13

2.9K 54 2
                                    

"Maaflah rumah saya kecik je. Adik beradik pun ramai." Martini senyum. Genggaman pada iphone 6s nya dikejapkan.

Arman pandang banglo 2 tingkat sederhana besar milik keluarga Martini. Kemudiandia  gelak perlahan. Hm. Kecik la sangat.

"Saya dah sampai. Rombongan dah nak masuk." Lepas beri salam, Arman matikan phone.

Dia nampak ramai saudara mara Martini membanjiri halaman rumah. First time jumpa family besar dia.

Rombongannya tak ramai. Tak semeriah belah keluarga perempuan. Kebanyakannya pekerja arwah papa merangkap pekerjanya sekarang. Dan juga Razi, wedding planner mereka. Termasuk 2 3 orang teamnya.

Keluarga?

Bukan kegemarannya untuk cerita pasal keluarga.

Arwah papanya dahulu sebatang kara dekat Singapore, cuma ada arwah datuk iaitu ayah kepada datuk Arman(Datuk papa). And then, bila orang tua tu meninggal papa berhijrah ke Malaysia and start buat bisnes.

And papa jumpa perempuan tu.

Perempuan yang dah musnahkan hidup mereka.

Kenapa nak sayang orang yang dah hancurkan hidup kita? I dont get it!

Dia tak sanggup panggil perempuan tu mama. Dan tak pernah terkeluar panggilan manja itu dari bibirnya. Perempuan itu tinggalkan dia dan papa waktu mereka betul betul perlukan dia.

Dia kehilang tempat bermanja sewaktu dia kecil lagi, tak faham apa apa.

Tapi papa masih sayangkan perempuan itu. Sehingga saat dia berhijrah ke luar negara pun dia sedar yang papa masih sayangkan perempuan tu.

Dan sekarang,  tak ada rasa langsung nak cari 'mamanya' balik biar dah 15 tahun perempuan tinggalkannya.

Dia punca hidup Arman terumbang ambing. Dia punca jejaka itu bencikan kaum wanita dulu.

Dan dia  juga punca sejarah hitam yang Arman tak boleh kikis dari hidupnya sehinggalah sekarang.

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now