39

663 33 0
                                    

Pranggg!!

Pintu kaca berkecai bersama pasu yang menghentamnya. Suara Beyonce mendendangkan 'Halo' , tenggelam seketika diganti bunyi deraian kaca di lantai marmar.

Lelaki itu hanya ber'robe' putih ketika itu, berdiri diantara gadis bergaun merah paras peha yang cerlung memandang, dan juga serpihan- serpihan kaca pintu dan pasu yang berderai di belakang.

"You're sick!" Ujarnya.

"Who's sick?? You or me!??" Gadis itu membalas dengan suara yang tinggi. Mukanya yang putih berubah kemerah-merahan seperti udang kena bakar.

"I memang tak boleh terima apa yang you dan Jared buat dekat I! I jijik!"

Lelaki itu ketawa sinis. "Apa yang you jijikkan? You macam tak biasa je...."

"Dawin!!" Gina mara mendekat. Telunjuk dihala pada raut muka Dawin. "You memang kurang ajar kan! You pergunakan I! Berapa Jared bayar you semalam huh??"

Dawin bercekak pinggang. Masih dengan muka toya walaupun dia sedar betapa berangnya Gina waktu itu.

"Heyy Gina, since when you're behaving just like a whore ni? Main tanya payment pulak! Malu la weh!" Dawin menepuk dahi.

"Kau gunakan aku, Dawin! Aku tahu Jared pasti bayar kau sebab tu kau setuju dengan dia! korang berdua memang sial!"

"Gina.... Gina.. you enjoy kan semalam? Just admit it."

"I tahu you dah masukkan something dalam minuman I semalam, kan?? That's why I mabuk teruk, I can't even remember any single thing!"

Dawin ketawa sinis. "It's not even you first time. Jangan belagak suci sangatlah. Lagipun... You sendiri tahu kan Jared tu dah lama nak you. I cuma tunaikan impian dia je. Selebihnya, it all between you and him. I tak involve, okay?"

Bukan dia tak tahu social life perempuan ni. Mamat bangsa mana je tidak diangkutnya, semua dia bedal. Alah, kononnya nak protes sebab Jared dah rasa dia tanpa consent, drama sangat!

Gina mendengus, " i bukan prostitute! Suka hati you je nak recommended i dengan mana-mana jantan. Lagipun, i have my own reason kenapa I ikut you balik semalam..."

"Actually I nak dengan you..."

Hampir tersedak liur Dawin mendengar kata-kata Gina. Melawak ke apa? Dia ketawa sambil menggelengkan kepala. Kemudian, tangan kirinya membetulkan robe sebelum pinggang ramping gadis Pan Asian itu dirangkul. Bibirnya dirapatkan ke cuping telinga Gina.

"Sorry love, I am a gay." Bibirnya dibawa ke pipi Gina sebelum menghadiahkan ciuman di situ. Rangkulan dileraikan dan dia berpaling tubuh membelakangi Gina yang masih terkulat-kulat di situ.

"By the way... Im going back Malaysia, maybe paling cepat...by tomorrow. I need to find someone." Dawin senyum sumbing. " I miss him."

*********

"Sorry terpaksa panggil you kerja... lebih- lebih lagi dalam keadaan macam ni."

"It's okay.." Ujar Arman lemah. "Ini tanggungjawab saya, kerja... tetap kerja."

Cawan berisi air kopi panas itu diletak ke meja Arman, di sua perlahan.

"You need some energy, though."

"Thanks, Fitt" secretary bernama Fitrianis itu mengangguk sebelum meminta diri, berlalu dari pejabat Arman. Sedih dilihat majikannya yang beriak sugul. Keadaan pun tak terurus, kusut masai.

3 hari Martini menghilang. 3 hari juga dia tidur tanpa lena. Makan tanpa selera. Arman masih menghitung. Kehilangan Martini memberi impak yang besar dalam hidupnya. Hilang semua seri yang menyinari hidupnya dulu.

Baru sahaja dia ingin menempah pelangi. Kenapa muncul awan mendung yang menumpahkan hujan.

****

"Datuk,"

Datuk Sri Mayu mengangkat wajah. File hitam tebal yang ditatap sejak 1 jam lalu ditutup dan ditolak ke tepi.

"Saya dah dapat details mengenai client terakhir Puan Martini, Daniel Harith. He's a businessman, jual kereta import."

Datuk Sri Mayu mengangguk. "Teruskan, Rafiq,"

"Hmm.. melalui company dia, diorang beritahu Daniel Harith buat masa sekarang ada dekat Dubai untuk bercuti, dan tarikh bertolak dia ke sana tempoh hari, sama dengan tarikh kehilangan Puan Martini.."

"Apa probabilities yang mungkin dia culik menantu saya? Dapat detect ke yang dia memang betul betul dekat Dubai sekarang?"

Sekeping folder coklat disua kepada Datuk Sri Mayu.

"Aktiviti company dia dah lama on hold Datuk. Dan saya rasa macam mustahil untuk dia ke Dubai dengan masalah dekat sini yang masih belum settle. Dalam folder tu ada stated pasal company dia dan jugak maklumat footage yang rekodkan pergerakan kereta Daniel malam tu sebelum lost track. Memang dia ada jumpa Puan Martini."

Rafiq jeda sejenak. Cuba ambil nafas untuk teruskan maklumat yang seterusnya.

"Dan mengenai tracking kereta dan lokasi kejadian tak banyak kita mampu ambil sebab semua tu under polis. Diorang jaga integriti. Tapi melalui apa yang kita ada... besar kemungkinan memang Daniel yang culik Puan. Motif dia, tak dapat dipastikan lagi."

Dia tak kenal sangat Martini, berjumpa face to face pun tak pernah. Besar kemungkinan motif lelaki itu disebabkan oleh dendam, boleh jadi sebabkan duit. Tapi sampai ke hari ni, tak ada berita lagi mengenai permintaan wang tebusan. Pelik betul. Tak habis fikir dibuatnya.

"Arman macam mana?" Fikiran Datuk Sri Mayu terarah pada anak tunggalnya. Dia takut apa-apa yang buruk berlaku pada Arman jadi diupah 2 orang pekerjanya untuk mengawasi Arman dari jauh. Sebagai langkah berjaga-jaga biarpun dia tahu pihak polis juga turut jalankan tugas mereka untuk menjaga keselamatan anaknya itu.

"Tuan Arman dah mula masuk kerja balik harini Datuk."

Sekali lagi Datuk Sri Mayu mengangguk. Lega dirasakan apabila Arman masih lagi terkawal dalam saat saat rumit macam ni. Dia taknak Arman ikutkan hati sangat. Takut akhirnya dia sendiri yang merana.

"Okay... thanks Rafiq. Apa-apa nanti update pada saya,"

"Baik Datuk." Ujar Rafiq sebelum meminta diri untuk pergi.

Folder yang disua oleh Rafiq itu dibuka dan kandungannya dikeluarkan. Satu persatu helaian dibuka dan dibaca. Maklumat mengenai Daniel Harith, pekerjaannya dan personal life jejaka itu diteliti satu persatu.

Hati Datuk Sri Mayu sayu. Perlahan dia berdoa dalam hati. Ya Allah.. Kalau betul lelaki ini yang menculik Martini, lembutkanlah hatinya untuk pulangkan Martini ke pangkuan keluarganya semula. Semoga Martini selamat dalam lindunganMu Ya Allah.

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now