32

2.3K 53 2
                                    

"Datuk Sri Mayu Suhana, pengarah Royal Glares."

"Please, have a seat." Ujarnya apabila pemuda tampan dihadapannya itu masih kaku, tidak bergerak. Datuk Sri Mayu menyuakan tangannya, sebagai memberi isyarat supaya pemuda itu mengambil tempat.

Arman mengenggam jemarinya. Tiba-tiba dirasakan suasana di Hotel Pacific itu hening. Dia menelan liur. Kelat! Hatinya menyumpah berulang kali. Bukan pertemuan begini yang dia jangkakan. Bukan sekali-kali!

"How's life?"

"If this meeting is nothing relating to our business, am afraid , i got to go."

"Arman, please. Sit. Yeah, memang kita akan bincang soal business kita, but first... rasanya tak salah kalau seorang ibu bertanya khabar anaknya dulu? What do you think? It's been a while since the last time I met you."

Wanita itu senyum. "Mama rindu Arman. So. Much."

Arman ketap bibir. Kata-kata wanita itu seolah mencurahkan lahar pada hatinya yang panas. Semuanya menyesakkan. Menyakitkan.

Lepas apa yang wanita itu buat pada papa dan dia, senang-senang je dia munculkan diri balik. Lepas je segala kesakitan yang dia tinggalkan pada mereka, tanpa perasaan wanita itu kembali. Tak malu ke? Tak rasa bersalah langsung!

"it is not easy to act like nothing happened after what you have done to me. To papa."

"It's not my intention..."

"what? Intention? Then what happen? Apa yang buatkan you terpaksa keluar dari rumah, tinggalkan suami, tinggalkan anak yang masih kecil dan perlukan kasih sayang ibunya!"

"Arman..."

"pernah tak mama fikir kesan pada tindakan mama? Bagaimana papa dan Arman hidup after you left us? Sebab mama Arman dah buat kesalahan terbesar dalam hidup Arman..."

"...and sebab mama jugak papa tak bahagia sampai mati! This is all your fault!" suara Arman naik seoktaf. Dia nampak perubahan pada wajah wanita itu. Wajah itu berubah menjadi kelat dan tegang. Terkesan dengan kata-katanya.

"Kamu tak faham Arman. Mama tak gila untuk tinggalkan orang-orang yang mama sayang tanpa sebab especially Arman. kamu tak patut menghukum tanpa nilai dari kedua-dua belah pihak. Kamu tak patut campak semua kesalahan pada bahu mama sorang je..."

"You deserved it! Takde reason lagi untuk pertikaikannya!"

"we divorced!"

Arman diam. Satu perkara yang papa tak pernah cerita iaitu penceraiannya dengan mama. But still, this woman still a witch. The wicked ones.

"we don't love anymore. Untuk apa sebuah perhubungan tanpa perasaan cinta lagi. Pada akhirnya... ikatan tu cuma akan terlerai. Dan itu yang berlaku pada papa dan mama. Suatu hari nanti kamu akan faham bagaimana rasa tu, Arman."

Arman geleng. Matanya yang berkaca menikam pada mata Datuk Sri Mayu yang sayu. Mereka mempunyai iris sama. Warna dan bentuk yang sama. Arman tahu dan dia benci hakikat itu.

"Arman akan pastikan apa yang berlaku pada papa takkan berlaku pada Arman. I knew I have the right one. And Arman tahu dia bukan perempuan yang akan tinggalkan Arman semata-mata untuk title dunia. I love her and she love me. That's more than enough."

Kata-kata Arman betul-betul mengguris perasaannya. Datuk Sri Mayu menelan liur.

"so siapa gadis itu? And I believed yang you girlfriend mesti jauh beza dengan mama, kan? Since you hate me very much."

"precisely, she's my wife. And yes, dia sangat berbeza dengan mama."

"you dah kahwin... so sad yang mama tidak dijemput."

Arman ketawa sinis. "just didn't saw mama punya kepentingan untuk hadir ke majlis Arman. Malah sejak mama keluar rumah..."

"....Arman dah anggap seorang ibu yang lahirkan Arman..."

"...dah mati."

Datuk' Sri Mayu tergamam. Sanggup Arman kata begitu pada dia. Anggap yang dia telah mati sedangkan dia masih lagi bernafas di bumi ini. Sampai hati Arman.

"Mama tahu mama bukan ibu yang baik..."

Arman bingkas bangkit dan memperbetulkan kotnya. Tak ada apa lagi yang perlu dijelaskan rasanya. Mungkin kerjasama ini menemui satu jalan iaitu kegagalan. Dia tidak kisah, malah rasa bersyukur.

"Kalau tiada apa-apa lagi, im off. Saya rasa kerjasama company kita tidak berjaya and sorry for all inconvenience. "

"Arman jangan libatkan hal personal dengan business."

Arman geleng. "Im sorry datuk. Tapi saya memang tak boleh teruskannya. I hope you understand." Di berpusing dan mengatur langkah.

Datuk Dri Mayu menahan nafas. Dadanya yang sebak diurut perlahan sambil tangan kanannya cuba menyeka air yang bertakung di kelopak mata.

Sakit. Itu yang dia rasakan. Selepas apa yang dia usahakan, ini yang dia dapat. Selepas penceraiannya, dia cuma mahu bina kerjaya sendiri supaya dia boleh berdiri setaraf dengan bekas suaminya. Kemudian, niatnya ingin membawa Arman hidup bersama.

Tapi dia lupa yang masa itu bergerak pantas bersama Arman yang membesar tanpa kasihnya. Dan apabila dia sedar, rupa-rupanya, dia telah lama kehilangan anak tunggalnya itu. Dia kehilangan Arman.

Akhirnya, benteng tangisannya pecah dan dia teresak di situ. Menangisi kekalahan dalam kemenangan.

Her Gayest PartnerWhere stories live. Discover now