27

2.7K 63 0
                                    

"Ouch"

"Ish jangan manja sangat! Saya tak sentuh pun luka awak tu, mengaduh je lebih!" Perli Martini. Selepas menyapu iodine pada luka Arman, dia mencapai gauze dan bandage bersih di dalam kotak First Aid. Gauze ditampal pada luka sebelum plastik pembebat dibuka.

"Angkat sikit lengan awak." Arman menurut tanpa banyak bunyi. Kagum bagaimana gadis itu dapat membalut lengannya dengan kemas dan cantik. Rasanya, baru tadi baru gadis itu mengoogle bagaimana cara untuk mencuci dan membebat luka kecil. Tapi hasil tangannya kemas sekali.

"Untung badan."

Martini menjeling sekilas pada Arman. "Badan siapa yang untung?"

"Badan saya lah."

Gadis itu angkat kening pula, tak jelas lagi dengan statement Arman.

"Kahwin dengan seorang gadis tapi dapat therapist, dapat housewife and nurse at the same time. 3 in 1. Macam instant milo gitu."

Martini mencebik. Seronok seronok je lelaki itu samakan dia dengan instant milo.

"Ye, tu baru instant milo. Awak tak tahu lagi apa kuasa wanita saya boleh cover. Silap-silap kalau saya tunjuk power saya, lepas ni awal panggil saya wonder girl pulak." Mengekek Arman ketawa, apa yang lawak, Martini pun tak tahu. Mudah sangat terhibur.

Martini mengemaskan lagi balutan lengan Arman, bagi memastikan tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Seperti yang dia baca di internet tadi, balutan yang terlalu ketat boleh menyekat peredaran darah manakala kalau terlalu longgar pulak boleh tingkatkan potensi infeksi. Bila dia puas hati dengan hasil tangannya, hujung pembebat luka ditampal menggunakan tape.. "Okay siap."

"Thanks, sayang" ucap Arman. Martini tak tahu nak balas apa, sebaliknya dia cuma diam. Takkan dia nak balas 'welcome sayang' out of the blue. Macam rasa segan pun ada. Kemudian, masing-masing cuma diam. Martini mengemas peralatan yang digunakan tadi sambil diperhatikan oleh Arman. Dia jadi kekok tapi malas nak hiraukan, so dibiarkan saja.

"Awak dengan former boyfriend awak dulu macam mana? Err, I mean,life korang.... as homosexual tu macam mana dulu?"

Arman tersedak liur sendiri. Terasa wajahnya panas. Soalan tiba-tiba dari Martini buat dia terkedu.

"Im afraid its a little bit inappropriate."

"Yeah, i know. Sorry. Tak patut tanya awak macam tu. Entahlah. Level of curiosity kadang buat saya tak boleh control tahap tak sopan saya. Im truly sorry." Martini ketap bibir. Aish, bodoh betul macam mana dia boleh terlepas soalan seperti itu. Sekarang, dia betul-betul menyesal. Kalau dia jadi Arman sekali pun, semestinya dia sentap sangat-sangat sebab perkara itu tak patut dibangkitkan lagi. The past is past okay? Let the gone be by gone.

"And your level of curiosity itself scares me."

"Yang pasti ianya tak membunuh, jangan risau."

Arman gelak. "Well, im dead."
Giliran Martini pulak gelak. Tapi sekejap sahaja sebelum wajahnya kembali serius. "Sorry... abaikan soalan saya tu tadi"

"Takpe... Saya tak kisah. Lagipun, bukan ke saya dah cakap dulu, kita dah jadi suami isteri so, takde apa yang nak dirahsiakan lagi antara kita. Awak berhak tanya apa je yang awak nak Mar."

Arman betul . tapi dia tetap rasakan itu privasi Arman.

Arman hela nafas panjang. Mengingatkan masa lalu buat dadanya terasa berat.

" Life saya tak macam budak lain Mar. I stopped met my mom when i was 10, when i need her so bad. Budak 10 tahun Mar! Mana lagi dia nak bermanja kalau bukan dengan mak kandung dia sendiri! That's why i hate her! Saya bencikan bagaimana dia tinggalkan saya dan arwah papa waktu kami betul-betul perlukan dia."

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now