33

2.2K 50 2
                                    

"Sayang nak peluk..."

"Taknak! Abang busuk!"

Martini mengepit hidungnya sambil melangkah selangkah menjauhi Arman. Kemudian, bantal kecil dari sofa ditarik, mengacah untuk memukul lelaki itu apabila Arman mendekatinya.

"Heii..!" Arman gelak. Martini berjaya ditarik ke dalam dakapannya. Wanita itu pada mulanya mahu menolak, tetapi apabila dia kejapkan pegangannya, Martini cuma diam.

Martini kaku dalam rangkulan lelaki itu. Dapat dirasakan detak jantung Arman, seolah- olah jantung lelaki itu berada di dalam tubuhnya juga, berdetak selari bersama jantungnya sendiri.

Dia pejam mata. Menikmati hangatnya berada dalam pelukan Arman. Sesekali terasa deru nafas menerpa pada ubun-ubunnya.

"You won't leave me, right?" Bisik Arman.

"Of course I won't."

"Walau apa pun yang jadi?"

"Iye wak..."

"Mama sayangkan papa. And she loves me too..."

"... but then, she just left." Sayu suara Arman pada ayatnya yang terakhir. Dia pejam mata, sebolehnya cuba untuk melupakan kata-kata mummynya tempoh hari. Kata-katanya buat dia takut. Dia takut pada akhirnya, Martini juga tinggalkan dia, seperti mama dulu.

Martini melingkarkan tangannya di pinggang Arman. Dia mendongak sehingga pandangan mereka bertaut. Anak mata coklat hazel jejaka itu direnung dalam-dalam.

"Whatever happens, selagi Mar bergelar isteri kepada Arman Fathi, selagi Mar bernafas atas dunia ni dan selagi Allah tetapkan hati kita, tetapkan jodoh kita bersama..."

".... Mar janji yang Mar takkan pergi dari hidup abang. Mar akan ada bersama abang sebagaimana Mar nak abang dengan Mar. I love you, remember?"

"I love you too..."

"Dah, pergi mandi sana," hidung Arman dicuit.

"Emm, jap lagi laa."

"Abang...."

"Just 2 minutes."

"Hmm..." akhirnya Martini mengalah, membiarkan Arman terus memeluknya. Sejujurnya dia selesa berada dalam dakapan Arman. Terasa selamat dan disayangi.

Dan, pedulikan masa lampau yang kelam. Tidak ada sesapa yang dilahirkan dengan kesempurnaan, fikirnya.

Dia cintakan lelaki itu dan lelaki itu juga cintakannya. Tidak ada apa lagi yang mereka perlukan selain itu.

*******

"Why?"

"Im not sure,"

Berkerut dahi Martini. Dia pandang sahabatnya itu seakan tidak percaya.

"Out of the blue. Tiba-tiba je.." gumamnya perlahan.

Profile clientnya, Daniel dipandang. Sepatutnya jejaka itu ada appointment dengannya pada hari itu tapi lelaki itu tidak hadirkan diri.

Lantas, Martini capai phone dan nombor Daniel Harith ditekan. Tidak sampai lima kali deringan, panggilannya bersambut.

"Encik Daniel, saya harap Encik tak lupa appointment kita hari ni. And it supposed to be now."

"Cancel it."

Martini tergamam. Ganggang telefon dipandang sekejap sebelum kembali ditekap ke telinga. "Tapi kenapa, encik?"

"Just cancel it. Saya dah taknak terima rawatan lagi. This wont help me to get any better. Nonsense!"

"Encik Daniel tak boleh tiba-tiba decide macam ni. Let's talk. Jangan buat keputusan melulu." Terdengar keluhan Daniel.

"Saya tahu benda ni makan masa. Please, encik? Kita cuba?"

Daniel diam. Martini pulak buntu. Otak dia ligat fikir alasan apa lagi jika jejaka itu tetap menolak untuk terima terapi.

Akhirnya, Daniel bersuara. "Okay, tapi bukan dekat hospital. Nanti saya text awak location nya."

Nak taknak Martini terpaksa bersetuju. Tidak sampai lima minit kemudian, text dari Daniel muncul di notification iphone nya. Terus dicapai handbag di meja. Location yang diberikan oleh Daniel melalui whatsapp di waze.

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now