25

2.7K 57 1
                                    

Pagar rumah agam itu dibuka secara automatik. Seketika kemudian, dua buah kereta berderet memasuki kawasan laman melintasi taman orkid disepanjang laluan sebelum ambil tempat di tempat parkir. Martini memberhentikan kereta, menunggu Mitsubishi Lancer ES di hadapannya itu berhenti berderum sebelum enjin keretanya sendiri dimatikan.

Arman menapak keluar dari keretanya dan mendekati kereta milik Martini. Cermin tingkap diketuk untuk tarik perhatian gadis itu. Dia keluar, berdiri di hadapan Arman dengan wajah pasrah.

"Tak sangka yang saya akan mengalah dengan awak, Arman." Dia pandang suaminya itu. Ketingginan yang berbeza memaksanya untuk sedikit mendongak untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Arman senyum. Kedua belah tangan diseluk ke dalam poket seluarnya.

"Sorry, but it is an order." Teringat perbualan dia dengan abah malam semalam. Bagaimana abah cadangkan mereka berdua tinggal di tempat Arman. Lagipun, memandangkan Martini sudah berumah tangga, jadi seeloknya gadis itu tidak perlu lagi untuk menyewa rumah. Membazir katanya. Mula-mula mereka cadangkan untuk tinggal di kondo Arman tetapi disebabkan jarak antara kondominium itu dan tempat kerja yang boleh tahan jauh kalau nak dibandingkan dengan rumah agam itu. Akhirnya mereka bersetuju untuk dua-dua pindah ke rumah agam arwah papa Arman.

"Haih, whatever lah." Dia masuk semula ke dalam kereta, menekan butang buka boot kereta. Arman terus kebelakang, keluarkan luggage dari boot kereta Martini. Martini cuma diam je. Suka hatilah, tak suruh tapi rajin jugak nak buat. Gumamnya perlahan.

Seorang wanita separuh usia dan dua lagi wanita lingkungan lewat 30-an menerpa ke arah mereka. Beg-beg yang dibimbit oleh Arman diserahkan kepada mereka.

"Ummi, Kak Zarah dengan Kak Seroja akan tolong awak dalam rumah ni. Ummi akan datang tiap-tiap hari untuk masak. Dan Kak Zarah dengan Kak Seroja akan datang setiap Isnin , Rabu dengan Sabtu untuk kemas kawasan rumah. Bahagian laman pulak kita ada Adan dengan Nas. Mereka datang sekali seminggu je untuk urus frontyard dengan backyard."

Martini menyalami ketiga-tiga pembantu rumah mereka. Walaupun kini mereka juga adalah pekerjanya, rasanya dia masih perlu untuk tunjuk sifat hormat pada mereka. Tidak kisahlah dengan statusnya sekalipun. Seketika kemudian, ketiga-tiganya bergegas semula masuk dalam rumah, meninggalkan Arman dan Martini berdua di laman.

"Saya boleh buat kerja rumah. Kenapa nak perlu pembantu pulak?" Dia boleh uruskan rumah ni sendiri kot, rasanya tak perlu nak upah orang gaji bagai. Bukankah itu membazir. Eh, kalau bahagian rumah sewa orang pandai pulak cakap membazir tapi kalau bahagian dia, takde pulak nak cakap membazir. Tak adil betul!

"Diorang semua workers papa. Jadi diorang tahu selok belok rumah ni better dari awak, Mar. Lagipun, diorang dah kira separuh dari ahli rumah ni, saya tak boleh suka hati ketepikan diorang, tahu?" Penjelasan Arman buat Martini terasa. Lebih lagi bahagian 'tahu rumah ini lebih baik'. Ya, dia tahu dia siapa.

"Mana saya nak tahu yang diorang semua pekerja papa awak. Lagipun masa kita stay overnight haritu rumah ni kosong.. So saya assume la takde orang tinggal kat sini." Dia memuncungkan bibirnya.

"So maknanya awak nak tinggal berdua je la dengan saya eh?"

