22

2.7K 63 0
                                    

Dia tak tahu nak rasa apa sekarang. Langkah kakinya pun melulu, tak ada hala tuju yang nyata. Dia tahu dia diekori. Tapi dia buat bodoh. Berpura-pura seolah tidak menyedari kelibat jejaka yang baru meragut first kissnya itu tadi.

Arman melampau gila! Tergamak buat macam tu dekat public. Yes, maybe takde orang tapi still in public. Mana adab? Mana aib? Tak malu ke kalau orang nampak?

Namun begitu, dia tak boleh lari dari hakikat betapa dia menikmati ciuman pertama dari si suami. Terasa terpukau bila bibir lembut itu melekap pada miliknya. Masih terasa tangan hangat Arman yang menyentuh pipi dingin.

"Mar tunggu!" Arman cuba menyaingi langkahnya. "Mar sabarlah." Dia tercungap cungap. Semput.

"Awak tahu tak yang dalam tu ada cctv?"

"Iye, saya tahu"

"Habis tu tak malu ke??"

"Laa kita bukan buat maksiat pun. Lagipun, awak bukannya orang lain. Isteri saya jugak kan? So?"

"Eii! Benda ni public! Simpan la sikit malu tu! Plus, awak tak sepatutnya cium saya tiba tiba macam tu! Itu seperti mencabul!"

Arman diam. Mencabul dia cakap? Aku ni bukan orang lain, suami dia jugak. Halal buat lebih dari tu lagi. Tapi... Bukan di public laa.

"But you did kissed me back, right?"

"What!? No!"

Martini membulatkan matanya. Macam mana... Ish! Hate this! Terus dia pandang lain, cover rasa segan. Tapi rona merah pada pipinya yang naik apabila dia malu tak dapat diselindungkan.

Arman cuma senyum. Dia dapat rasakannya, tak payah nak berselindung.

"Jom,makan. Saya lapar." Ajak Arman. Perlahan dia capai tangan Martini dan mengenggamnya. Gadis itu tidak tepis.

"Saya nak balik." Dingin suara Martini. Kali ni dia dah tidak mahu berlembut. Cukuplah Arman ambil kesempatan menciumnya tadi. Dia tak mahu lelaki itu rasa selesa. Ingat dengan ciuman dah boleh lembutkan hati perempuannya ke? Sorry to say but no.

"Tapi saya lapar. Kat kondo takde pape makanan. Macam mana kalau kalau saya gastrik?" Dia buat muka kesian. Saja dia nak pancing Martini dengan muka ala ala Garfield.

"Pergilah makan sendiri! Perut awak takde kena mengena pun dengan perut saya."

Makin erat genggaman Arman pada jari jemari Martini. Tiba tiba sahaja hatinya rasa bergetar lagi. Martini telan liur. Kenapa hari ini Arman terlalu menggodanya?

"Awak teman saya, please Ardiana Martini?"

Martini diam.

"Sekejap je. I promise. And you pilih je restoren mana mana, i tak kisah."

Martini tidak memberi apa apa reaksi membuatkan Arman sendiri tidak pasti sama ada gadis itu bersetuju untuk mengikutnya atau tidak. Susah nak pujuk gadis dihadapannya itu. Tengok sajalah tempoh hari di rumah emak mertuanya. Puas orang tua itu memujuk untuk stay di sana lebih lama tetapi Martini tetap dengan pendiriannya. Hais, keras kepala mengalahkan batu kerikil.

"Boleh tak Mar?"

Martini mendengus. "Suka hati awaklah!"

Terus lebar senyuman di bibir Arman. Senyuman bahagia. Dia menang! Yes!

"Thanks sayang!"

****

"Kenapa? Tak selesa ke?"Soal Martini.

Waktu itu dia perasan yang mata Arman tidak berhenti meliar dari melihat kawasan sekeliling. Dia tahu jejaka itu segan untuk duduk di warung tepi jalan. Yela... Mamat oversea manalah nak lepak di warung seperti itu.

"Huh? Err, saya okay je. Kenapa awak tanya macam tu?" Soal Arman pula.

"Biasakanlah diri awak dengan tempat-tempat macam ni. Awak kena realize yang awak kahwin dengan budak kampung macam saya ni, so tempat saya bukan pada restoren 4 atau 5 bintang tetapi lebih pada tempat macam ni."

Arman menggeleng. Betapa signifikannya gadis itu pada kelas sosial seperti perkara itu satu isu besar. Lagipun dia tidak setuju bila Martini cakap dia hanyalah budak kampung. Serasanya, family gadis itu agak berada jugak. Abah sudah lebih setahun membuka servis menyewa kereta, selepas sahaja beliau pencen sebagai guru besar sekolah yang berdekatan rumah mereka. Manakala ibu pula adalah seorang bekas jururawat masyarakat.

Belum sempat dia membantah hujah Martini, seorang pelayan remaja menghampiri meja mereka sambil memegang sebatang pen dan sehelai kertas.

"Order?"

Dia pandang Martini, tunggu gadis itu memesan makanan dahulu. Martini pula pandang dia, tunggu perkara yang sama. Hampir lima minit mereka berkeadaan begitu akhirnya Martini mengeluh. Memang ternyata lelaki ini tidak pernah makan di tempat tempat macam ni sehingga tak tahu nak order apa.

"Nasi ayam special satu ya," pesanan dibuat dan pelayan remaja itu beredar. Dia kembali menfokuskan pandangan pada Arman.

Suaminya itu hanya jongket baru "what?". Keliru dengan pandangan tajam si isteri.

"Takde pape," balasnya pendek.

"Belajar-belajarlah makan dekat gerai macam ni. Awak akan selalu ke tempat begini nanti."

"Kalau dengan Mar, saya tak kisah." Dia sengih manakala gadis itu mencebik.

"Whatever."

"And satu lagi Mar, im almost forgot to tell you."

Ordernya dibawa ke meja. Haruman nasi ayam itu membangkitkan seleranya. Terus perutnya berkeroncong dengan tiba-tiba.

"Lepas majlis kita tu nanti... Saya dah decided"

Nasi ayam dicedok satu sudu penuh dan selamat mendarat dalam mulutnya. Hmmm. Sedap! Sudah lama tekaknya tidak menerima masakan masakan sebegini. Dikunyah perlahan-lahan, menikmati keenakan yang sudah hampir dia lupakan.

"Disebabkan awak enggan tinggal di condominium saya. So, biar saya je pindah ke rumah awak."

"Okay tak?" Soalnya sebelum satu suapan lagi nasi ayam enak itu menerjah masuk ke dalam mulut.

Berkerut dahi Martini. Eh, tak pernah pulak aku ajak, yang dia beriya nak tinggal dengan aku dah kenapa? Tak malu betul.

"Saya tak ajak pun awak duduk rumah saya?"

"Tak kisahlah. Saya dah buat keputusan pun. So, it doesnt matter, right?"

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now