35

1.5K 58 4
                                    

"Awak kat mana syg?"

Satu grey tick lagi! Arman mendesis. Jam dah menunjuk ke angka 2 pagi. Dia makin risau.

Where are you Mar!?

Dia risau. Risau sampai tak boleh nak lelap mata langsung. berpuluh call berpuluh whatsapp, langsung tak bersambut.

Mana isterinya menghilang? Mana Martini ni pergi?

Mundar mandir dia di ruang tamu seperti kucing hilang anak. Tak, ni bukanlah kes kucing hilang anak dah tapi kes laki kena tinggal isteri.

Tak sedap hati... desisnya.

Macam mana kalau ada something yang berlaku pada Martini? Accident ke? Langgar lari? Kereta rosak tengah jalan yang sunyi?

Ya Allah! Kepala dia kusut!

Akhirnya, kunci dekat bahagian key holder ditarik. Terlalu tergesa sehingga habis kunci-kunci lain turut sama jatuh berterabur di lantai.

Handphone ditangan dibuka dan nombor Faizwan ditekan.

"Bro, sorry ganggu kau tengah tengah malam ni. But, i need your help..."

....

"Benda tak sampai 24 jam lagi. Kita tak boleh buat report.."

"Takkan nak kena tunggu 24 jam dulu baru nak report?? Bini aku Faz, aku tak boleh nak tunggu lagi dah. Risau!"

"Yer, aku tau. Tapi prosedur memang macam tu, kita tak boleh nak buat apa-apa. Senang cerita aku rasa better kita pergi tempat kerja dia dulu. And then, mana-mana area yang boleh jadi tempat berkemungkinan dia boleh pergi..."

Dia pandang Arman serba salah. Kusut betul lelaki itu.

"Apa kata kau call parents dia dulu? Tanya kot kot dia ada dekat sana ke?" Usul Faizwan lagi.

"Kau nak aku kena bunuh ke Faz?? Apa aku nak jawab dekat family dia kalau dia tau Mar hilang? Mak abah dah letak sepenuh kepercayaan pada aku untuk jadi anak dia. Aku taknak kecewakan diorang..."

"... sama macam aku kecewakan orang orang yang aku sayang dulu.." dia tunduk tekur lantai.

Faizwan hela nafas. Sebagai kawan, berat yang Arman pikul, dia jugak turut rasa. Perlahan lahan dia bangkit dan bahu Arman dipaut dan ditepuk lembut.

"Kita doakan semoga Mar tak apa-apa. Insha Allah, Arman."

.....

Seluruh jari jemari tangan dan kakinya dah terasa sejuk. Martini pejam mata sambil tak putus putus doa dalam hati. Daniel di tepi tenang bersiul sambil memandu. Sesekali dia menoleh ke arah Martini sambil tersenyum sinis.

"Daniel...."

Siulan lelaki itu mati. Martini masih cuba bertenang.

"Awak nak bawak saya pergi mana? Kita balik, nak? Dah lewat sangat ni nanti semua orang risau.."

Daniel cuma membisu. Membiarkan persoalan Martini tergawang tanpa jawapan. Dia ada destinasinya tersendiri. Dia ada matlamat dan perancangan. Dia tahu apa yang dia buat. Martini hanya perlu mengikutnya sahaja. Selebihnya, biar dia yang uruskan.

"Daniel please? Suami saya mesti risau sebab saya belum balik lagi sampai sekarang."

Suami? Tak guna! Daniel menumbuk stereng, menyentakkan Martini. Gadis itu cuba relaks, cuba mengawal situasi. Berkali-kali diarahkan dirinya supaya bertenang.

"Awak nak tolong saya kan?! Awak dah janji nak tolong saya, Martini!"

"Behaving like this didn't solve any problem. Kita bincang elok-elok?"

"Martini, saya cuma nak awak ikut saya je, boleh kan? Awak sendiri cakap nak bantu saya... awak ikut saya ye?"

Tangan dia sudah menggeletar. Sepanjang kariernya, situasi beginilah yang paling ditakuti sekali.

"Okay.. biar saya beritahu suami saya dulu yang saya akan balik lewat malam ni." Phone dikeluarkan dari handbag tetapi Daniel dengan tangkas merampasnya dari pegangan Martini.

"No! I won't let you! Awak nak tinggalkan saya, bukan?? Awak nak panggil suami awak suruh bawak awak pulang and then tinggalkan saya, kan!! Awak sama je macam orang lain, penipu!!"

"Awak sama je macam Fasha! Dia dengan lelaki tu memang patut mati pun!"

Martini kelu. Maksud Daniel?

"Fasha?"

Tangannya menggenggam erat pada stereng. "Fasha tu isteri yang tak guna! Curang dengan jantan lain kt belakang saya. Dia ingat saya tak tahu!"

Daniel senyum sinis. "Saya tahu at last dia akan tinggalkan saya untuk bersama dengan lelaki itu. That's why saya upah orang untuk langgar mereka. Seronok bila dua-dua mampus!"

Martini geleng kepala. Seakan tidak percaya pada apa yang dia dengar ketika itu. Daniel bunuh isteri dia sendiri?? Bermakna semua kesedihan, grieving yang dia tunjukkan selama terapi itu...

Semuanya lakonan semata-mata?

Hakikatnya, lelaki itu seorang pembunuh!

"You killed her!"

"I have my own reason. Dia memang tak patut hidup!"

Sekali lagi Martini geleng laju. "Tak bermakna awak boleh ambil nyawa orang sesuka hati!"

"Dia curang! Dia memang tak patut hidup!!"

"Saya benci orang yang tipu saya! Saya tak suka diperbodoh bodohkan!" Daniel mendengus. Sesekali dia memandang Martini yang sudah teresak di seat tepi.

"So, kalau awak nak selamat... better awak diam dan ikut saya!"

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now