bab 2

10.3K 352 18
                                    

         Julia menarik nafas dalam dalam baginya untuk masuk kedalam bilik danial seumpama masuk ke dalam kandang buaya.
         Julia mengetuk pintu setelah itu julia mendengar suara menyuruhnya masuk.
        Julia masuk kedalam bilik melihat danial  sedang ralit melihat screen komputer.
      "Hah... tak kan kau nak jadi kayu duk terpacak kat situ je.. tak reti nak duduk orang sedia kan kerusi tuk duduk..." serius danial julia hanya menurut sahaja walaupun danial bersahaja tetapi dia tetap takut akan danial.
        "Abang saya nak pinjam kereta boleh tak??" Julia membuat muka comel nya.
         "Nak buat apa??? Nak pergi mana??? Dengan siapa???" Julia mengerutkan dahi nya akibat danial menanyakanya seribu satu soalan seolah olah di sedang menyiasat pejenayah sahaja.
        "Abang tak ada banyak lagi soalan nak tanya" perli julia.
        "Aii perli kang aku tak bagi pinjam baru tahu" marah danial.
         "Alah orang gurau je lah... saya nak pergi sungai penchala sebab ada kes kat sana saya nak siasat lokasi... saya pergi dengan dalila" julia menjawab kesemua soalan danial.
         Danial menghulurkan kunci bmw 5 series nya dan julia tersenyum. Perbezaan antara danial dan julia amat lah jauh mana tidaknya julia menyukai moto berkuasa tinggi  manakala danial pula lebih cenderung kepada kereta mewah seperti bmw.
           "Thanks you" ucap manja julia. "Dah kau jangan nak mengada sangat ni tempat kerja behave your self okay" julia sudah menarik muka apabila di tegur begitu.
          "Nak manja sikit pon tak boleh" julia sudah menarik muncungnya. Danial hanya tersenyum dengan riak muka isterinya yang sedang merajuk itu.
         Danial bangun dan pergi kesebelah julia kemudian satu kucupan hinggap ke pipi kiri julia.
       Julia terpana sebentar akibat dicium oleh danial. "Abang apa abang buat ni" muncung julia geram akibat danial menciumnya sesuka hati nasib lah bilik pegawai seperti mereka tak boleh dilihat dari luar.
       " kau buatlah muncung lagi aku cium mulut kau... sekarang kau pergi buat kerja  sebelum aku buat lagi teruk" Danial sudah membuat senyum nakalnya.
         Terus sahaja  julia mencapai  kunci yang diberikan  oleh danial tadi dan terus sahaja dia keluar dari  bilik danial sebelum sesuatu belaku.
         " Dalila jom  kita pergi"ajak julia. Dalila hanya mengikut sahaja apabila diberi arahan oleh julia.
          Didalam kereta mereka hanya diam membisu sahaja julia hanya menumpukan pada pemanduannya manakala dalila ralit dengan handphonenya.
            "Puan dah lama ke kahwin???" Tanya dalila sebagai pembuka bicara.
            "Dah lama dah sejak saya umur 19 tahun selepas saya abis stpm..." jawab julia.
            "Oooo... patutlah puan cepat naik pangkat stpm rupanya" puji dalila julia hanya tersenyum sahaja.
             Julia memarkir kan kereta di tempat yang sesuai kerana destinasi mereka sudah sampai.
              "Ha puan saya lupa nak bagi tahu puan pihak atasan ada menghantar seorang pegawai dari bahagian jenayah siber kerana mangsa yang mati ini ialah seorang hacker yang tidak berdaftar." Terang dalila.
             "Ooo okay mana orangnya..." tanya julia. Tiba tiba ade orang berdehem dari belakang alangkan terkejut nya julia hingga tidak dapat dia bersuara.
                "Hai julia... hai dalila..." tegur pegawai itu. Pegawai itu adalah abang angkat julia.
                 Julia hanya mampu menundukkan wajahnya dikala khairul menyapanya.
                "Eh abang rupanya... abang kenal dengan puan julia ke???" Tanya dalila. 'Lebih pada kenal dalila' jawab julia dalam hati.
                 "memang lah kenal ni kan adik abang dan bakal jadi adik ipar dalila" terkejut beruk julia memang dia tahu abangnya sudah bertunang tapi dia tidak pernah mengetahui yang siapa tunang abang nya maklum lah baru sekarang dia muncul kembali setelah bertahun lama.
            "Kenapa masa kami bertunang puan takde???" Soal dalila pelik. "Aduh budak ni nak kata abang tak cerita abang cerita dah..." khairul membuat muka serius.
            Dalila mengerutkan mukanya untuk mengingat apa yang berlaku antara mereka. "Jangan cakap ni lah adik abang yang lari tu" teka Dalila.

             "Tengok muka abang ni ada memain ke??" Tanya khairul serius. "Okay okay caya caya dah jom buat keje" dalila sudah mengubah topik lain.

MISS SUPERBIKE DAN MR. BMW Where stories live. Discover now