"Better tak!"

Bahu Martini dirangkul tetapi gadi itu menepis. Tapi Arman tidak mengalah, kali ini dirangkul pinggang gadis itu dan dirapatkan ke tubuhnya.

"Arman, please!" Martini menolak Arman. Dia membulatkan mata, menunjukkan yang dia tidak senang dengan kelakuan Arman.

"Sorry," Arman angkat kedua belah tangan paras dadanya. "Saja nak usik awak" dia sengih.

"Banyaklah awak punya usik!" Martini mendengus, berjalan pantas memasuki ruang rumah, meninggalkan Arman yang masih tersengih-sengih berupa kerang busuk itu.

"Makin marah makin comel." Bisik Arman pada siri sendiri, kemudian turut sama, menbuntuti langkah si isteri.

****

Rasanya baru 2 minggu lepas mereka bermalam di banglo itu, 3 hari selepas majlis akad nikah di Terengganu tetapi hari ini keadaan rumah itu berbeza dengan pertama kali dia ke situ.

Matanya meliar pada ruang tamu rumah yang kini sudah dicat biru lembut, berbeza dengan tempoh hari yang bewarna putih. 3 rak pelbagai barangan vintage sebelah sudut kanan telah berganti denga satu buaian gantung dan juga piano bewarna hitam. Lantai marmar sekeliling kawasan itu dilapisi karpet merah hati menyerikan kawasan. Segala frame frame yang berunsur classic british telah pun diganti dengan frame yang berunsur lebih pada islamic art manakala di sudut tengan dinding tergantung frame ayat kursi yang agak besar dan lebar. Di kedua belah sisi frame itu tergantung nama Allah dan Muhammad dalam tulisan khat.

Martini pegun seketika sebelum hala pandangan pada Arman yang sedang menarik langsir tingkap ."Sejak bila awak mula buat renovation ni? And.... Kenapa awak renovate semua sekali?"

"Day after kita overnight kat sini. Well, i hope you like it"

"Actually, i more to the previous one, but both are fine. Nice."

Arman angguk lemah. Berat pula hati bila Martini berpandangan begitu. "Ohh, tak pernah tahu awak minat british design. Ianya bukan sebab saya tak minat design tu,"

"It's just.... It reminds me someone."

Martini masih menuggu Arman habiskan ayat. Ingin tahu juga siapa yang dimaksudkannya. Papa kah? Tapi kalau papa apa sebab Arman nak lupakan dia? Tak logik.

Arman hela nafas. Cari kekuatan untuk sambung ucapannya."Sebenarnya mama yang pilih design tu and lepas dia keluar dari rumah ni pun, papa masih lagi simpan semua barang-barangnya. Sampaikan dia tak pernah tukar gaya rumah sebab gaya ni gaya favourite mama."
Dia mendesis. "Sometimes saya tak faham macam mana kita boleh cintakan orang yang hancurkan kita begitu dalam sekali."

"Kenapa ianya tak pernah berganti walaupun dengan pandangnya saja buat hati remuk berkali-kali? Kenapa cinta tu tak pernah jadi benci setelah bertahun dia tanggung rasa yang tak pernah berbalas tu?"

"Because love is pure." Pendek Martini balas. Arman masih tak faham definisi cinta papanya sebab itu dia boleh kata begitu. Love is pure where it could never be replaced. Love is undeniable. Never faded. How you thought it would be lasts forever, yes it would.

"Saya cuma harap yang apa yang berlaku pada papa takkan berulang pada saya. Saya tak cukup kuat macam papa."

"Doakanlah, Arman. Saya tak pasti sekukuh mana rumah tangga yang kita bina ni. We never know what will happen next. Just.... doakan." Dia bukan tak yakin cuma.... semua ni sukar. Martini tarik nafas dalam kemudian dilepaskan perlahan-lahan.

Arman angguk. Jarinya bermain-main pada keys piano. "What will happen next... Que sera sera, whatever will be, will be.."

Yes, whatever will be, will be.

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now