langsung sehinggalah sekarang.

"Kau tak tahu abang aku Boboiboy. Dulu masa waktu kita orang kecik-kecik lagi, dia selalu maafkan aku, sekarang semuanya sudah berubah" Akhirnya Fang berkata juga

"Tapi dia marah kau macam mana pun, dia tetap sayangkan kau kan" kata Boboiboy. Fang hanya terbaring sahaja di atas katil Boboiboy sambil fikirkan apa yang dia telah lakukan tadi. Air matanya mengalir dan membasahi bantal Boboiboy "Fang?" Fang kembali senyap. Dia tidak mahu bercakap lagi, dia hanya ingin bersendirian. Ochobot masuk ke dalam bilik Boboiboy dan mengajak dia keluar "Biarkan Fang bersendirian dulu" kata Ochobot. Lalu mereka berdua beredar dan tinggalkan Fang keseorangan.

"Kalaulah aku tidak wujud di dunia ini, mesti abang aku hidup bahagia" itulah kata-kata terakhir Fang sebelum dia terkena tembakan dari Probe. Kenapa Probe tembak dia?

1 jam yang lepas

"Wei Probe, apa yang kau beli dekat Bagogo?" kata Adudu yang sedang mengangkat sebuah kotak yang agak berat dan besar. Probe begitu teruja sekali kerana pesanan dia sudah sampai akhirnya. "Hah, Aku dah beli sebuah pistol dari Bagogo"

"Pistol apa?" Probe mengambil kotak tersebut dan lalu dia membuka kotak itu. Di dalamnya terdapat pistol yang agak besar dan berat tapi pistol itu cun melecun dan harga dia memang mahal. Untunglah Adudu ada kredit kad pemberian ibu dia. "Inilah dia, Pistol untuk menghilangkan seseorang. Mahal nie encik bos"

"Canggih juga pistol nie. Probe, bagus juga kau beli pistol serba guna nie. Probe, kau pergi tembak mana-mana superhero yang ada dekat sini tapi paling penting sekali, Kapten Kaizo perlu hilang dari permandangan aku!"

"Baik encik bos! sekarang juga saya akan jalankan tugas saya" Probe dengan senang hati mengambil pistol itu dan terbang keluar dari markas kotak. Dia tidak sabar untuk menggunakan pistol itu. Probe mencari mangsa pertama dia. Dia pergi ke kedai Tok Aba tetapi tiada pasukan superhero di sana. "Mana dia orang pergi" kata Probe. Probe teruskan pencarian dia sehinggalah dia terjumpa Fang yang sedang berjalan kesedihan. Probe mengekori dia dari belakang.

Probe melihat Fang sedang menuju ke rumah Boboiboy, jadi dia menunggu sahaja waktu yang bersesuaian untuk menembak Fang. Sampai sahaja di rumah Boboiboy, Probe memerhatikan Fang lagi. Dia telah masuk ke dalam rumah, dan Probe nampak Fang sudah berada di dalam bilik Boboiboy. Probe cuba dekatkan diri dia ke tingkap bilik Boboiboy. Dia mendengar perbualan mereka dan akhirnya dia terdengar kata-kata Fang "Kalaulah aku tidak wujud di dunia ini, mesti abang aku hidup bahagia" Probe dengan gembira menunaikan permintaan Fang tadi, dia menembak Fang dengan pistol dia. Lalu Fang terus hilang dalam sekelip mata. Semuanya berubah, tiada siapa ingat tentang kewujudan Fang kecuali Probe. Dia sorang sahaja yang ingat. "Aku berjaya! nampaknya aku kena bagitahu encik bos"

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now