28

2.7K 50 0
                                    

Martini menyanyi perlahan sambil menarik dua keping roti bakar yang telah siap di dalam pembakar roti. Roti tersebut diletak di atas piring sebelum 2 keping lagi dimasukkan ke dalam pembakar. Kabinet atas dibuka dan matanya tertancap pada botol peanut butter di rak paling atas. Dia menjijit sedikit tapi malangnya tangannya masih jauh untuk mencapai botol tersebut. Digagahi juga otot kakinya untuk menjijit lebih lagi.

Ish, simpan jem tinggi tinggi dah kenapa? Bukan ada tikus pun nak bawak lari jem! Rungutnya perlahan.

Tiba-tiba muncul satu tangan dari belakang, sebelah memaut pinggannya dan sebelah lagi menarik botol itu dari atas kabinet. Martini kejung serta-merta. Mukanya merona merah. Bertambah lagi apabila bibir dingin Arman singgah di pipinya. Bau aroma syampoo yang dipakai jejaka itu semerbak, memenuhi rongga hidungnya.

"Morning sayang." Bisik Arman penuh romantik. Dipusing tubuh Martini menghadapnya. "So, where's my morning kiss?"

"Here's" secawan nescafee yang siap sedia dibancuh tadi disua ke mulut Arman. Tak sempat menolak, air itu terus disisip kebibir. Kedinginan yang dirasai berganti kehangatan apabila nescafee suam itu menerjah ke kerongkongnya.

"Sedap!" Puji Arman.

"Ye, pakej 3 in 1 memang tak pernah mengecewakan." Perli Martini membuatkan Arman tergelak.

"So how's your feeling today?" Soal Arman bila punggungnya mencecah kerusi di kerusi makan. Sepotong roti bakar disua ke mulut dan dikunyah perlahan. Matanya melirik pada Martini yang juga ambil tempat, duduk bertentangan dengannya.

"Okay je." Jawab Martini ringkas. Botol peanut butter dicapai dan penutup dibuka sebelum jem itu dioles ke roti kosong yang tidak dibakar. Setelah diratakan, roti itu terus dilipat dua dan digigit. "Kenapa?"

"Emm... Tak lah. Cuma saya takut awak penat je." Dia membongkok rapat tubuh ke meja. " after what we did last night."

Uhukk! Uhukkk!
Martini tersedak. Cepat-cepat Arman menyuakan cawan air pada gadis itu. Diteguknya rakus, harapan agar roti yang tersekat di kerongkong dibawa terus ke sistem penghadamannya. Bila wajahnya kembali mendongak, memandang Arman, sekali lagi terasa seperti tekaknya tercekik. Dia tarik nafas panjang-panjang, beri paru-parunya oksigen yang mengcukupi.

"Let's NOT talk about what HAPPENED last night." Wajahnya dah merona merah kerana terlampau malu. Dia tak sedar bahawa wajah itulah yang Arman suka. Yang buat Arman tergoda setiap kali Martini malu.

"Nasiblah boleh bangun pagi ni. Subuh tadi pun dah hampir jadi subuh gajah. Hmm..."

"Arman!" Martini dah bagi warning sign. Kalau diteruskan lagi siaplah mamat ni dia kerjakan.

"Okay, okay. Im sorry, okay?" Arman tergelak-gelak manakala Martini pula dengan wajah yang saja diseriuskan.

Arman tahu Martini mungkin segan dalam soal ni. Alhamdulillah, at least dia tahu isterinya itu seorang yang menjaga kehormatan. Dia bersyukur, walaupun dengan kehidupan lampau yang teruk, Allah masih kurniakan dia pasangan hidup yang suci.

"Pukul berapa Ummi datang?" Soal Martini selepas beberapa minit suasana menyepi.

"Around 12.00."

"Ohh..."

"Awak tak masuk office ke harini?"

Martini angguk. "Pergi. Kena urus klien baru. Should meet him by this afternoon."

Sesuatu yang menganggu fikiran Arman buat dia berhenti memgunyah. "Him? Maknanya... Lelaki?". Tiba-tiba aura cemburu timbul. Dia rasa tergugat.

"Iye, awak."

"Kenapa awak pulak? Therapist lain takde ke?"

"Tugas saya so, saya rasa takde masalah pun untuk saya uruskan. Kenapa?"

"Hmmm.... Nothing." Nothing tapi nampak sangat riak cemburu pada wajahnya. Mana tak, isteri sendiri kot. Mestilah cemburu. Cemburu kan tandanya sayang.

Martini senyum "hmm... Jangan risau la. Saya akan pastikan apa yang berlaku saya dengan client yang lepas takkan berulang ."

Arman panggung kepala sambil tersenyum. Dialah klien Martini yang lepas. Klien lepas dan suami kini. How's beatiful the fate created the journey.
Hmm.. mesti dia seorang yang hebat, betul tak?"

Eh puji diri sendiri nampak! "Takdelah, biasa je"

"Nahhh, just admit it."

Martini jeling sambil juih bibir. Eii, bencinya. Perasan tahap kuasa saiyaa. Terhambur ketawa Arman melihat wajah menyampah isterinya. Lucu betul!

Apabila ketawanya makin surut, Arman menyambung bicara. " emm... sebenarnya saya nak bawak awak pergi bercuti."

Bercuti? Bercuti a.k.a honeymoon ke?

"bercuti ke mana? Tapi saya kerja, macam mana nak bercuti?"

"Takla, I mean nanti bila kita free, set date and places and... bercuti lah. Yang penting kita plan dulu."

Kalau sebut pasal travel, Martini bukan jenis kaki travel sejujurnya. minatnya lebih menjurus kepada sesuatu yang berbentuk event. Charity event contohnya.

Bukan kerana travel itu membazir, tetapi entahlah. Dia kurang berminat. padanya majlis keramaian lebih seronok. Didedahkan kepada anggota-anggota NGO seluruh Malaysia buat dia belajar banyak perkara.

Tapi alang-alang Arman sudah ajak, apa salah kalau sekali-sekali dia cuci mata melihat keindahan bumi Tuhan. Ada masa otak dia kena berehat dari bekerja. Tambahan, kalau bercuti dengan orang tersayang ni, seronok dia lain macam, ye tak?

"saya teringin nak pergi pulau. Naik cruise ke... emm mesti seronok."

Pulau? Cruise? Maknanya... Arman telan liur. Perut dia tiba-tiba rasa sebu.

"selain tu? Mungkin satu tempat yang tidak terlalu ber'air'?"

"Kenapa? Awak tak suka pergi pulau ke? Main air? Scuba diving? Wahh.. Seronoknya!"

Arman alih pandangan. Serba salah sebenarnya bila melihatkan Martini yang bersemangat.

"Err.. I dont do water sport. Being in water scares me. I cant even swim."

"Dalam air.... Dengan kaki yang terapung tanpa cecah bumi.... Menakutkan,"

Mulut Martini melopong, kemudian dia angguk perlahan sambil renung wajah Arman. Oh, aquaphobia.

"I see." Ujarnya.

"Macam mana boleh jadi camtu? I mean, sejak kecil lagi ke awak takut air."

"Yup, even rumah ni pun takde kolam renang."

Martini diam. Arman pula hela nafas.

"So, cadangan lain?" Solanya kembali.

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now