Jam loceng sudah berbunyi itu menunjukkan sudah pagi dan Julia segera bangun untuk membersihkan diri lalu menunaikan solat fardhu subuh dan seterus memakai uniform kerjanya. Setelah selesai julia turun ke bawah untuk bersarapan.
Julia terus keruangan makan terdapat tengku Razif dan tengku Marliah diruang tersebut. "asalamualaikum... ayahanda... bonda yang lain mana???" tegur Julia kepada ayahanda dan abangnya.
"wa'alaikumusalam Ju, yang lain biasalah macam kamu tak kenal semua tu kejap lagi turun lah tu kamu makan lah tu , kamu tu sudah nak berangkat pergi kerja" balas Tengku Razif.
Tengku Razif dan Tengku Marliah hanya tersenyum dan mereka amat bersyukur kerana berjaya mendidik julia dan abangnya menjadi seseorang yang berguna walaupun Julia dan abangnya Nashrin ialah anak angakatnya yang diamanahkan kepada mereka oleh sahabat karib mereka iaitu Tengku Adam dan Tengku Adriana di mana mereka meninggal sewaktu Julia dan Nashrin di bangku persekolahan lagi.
Mereka juga gembira dan bahagia kerana mampu mendidik kedua putera puteri kandung nya dengan baik iaitu fira dan abangnya Khairul.
Julia hanya menganggukkan kepalanya sahaja apabila Tengku Razif berkata begitu setelah selesai makan Julia bersiap untuk pergi ke kerja. Julia menyarung kan jaket motor kebadannya dan Julia terus menaiki motor berkuasa tingginya.
Sesampai sahaja di balai Julia terus meletakkan motornya , setelah meletakkan motor berkuasa tingginya Julia terus ke dalam ruangan kerjanya. Julia adalah seorang anggota polis yang berjawatan Inspektor di bahagian siasatan jenayah.
Julia menyemak semua fail fail kes siasatan yang sudah selesai atau tidak sedang leka menyemak tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu dan dia membenarkan orang itu masuk.
"hai Julia" sapa Haziq. Haziq ialah kawan baik Julia dari zaman persekolahan dan dia tahu semua mengenai tentang Julia dan Haziq juga adalah tunang kepada Fira .
"ha!!! Nak apa pagi pagi dah terpacak kat bilik aku ni" kata julia dengan senyuman yang manis.
"kau ni takkan lah nak jumpa kau puntak boleh alah kan tak lama lagi kau nak jadi kakak ipar aku kan" jawab haziq dengan muka selamba.
"wak lu, adik ipar aku memang taklah weh... dahlah lebih tua dari aku hahahah" jawab julia sambil gelak.
"ye lah cik kak oii... kau takyah nak duk suka sangat lah.. bila lagi kau nak terus terang pasal kau dengan laki kau tu kat ayahanda ngan bonda sampai bila kau nak tipu diaorang yang laki kau tu kerja luar negara" tanya Haziq ingin kan kepastian.
"hmm aku tak tahu lah wei aku belum bersedia nak bagi tahu hal yang sebenarnya aku takut sebab aku tahu aku salah" ujar Julia
"ha tahu pon salah lepastu pasal apa kau buat jugak" perli Haziq. "alah kau ni time tu aku masih tak berfikiran matang dah dia pun tak anggap aku isteri dia 24 jam dengan kerja ja aku terabai... tapi dalam masa 4 tahun aku tinggalkan dia, dia tak pernah abaikan nafkah zahir dia pada aku... aku rasa aku dah jadi isteri derhaka lah and aku tak dapat bayangkan bila aku bersemuka dengan dia" terang Julia
"oii cik kak... kau macam tak kenal kerja polis macam mana kan kau sendiri takde masa untuk family kau... itu bermakna dia tak pernah abaikan kau.. kau faham tak walaupun dia tu kahwin dengan kau atas desakan family dia tahu tanggujawab dia." Nasihat Haziq.
"sekarang bila aku dah ada kat tempat dia baru aku fikir yang sebenarnya kerja polis ni bukan senang... hmm..." luah Julia.
"tak pa lah Julia kau kena cari dia untuk mintak maaf ingat dia tu suami kau yang sah walau seburuk mana pun dia, dia tetap suami kau yang harus kau taat." Nasihat Haziq.
YOU ARE READING
MISS SUPERBIKE DAN MR. BMW
RomanceSynopsis_ Mengisahkan seorang Inspektor wanita bernama Julia telah bertugas di Bukit Aman, Kuala Lumpur.Julia seorang gadis yang berumur 24 tahun mempunyai kisah silam yang tidak diketahui ramai apabila dia sebenarnya telah berkahwin empat tahun lep...